Anda di halaman 1dari 10

KOMUNIKATIF

Definisi Komunikatif
Menurut Adena Ayob& Khairuddin Mohamad
( Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu),
komunikatif merupakan pendekatan yang
berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan
penggunaan bahasa dalam komunikasi
merupakan tujuan yang harus dicapai untuk
pembelajaran bahasa.
Manakala menurut Kamarudin Haji Husin
(Perkaedahan Mengajar Bahasa) pendekatan
komunikatif dalam pengajaran bahasa bermula
daripada satu teori yang menganggap bahasa
sebagai alat komunikasi. Matlamat pengajaran
adalah untuk memperkembangkan keupayaan
tersebut.
Pendekatan komunikatif ini memberi penekanan

Dengan
kata
lain,
pendekatan
komunikatif
ini lebih mengutamakan
penguasaan
kecekapan
bahasa
dan
kecekapan komunikasi dalam sesuatau
interaksi lisan.
Oleh itu, sesuatu aktiviti lisan yang
dirancang dalam pendekatan komunikatif
bagi
melatih
kemahiran
bertutur
mengandungi dua aktiviti utama yakni
aktiviti latihan ketepatan penggunaan
unsur-unsur bunyi dan struktur bahasa
serta aktiviti menggunakan unsur-unsur
bahasa yang dilatih dalam sesuatu
interaksi lisan.

Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat


akhir yang ingin dicapai oleh pelajar ialah
supaya mereka boleh menggunakan bahasa
untuk berkomunikasi.
Yakni, pelajar-pelajar boleh menggunakan
bahasa untuk berhubung dengan pihak lain
dalam berbagai-bagai situasi.
Pendekatan komunikatif tidak mementingkan
penguasaan bahasa secara pencilan tetapi
pendekatan ini menitikberatkan penguasaan
pelajar dalam kecekapan berkomunikasi iaitu
cekap menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri
dengan
menggunakan
kecekapan
nahu
(tatabahasa), sosiobudaya dan kognitif pelajar
itu sendiri.

Ciri-Ciri Pendekatan Komunikatif


Brumfit
dan
Finocchiaro
(1997)
membicarakan
22
ciri
pendekatan
komunikatif dalam pengjaran bahasa. Ciriciri
pendekatan
komunikatif
dalam
pengajaran komunikatif tersebut adalah
seperti berikut:
1) Makna merupakan aspek penting
2) Percakapan harus berpusat di sekitar
fungsi komunikatif dan tidak dihafal secara
normal.
3)
Kontekstualisasi
merupakan
aspek
penerokaan utama dalam mencerap ilmu.
4) Belajar bahasa membawa maksud
berkomunikasi.
5) Komunikasi efektif dianjurkan.

7)
Ucapan
yang
dapat
difahami
dijadikan
keutamaan.
8) Setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan
mantap.
9) Keupayaan untuk berkomunikasi boleh didorong
sejak awal.
10) Penggunaan bahasa yang berkesan akan
diberikan penekanan.
11) Terjemahan digunakan dalam pengajaran jika
perlu.
12) Membaca dan menulis dimulakan lebih awal.
13) Sistem bahasa dipelajari melalui aktiviti
berkomunikasi.
14) Komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas.
15) Variasi linguistik merupakan konsep utama dalam
pengajaran.

16) Urutan pengajaran ditentukan berdasarkan


pertimbangan isi, fungsi atau makna untuk
meneguh minat murid.
17) Guru mendorong murid supaya bersama-sama
dengannya untuk menggunakan bahasa.
18) Bahasa dicipta oleh murid melalui cuba jaya.
19) Kefasihan bahasa merupakan fokus utama,
selain ketepatan
yang dinilai dalam konteks
bukan abstrak.
20) Murid digalakkan berinteraksi dengan orang
lain melalui kelompok atau pasangan sama ada
secara penulisan atau lisan.
21) Guru tidak boleh meramalkan apakah bahasa
yang akan digunakan oleh murid.
22) Motivasi intrinstik murid akan timbul melalui
minatnya terhadap hal-hal yang dikomunikasikan.

Proses Pengajaran
Komunikatif
1) Guru memberikan situasi dan soalan tugasan
kepada murid.
2) Murid berbincang bersama-sama rakan
tentang soalan tugasan yang diberikan oleh
guru.
3) Murid bertanya dan berbincang dengan guru.
4) Murid menjalankan wawancara di hadapan
bilik darjah.
5) Guru memberikan pandangan dan saranan
untuk penambaikan.

Prinsip Pendekatan
Komunikatif

Terdapat
3
prinsip
pendekatan
komunikatif:
1) Murid perlu mengetahui tujuan
setiap
aktiviti
bahasa
yang
dilaksanakan.
2) Pengajaran bahasa perlu dibuat
dalam konteks wawancara.
3) Pengajaran
bahasa
perlu
berpandukan proses komunikasi
yang sebenar.

Kesimpulan
Hakikatnya,
prinsip
komunikatif
menitikberatkan
faktor-faktor
kognitif dan sosiobudaya untuk
mempengaruhi
kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi bagi
seseorang
penutur
dalam
masyarakat bahasa.
Dalam
pendekatan
komunikatif,
struktur
bahasa
diajar
supaya
komunikasi lebih berkesan dengan
kecekapan berbahasa yang sesuai
dengan fungsi komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai