Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

Program praktikum atau latihan mengajar adalah program wajib yang perlu
dijalani oleh setiap guru pelatih institut pendidikan guru. Amalan profesional ini
merupakan laluan utama pelajar untuk merealisasikan teori pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan profesionalisme dan memartabat profesion keguruan
yang selaras dengan perubahan- perubahan yang berlaku di dalam bidang
pendidikan khususnya pendidikan guru. Program ini merupakan latihan mengajar
yang bakal memberikan pengalaman yang menarik dan berharga kepada setiap
guru pelatih. Program ini yang berjalan selama empat minggu memerlukan guru
pelatih untuk memenuhi segala tugasan yang telah diberikan dengan baik. Hal ini
kerana, penilaian akan dijalankan untuk setiap tugasan yang dijalankan.
Saya sebagai pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu Pt Jawa Muar yang
tersenarai sebagai sekolah luar bandar. Program yang berjalan selama 4 minggu ini
bermula pada 12 April 2014 sehingga 08 Mei 2014. Pada kali ini, saya wajib untuk
menjalankan latihan mengajar berkaitan dengan subjek major iaitu Reka Bentuk Dan
Teknologi. Masa yang diperuntukkan paling minimum adalah 6 masa. Oleh itu, saya
perlu menjalankan latihan mengajar paling minimum 6 masa iaitu 3 jam.
Antara perkara yang perlu dijalankan sebelum praktikum adalah sesi taklimat
bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah dijalankan pada 08 April 2015 di
Dewan Balai Ilmu, IPTHO. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Asmadi
selaku Ketua Unit Praktikum. Penekanan dalam taklimat yang telah disampaikan
adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab
pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan
kokurikulum di sekolah.
Sebelum menjalani praktikum banyak persediaan yang perlu dilakukan seperti
persediaan emosi, persediaan fizikal, dan persediaan dari sudut kewangan.
Keadaan emosi perlulah sentiasa berada dalam keadaan baik. Antara persediaan
yang paling penting adalah persediaan dari segi fizikal dan mental. Perasaan yang
ada kini sukar untuk digambarkan kerana takut dengan masalah yang mungkin
dihadapi semasa di sekolah nanti. Sepanjang menjalani praktikum selama empat

minggu ini, saya perlu merancang sesi pengajaran dengan menulis Rancangan
Pengajaran Harian yang lengkap beserta dengan bahan bantu mengajar yang
menarik. Hal ini kerana, segala tugasan yang dijalankan ini akan dinilai oleh guru
pembimbing subjek serta pensyarah pembimbing iaitu Puan Radziah Bt Muhamad.
Selain itu, saya juga perlu melengkapkan portfolio praktikum sebagai bukti menjalani
praktikum.
Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu berkaitan dengan
hubungan baik dengan pengurusan sekolah, staf serta kakitangan sekolah. Perkara
ini merupakan perkara yang sangat penting kerana hubungan yang baik dan mesra
akan memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan sepanjang berada di Sekolah
Kebangsaan. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjalinkan hubungan
yang baik dengan warga sekolah.
Saya berharap, Praktikum Fasa Pertama yang berjalan selama empat minggu
yang saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu Pt Jawa Muar ini
akan dapat saya sempurnakan dengan sebaiknya. Saya juga berharap saya akan
dapat menguruskan masa dengan baik sepanjang empat minggu ini tanpa
memikirkan untuk balik awal ke rumah. Azam saya adalah untuk menyiapkan kerja
di sekolah tanpa membawa balik kerja tersebut ke rumah bagi mengelakkan kerja
yang penting daripada tertangguh. Selain itu, saya berharap saya akan dapat
menyempurnakan tugasan tepat pada masa yang diperuntukkan tanpa perlu
mengulang, menangguh dan sebagainya.
Amanah dipikul akan dipertanggungjawabkan adalah kata azimat yang
menjadi prinsip saya sepanjang menjalani praktikum kelak. Prinsip ini saya pegang
untuk mengelakkan diri daripada terleka atau terlupa untuk menjalankan
tanggungjawab dengan penuh kesungguhan.

Abdul Latif Bin Abd Hamid


{910916-01-6671}

Anda mungkin juga menyukai