Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris iaitu Corporate Culture


telah diperkenalkan oleh Tom Peter dalam bukunya In Search Of
Excellence telah mendapati bahawa kajian yang dilakukan di Amerika
Syarikat bahawa sesebuah syarikat atau sesuatu kumpulan atau jabatan
yang mempunyai budaya korporatnya sendiri mempunyai kecenderungan
untuk berjaya.
Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri
untuk seiring maju dengan negera-negara lain yang membangun seperti
Amerika Syarikat dan Jepun termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh institusi kesihatan di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia program penerapan budaya korporat
bermottokan KAMI SEDIA MEMBANTU.
Secara ringkasnya, motto Kami bermaksud semua warga Kementerian
Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai
matlamat yang sama. Sedia pula menunjukkan warga Kementerian
Kesihatan Malaysia sentiasa bersedia dalam memberi perkhidmatan
secara professional dan Membantu adalah ikhlas dalam memberi
bantuan dan menjalankan tugas.
Hal ini amat berkait rapat dengan tugas dan peranan Penolong Pegawai
Perubatan(PPP) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana
seseorang PPP perlu besikap sedemikian dalam menghadapi pelbagai
situasi sama ada di hospital/klinik atau di lapangan bersama
pelanggan/pesakit.

Konsep Budaya Korporat


Pada umumnya,konsep budaya korporat dapat dilihat berdasarkan kepada
beberapa unsur asas ,nilai,norma dan artifak yang dikongsi bersama oleh
anggota sesuatu organisasi.
Konsep budaya korporat sebenarnya adalah ditunjukkan dengan jelas
melalui bagaimana sesuatu kerja dalam sesebuah organisasi itu harus
dilaksanakan dan dinilai.Di samping itu,budaya korporat juga melibatkan
jalinan hubungan para pekerja,baik di peringkat dalaman mahupun di
peringkat luaran pada sesebuah organisasi.Oleh itu,konsep budaya
korporat adalah juga dilihat melalui bentuk hubungan sesama pekerja
dalam sesebuah organisasi serta hubungan dengan pihak lain yang
berkaitan seperti pelanggan,pembekal atau agensi yang lain.
Antaranya contoh ialah setiap anggota KKM perlu mempunyai sifat penyayang supaya
mereka menjadi lebih peka, prihatin dan mengambil berat ke atas individu yang datang untuk
mendapatkan rawatan. Amalan sifat penyayang yang penuh dengan rasa mesra dan keikhlasan
akan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di
kemudahan kesihatan KKM. Sebagai contoh, amalan sifat penyayang ini telah dipraktikkan
oleh semua anggota kesihatan di Malaysia terutamanya anggota-anggota KKM di hospitalhospital seperti Hospital Tuanku Jaafar di mana mereka begitu bertanggungjawab ke atas
masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan selain mereka proaktif dalam
memberikan rawatan serta menghormati privasi dan hak pesakit.
, Kementerian Kesihatan khususnya juga memberikan penekanan terhadap penilaian
Profesionalisme di kalangan anggota KKM. Hal ini kerana bagi memastikan setiap anggota
KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan
serta kemahiran berkaitan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan
dengan baik.
Hal ini juga dijelaskan dalam Buku Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni Di
Kalangan Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia halaman 57 hingga 81 di mana kerja
berpasukan adalah lebih berkesan sekiranya elemen-elemen seperti bersatu menuju matlamat,
adanya perasaan kekitaan, kepimpinan, saling mempercayai antara satu sama lain,

akauntabiliti, berpengetahuan dan berkemahiran, kreatif, berinovasi serta bekerjasama dalam


pasukan dilaksanakan oleh warga KKM di dalam tugas harian mereka.
Banyak faedah yang akan diperolehi oleh individu sekiranya mengamalkan konsep
kerja berpasukan seperti kurangnya tekanan kerja, tanggungjawab dapat dikongsi bersama,
pengetahuan dan kemahiran dapat dipertingkatkan, dapat memupuk perasaan harga diri,
kejayaan dan kegagalan dapat dikongsi bersama serta setiap ahli mempunyai semangat
kekitaan.

PERBINCANGAN / HUJAH
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memfokuskan beberapa strategi penerapan budaya
korporat dan nilai murni di kalangan anggota kesihatan di seluruh Malaysia bagi
memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.
Strategi penerapan budaya korporat adalah dengan menerapkan nilai-nilai ini di dalam
tugas harian. Ini bermakna bahawa di dalam setiap apa jua tugasan yang sedang dijalankan,
nilai-nilai budaya korporat perlu diamalkan samada secara langsung atau tidak langsung
melalui empat langkah iaitu pertama, kesedaran dan latihan di mana kesedaran adalah langkah
awal yang paling kritikal dan juga merupakan kunci kejayaan bagi penerapan nilai-nilai ini.
Matlamat aktiviti kesedaran adalah untuk mewujudkan kesedaran dan keyakinan dalam diri
setiap anggota kesihatan. Aktiviti kesedaran adalah tidak terhad kepada ceramah semata-mata
tetapi merangkumi sesi dialog, taklimat, pameran dan juga bengkel kesedaran. Aktiviti
kesedaran mesti diikuti dengan latihan. Oleh itu, setiap hospital di Malaysia termasuklah
Hospital Tuanku Jaafar

sentiasa mengadakan aktiviti kesedaran budaya korporat seperti

ceramah, pameran dan sebagainya kepada anggota kesihatannya untuk meningkatkan


perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Bagi sesi latihan pula, ia dapat memberikan pengetahuan dan tunjuk ajar kepada
kakitangan dalam melakukan sesuatu perkara. Kursus-kursus yang diadakan adalah

berasaskan refleksi di mana peserta akan dapat menilai diri mereka secara telus. Mereka akan
berusaha untuk mengikis sifat-sifat buruk dan menanam sifat-sifat yang mulia dalam diri
mereka. Peserta harus dilatih untuk menerapkan nilai-nilai budaya korporat dan nilai-nilai
murni sewaktu menjalankan tugas harian mereka sebagai anggota KKM. Sebagai contohnya,
setiap anggota kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar akan menghadiri kursus-kursus tertentu
untuk mempertingkatkan nilai-nilai murni dalam diri mereka dalam memberikan
perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia dan juga dalam kehidupan mereka seharian.
Langkah yang kedua ialah melalui amalan dan teladan yang baik di mana Ketua
Jabatan haruslah mengambil inisiatif menjadi role-model kepada anak-anak buahnya. Jika
ramai yang menjadi contoh teladan yang baik, secara tidak langsung organisasi tersebut telah
mengamalkan budaya korporat. Hal ini juga akan mencerminkan komitmen dan kepimpinan
Ketua Jabatan itu sendiri. Jika seseorang ingin menjadi role-model kepada yang lain, mereka
perlulah mempunyai sikap yang mulia, cara pertuturan yang menyenangkan dan berkemahiran
tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai contohnya, di dalam wad, Ketua
Jururawat akan menjadi role-model kepada jururawat-jururawat terlatih yang bertugas di
dalam wad tersebut. Jika sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Jururawat itu baik, maka anakanak buahnya akan menunjukkan sikap yang baik terhadapnya dan juga pesakit dan begitulah
juga sebaliknya.
Selain itu juga, langkah seterusnya ialah dengan melakukan penilaian dan pembaikan
di mana proses penilaian hendaklah dilakukan dengan sekerap mungkin iaitu sekurangkurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan perlaksanaan sesuatu tugas dan
pembaikan yang boleh dijalankan bagi melicinkan proses pelaksanaan tersebut. Penilaian
tidak semestinya berbentuk formal bahkan boleh diselitkan semasa mesyuarat, perhimpunan
atau semasa minum kopi. Hal ini turut diamalkan oleh setiap hospital di Malaysia di mana
setiap anggota kesihatan akan dinilai dari segi perkhidmatan dan sahsiahnya oleh ketua

mereka setiap bulan bagi memastikan perkhidmatan dan sikap anggotanya berada di tahap
yang terbaik.
Langkah terakhir yang boleh dilakukan dalam usaha untuk menerapkan budaya
korporat dalam diri setiap anggota kesihatan ialah dengan mengamalkan sifat nasihatmenasihati antara satu sama lain secara berhemah. Setiap individu yang berpengalaman boleh
berperanan sebagai mentor kepada anggota yang lain. Amalan nasihat-menasihati perlu
sentiasa dipraktikkan oleh semua anggota KKM kerana manusia adakalanya cepat lupa akan
tanggungjawab yang diberikan. Hal ini kerana amalan ingat mengingati antara satu sama lain
akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan selain dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara rakan sekerja.

RUMUSAN
Kesimpulannya,budaya korporat perlu diterapkan dalam diri setiap warga Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya bagi memastikan setiap komitmen dan tanggungjawab
yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Nilai-nilai teras seperti perkhidmatan
Penyayang, Profesionalisme dan juga Kerja Berpasukan yang termaktub dalam Program
Kempen Penerapan Budaya Korporat bukan sahaja merupakan sebahagian daripada nilai-nilai
budaya korporat Kementerian Kesihatan malahan ia juga merupakan sebahagian daripada
komponen misi baru Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kejayaan kempen tersebut sebenarnya bergantung kepada komitmen dan kesanggupan
semua anggota KKM menerima dan mengadaptasikan perubahan secara sukarela dengan
sikap yang terbuka. Dengan berteraskan komitmen, sikap serta semangat cintakan organisasi
dan negara, usaha pihak kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik
untuk rakyat bermatlamatkan kecemerlangan akan tercapai dengan sebaik mungkin.
Bagi kementerian lain, mereka hanya berurusan dengan masyarakat yang sihat tetapi
bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka berurusan dengan pesakit. Oleh yang
demikian, setiap anggota KKM harus berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka dengan
lebih berhati-hati. Ini bererti apabila kita berinteraksi dengan pesakit, kita hendaklah melayan
mereka seperti keluarga kita sendiri. Untuk memastikan pesakit mendapat layanan yang baik
dari kita sebagai perawat, kita perlu mengamalkan sifat dan kelakuan yang dianggap baik oleh

pesakit iaitu dengan mempraktikkan nilai-nilai budaya korporat seperti yang diwar-warkan
oleh pihak kerajaan.

RUJUKAN
i)
Buku
Dr Roslan Johari Bin Mohd Ghazali, Dr Roslinah Binti Ali, Dr Nor Filzatun Binti
Borhan dan Dr Noriah Binti Bidin, 2007. Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni
di Kalangan Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur.
Dato Seri Dr. Liow Tiong Lai, 2009. Teks Ucapan Semasa Perasmian Kempen
Penerapan Budaya Korporat, Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009. Buku Kecil Penerapan Budaya Korporat,
ii)

Kuala Lumpur.
Laman Web
http://nmsyukra.blogspot.com/2009/04/budaya-korporat-kami-sedia-membantu.html
http://jknsabah.moh.gov.my/v3/modules/wfdownloads/singlefile.php?cid=4&lid=4
http://www.moh.gov.my/v/bu_kor?theme_color=co_default
http://www.infosihat.gov.my/BudayaKoperat/BudayaKorporat_Pameran.php

Anda mungkin juga menyukai