Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Melayu kerana ia tidak dimasyhurkan di
negara kita, sedangkan ia berkembang luas pada zaman Rasulullah SAW. dan
selepasnya. Sebenarnya ia bukan suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia,
bahkan Al-Quran yang dibaca sekarang adalah Qiraat, tetapi masyarakat kita tidak
mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah suatu kombinasi yang tidak
dapat dipisahkan, begitu juga pada ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah
Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Maksudnya jika seseorang itu membaca AlQuran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat,
bahkan ia berdosa di sisi syarak.
Firman Allah SWT,
Bacalah Al-Quran dengan murattal (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan
baik).(al-Muzammil: 4)
Penulisan ini bertujuan untuk mengemukakan kajian ringkas mengenai qiraat,
sejarahnya dan pengamalan di kalangan umat Islam.
AL-QURAN DITURUNKAN TUJUH HURUF
Al-Quran adalah satu mukjizat yang tersebar dan teragung yang diturunkan dalam
bahasa Arab dalam tujuh huruf. Banyak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat
mengenai Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf dan hadith tersebut adalah
mutawatir, di antaranya yang berpendapat demikian ialah Abu Ubayd al-Qasim bin
Salam sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya. Rasulullah SAW
bersabda,
Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana
yang mudah daripadanya.(HR Bukhari dan Muslim).
Para ulama berbeza pendapat mengenai Al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf,
iaitu:-
i. Ada pendapat yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh bahasa dari
tujuh bangsa selain bangsa Arab. Pendapat ini didasarkan wujudnya kalimat-kalimat
yang bukan dari bahasa Arab dalam Al-Quran seperti Sirat (Rome), Istabraqen
(Yunani), Sijjil(Parsi), Haunaan(Siryani).
ii. Pendapat yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh jenis qiraat
(bacaan) tetapi pendapat ini adalah lemah.
iii. Pendapat ketiga menyatakan yang dimaksudkan tujuh huruf tersebut ialah tujuh
bahasa kabilah Arab yang masyhur di waktu itu tetapi apabila Islam menjadi teguh,
hanya bahasa Arab Quraysyi sahaja yang digunakan.
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada al-Rasul melalui perantaraan Jibril a.s.
Beliau menerima cara bacaan yang betul daripada Jibril mengikut kehendak Allah SWT.
Setelah itu Rasulullah SAW mengajarkan Al-Quran kepada para sahabat sebagaimana
yang diajar oleh Jibril kepadanya. Malaikat Jibril sendiri mengajar Al-Quran kepada
Rasulullah SAW dengan Tujuh Huruf. Berkaitan dengan itu Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud,
Malaikat Jibril membacakan Al-Quran kepadaku dengan satu huruf, maka aku sentiasa
mengulang-ulanginya. Aku juga sentiasa meminta kepada Jibril agar menambahkannya
lagi, sehingga akhirnya ia menambahkannya sampai menjadi 7 huruf. (Riwayat
Syaikan).
PENGERTIAN TUJUH HURUF MENGIKUT PANDANGAN ULAMA
Sabatu bererti tujuh dan Ahruf adalah jama daripada perkataan huruf yang ertinya
beberapa huruf . Di samping itu harf bererti wajah dan lain-lain. Secara harfiah Sabatu
Ahruf bererti tujuh huruf atau tujuh wajah.
Para ulama berselisih pendapat mengenai makna tujuh huruf sehingga 40 pendapat.
Pendapat ini boleh diambil iktibar dan pengajaran antaranya;
i. Cegah, suruh, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujah.
ii. Balasan baik dan buruk, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujah.
iii. 7 bahasa iaitu Quraisy, Yaman, Jarham, Hairizam, Qurdaah, Al-Tamim dan Ther.
iv. 7 Qiraat sahabat iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Masud, Ibn Abbas dan
Ubay bin Kaab.
v. Zahir, batin, fardu, sunat, khusus, umum, pemisahan dan perbandingan.
vi. Depan, akhir, faraid, hudud, peringatan, mutasyabihah dan perbandingan.
vii. Suruhan, larangan, akad (jual beli), ilmu, rahsia, zahir dan batin.
viii. Hamzah, imalah, baris atas, baris bawah, tebal, panjang dan pendek.
ix. Suruhan, larangan, berita gembira, peringatan, perkhabaran, perbandingan.
Manakala mengikut Ibnu Hayyan, beliau mengatakan Ahli ilmuwan berbeza pendapat
tentang makna tujuh huruf menjadi 35 pendapat . Di antara pendapat yang paling
mendekati kebenaran ialah;
i. Tujuh macam bahasa daripada bahasa-bahasa Arab yang mempunyai satu erti atau
makna bagi bahasa Quraisyi, Huzail, Saqif, Hawazin, Kinanah, Tamim dan Yaman;
ii. Tujuh macam bahasa daripada bahasa-bahasa Arab dengan mana Al-Quran
diturunkan.
iii. Tujuh wajah amr(perintah), nahyu (larangan), wad (janji) waid (ancaman), jadal
(perdebatan); atau Qasas (cerita) dan masal (perumpamaan) atau amr, nahyu, halal,
haram, muhkam, mutashabih, dan amsal;
iv. Tujuh huruf adalah tujuh macam hal yang di dalamnya terjadi ikhtilaf (perbezaan)
iaitu Ikhtilaf al-asma (perbezaan Kata benda) dalam bentuk mufrad, muzakkar dan
cabang-cabangnya seperti tasniyah jamak dan tanis; Perbezaan dalam segi Irabb
(harakat akhir kata); Perbezaan dalam tasrif; Perbezaan dalam takdim (mendahulukan)
dan takhir (mengakhirkan); Perbezaan dalam segi ibdal (penggantian) baik pengertian
huruf dengan huruf; Perbezaan kerana ada penambahan dan pengurangan ikhtilaf
(ziadah); dan Perbezaan lahjah seperti bacaan tafkim (menebalkan) dan tarqiq
(menipiskan) fathah dan imalah, izhar dan idgham, hamzah dan tashil, isymam dan
sebagainya;
v. Bukan pengertian harfiah tetapi lebih kepada isyarat lambing kesempurnaan bahasa
Arab, kerana lafaz Sabah digunakan untuk jumlah yang banyak bilangan satuan
seperti 70 dalam bilangan puluhan, 700 dalam bilangan ratusan dan bukannya
bilangan 1 hingga 10. Kata Sabah bukan ditujukan pada bilangan tertentu.
vi. Tujuh huruf bermakna Qiraat Tujuh.
Imam Sayuti mengatakan Ibnu Jazari mengemukakan pendapat tentang Sabatu Ahruf
ialah Quran diturunkan dengan tujuh macam bahasa dan tujuh ajaran, tetapi pendapat
tersebut tidak sahih .
Pendapat yang paling masyhur mengenai pentafsiran Sabatu Ahruf adalah pendapat
Ar- Razi dikuatkan oleh Az-Zarkani dan didukung oleh jumhur ulama. Perbezaan yang
berkisar pada tujuh wajah;
i. Perbezaan pada bentuk isim , antara mufrad, tasniah, jamak muzakkar atau
muannath. Contohnya,
( Al-Mukminun: 8)
Lafaz bergaris dibaca secara jamak dan mufrad .
ii) Perbezaan bentuk fiil madhi , mudhari atau amar. Contohnya,
( Saba : 19)
Sebahagian qiraat membaca lafaz rabbana dengan rabbuna, dan dalam kedudukan
yang lain lafaz baidu dengan baada.
iii) Perbezaan dalam bentuk irab. Contoh, lafaz
( Al-Baqarah: 282)
dibaca dengan disukunkan huruf ra sedangkan yang lain membaca dengan fathah.
iv) Mendahulukan (taqdim) dan mengakhirkan (takhir). Contoh,
( Surah Qaf: 19) dibaca dengan didahulukan al-haq dan diakhirkan
al-maut, . Qiraat ini dianggap lemah.
v) Perbezaan dalam menambah dan mengurangi. Contoh ayat 3, Surah al-Lail,
huruf, maka aku memohon kepada malaikat Jibril agar diberi kemudahan bagi umatku
dan dia menjawab agar aku membacanya dengan dua huruf . Aku masih mengulangi
lagi permintaan agar diberi lagi keringanan untuk umatku . Maka dia menjawab untuk
yang ketiga kalinya . Bacalah Al-Quran itu dengan tujuh huruf.
Oleh itu bacaan Al-Quran tujuh huruf itu bukanlah rekaan atau ciptaan Nabi
Muhammad SAW, tetapi malaikat Jibril yang mengajarnya mengikut kesesuaian
perintah Allah, Rasulullah SAW diperintahkan supaya tidak tergesa-gesa bila membaca
Al-Quran tetapi dikehendaki setelah sempurna diwahyukan dan ikut cara Jibril
membacanya. Rasulullah SAW juga dilarang oleh Allah meniru Jibril membaca ayat dari
ayat sebelum Jibril a.s selesai membacakannya agar baginda dapat menghafal dan
memahaminya dengan betul setiap ayat yang diturunkan.
Allah SWT berfirman :
Ertinya : Dan jangan lah kamu tergesa gesa dalam membaca Al-Quran
Sebelum disempurnakan mewahyukannya . (Taha: 114)
FirmanNya lagi:
Ertinya Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya. (AlQiamah: 18).
TUJUH HURUF DAN KAITANNYA DENGAN MASHAF UTHMANI
Mashaf Uthmani adalah mashaf yang dicatat dan disempurnakan pada zaman Khalifah
Uthman ibn Affan yang digunakan pada hari ini. Menurut jumhur ulama, mashaf ini
berjumlah 6 buah yang mencakupi Tujuh Huruf. Sebagai contoh, (bahasa Yaman),
(bahasa Yaman), (bahasa Hawazin), (bahasa Abbas) dan lain-lain yang terdapat dalam
al-Quran resam Uthmani.
QIRAAT DAN PERBAHASAN MENGENAINYA
1. Pengertian
Qiraat adalah bentuk masdar daripada qaraa atau jamak daripada qiraah yang ertinya
bacaan. Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu mazhab(aliran) pengucapan AlQuran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra sebagai suatu mazhab yang berbeza
dengan mazhab lainnya. Dengan kata yang lain ia membawa maksud perbezaanperbezaan dalam membaca Al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai
huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau nipis, panjang pendeknya dan
sebagainya.
Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: Qiraat ialah suatu mazhab yang
dipilih oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak sama dalam
menuturkan Al-Quran.
Muhammad Salam Muhsin mengatakan: Qiraat adalah satu ilmu yang membahaskan
tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan
menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar qiraat.
Muhammad Ali Shabuni mengatakan: Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa cara
mengucapkan Al-Quran yang masing-masing imam itu memilih satu cara yang berbeza
dengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran.
Definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan
mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik,
sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan berpandukan pada
mazhab-mazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Qiraat
yang dianggap mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sabah atau Qiraat
Tujuh. Sebahagian orang menyangka bahawa qiraat atau macam-macam bacaan AlQuran tersebut direka oleh Rasulullah SAW atau oleh para sahabat dan para tabiin.
Tidak kurang juga yang membuat andaian ianya dibuat oleh pakar Al-Quran yang
dipengaruhi oleh kabilah-kabilah Arab atau bangsa Ajam (bukan Arab) yang Islam.
Anggapan tersebut adalah tidak benar berdasarkan riwayat puluhan hadis sahih
menerangkan pelbagai bacaan semenjak Al-Quran diturunkan. Kesemua bacaan yang
diriwayatkan oleh ketujuh-tujuh imam itu telah diakui dan disepakati oleh para ulama
sebagai sahih dari Rasulullah SAW yang dikenali dengan Qiraat Sabah atau Qiraat
Tujuh. Beberapa kitab ulum Al-Quran menyebut tentang qiraat tujuh yang dianggap
mutawatir oleh jumhur ulama.
Ibnu Subki mengatakan pula: Qiraat tujuh dipandang mutawatir dengan sebenarbenarnya, yakni yang dinukilkan daripada Rasulullah SAW oleh suatu jemaah yang
diyakini mereka tidak mungkin berdusta.
Para ulama bersepakat tentang kemutawatiran qiraat tujuh ini. Oleh kerana itu umat
Islam wajib mempercayai dan tidak boleh menolak kebenaran qiraat tujuh ini, yang
telah dibawa oleh orang-orang kepercayaan dengan sanad yang bersambung terus
kepada Rasulullah SAW. Al-Qadhi Jalaluddin Al-Balqini yang menyifatkan qiraat tujuh
sebagai mutawatir lagi masyhur, katanya: Qiraat itu terbahagi menjadi qiraat
mutawatir, ahad dan syaz. Adapun qiraat yang mutawatir adalah qiraat tujuh.
2. Perkembangan Ilmu Qiraat
Di peringkat awal Al-Quran hanya diturunkan dalam satu huruf sahaja, akan tetapi
Rasulullah SAW mendesak malaikat Jibril agar ditambah lagi, supaya umatnya tidak
menghadapi masalah dan kesusahan dalam membaca Al-Quran dan memilih manamana bacaan yang mudah. Lalu Jibril pun menambahnya sehingga tujuh huruf.
Ilmu qiraat adalah sebahagian daripada ulum Quran atau ilmu-ilmu tentang Al-Quran
yang membicarakan kaedah membaca Al-Quran. Ilmu disandarkan kepada Imam
periwayat dan pengembangnya yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah
SAW. Cara pengambilan ilmu ini adalah secara talaqi iaitu berdepan dengan guru
dengan memperhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru ketika melafazkan ayat-ayat
Al-Quran. Manakala mashaf resam Uthmani hanyalah sebagai rujukan semata.
Oleh sebab itulah Khalifah Uthman sewaktu mengirimkan Mashaf ke wilayah,
menghantar pula seorang qari yang qiraatnya bersesuaian dengan mashaf yang
dikirimkannya. Mereka yang dihantar terdiri daripada sahabat-sahabat yang arif
tentang bacaan Al-Quran oleh Rasulullah SAW. Di antara para sahabat tersebut ada
yang menerima terus daripada Nabi hanya satu bacaan sahaja, ada pula yang menerima
dua bacaan, tiga bacaan dan bahkan ada yang menerima lebih daripada itu dan
kemudian mereka mengajarkan bacaan yang diterimanya tadi kepada orang yang
belajar. Oleh kerana itu,wajarlah kalau timbul perbezaan qiraat pada generasi tabiin
dan generasi penerusnya dan apabila sampai kepada imam-imam qiraat yang tujuh itu,
orang mulai membatasi qiraat.
Di zaman sahabat, para qari dan huffaz yang terkenal adalah Uthman bin Affan, Ali bin
Abi Talib, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit, Ibnu Masud, Abu Darda dan Abu Musa AlAsyari. Merekalah yang dihantar oleh Khalifah Uthman ke wilayah Islam bersama
mashaf Uthmani yang telah disediakan. Hasil didikan para qari zaman sahabat,
muncullah pakar-pakar qiraat generasi tabiin, di serata wilayah Islam di antaranya:
Di Mekah Qari-Qari yang tinggal di Mekah antaranya ialah Ubaid bin Umair, Atak
Tawus, Mujahid, Ikrimah dan Ibnu Malikah
Di Madinah Qari-Qari yang tinggal di Madinah antaranya ialah Ibnu Musayyab,
Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman, Ibnu Yasar, Muad bin Haris (Muad AIQari), Abdurrahman bin Hurmuz, Ibnu AI-Araj, Muslim bin Jundub dan Said bin
Aslam.
Di Basrah terdapat para qari masyhur antaranya Amir bin Abdul Qais, Abu Aliyah,
Abu Raja, Nasr bin Ashim, Yahya bin Yamar, Muadz, Jabir bin Zaid, Al-Hasan Ibnu
Sirin dan Qatadah.
Di Kufah Di kota Kufah pula terdapatqari-qari antaranya Al-Qamah, AI-Aswad,
Masruq, Ubaid, Amr bin Syarkhabil, Al-Haris bin Qais, Rabi bin Khatim, Amru b.
Maimun, Abdurrahman Assulami, Zar bin Khubais, Ubaid bin Mudhailah, Abu Zarah
dan Ibnu Asy-Syabi.
Di Syam terdapat juga ramai qari yang mahir antaranya AI-Mughirah bin Abi
Syaibah Almakhzumi. Beliau termasuk salah seorang murid Uthman bin Affan. Khalid
bin Said, salah seorang murid Abu Darda.
Hasil didikan daripada generasi tabiin, maka ramailah orang yang cenderung dan
berminat serta prihatin tentang qiraat. Mereka menumpukan perhatian terhadap ilmu
qiraat, sehingga di beberapa kota besar terdapat pula pakar-pakar qiraat dari generasi
ini. Umpamanya di Mekah terdapat Imam Ibnu Kathir, yang menjadi salah seorang
imam qiraat. Hamid bin Qais Al-Araj dan Muhammad bin Muhaisin. Di Madinah pula
terdapat nama-nama seperti Abu Jaafar Yazid bin Yakkub, Syaibah bin An-Nasah dan
Nafi bin Nuim (salah seorang imam qiraat). Di Kufah nama-nama yang termasyhur
adalah Yahya bin Wathab, Asim bin Abi Nujdud, Hamzah dan Kisai. Tiga nama yang
terakhir itu termasuk imam Qiraat yang tujuh. Manakala para qari yang tinggal di
Basrah ialah Abdullah bin Abu Ishak, Isa bin Umar, Abu Amir bin Al-Ala (salah seorang
imam qiraat), Asim bin Jahdari dan Yakkub bin Al-Hadrami. Di Syam pula tercatat
nama-nama yang masyhur antaranya Abdullah bin Amir (salah seorang imam qiraat),
Atiyah bin Qais Al-Kilabi, Ismail bin Abdullah bin Muhajir, Yahya bin Haris dan
Syuraikh bin Yazid Al-Hadrami.
Melalui perkembangan ilmu qiraat yang pesat, lahirlah pelbagai bentuk bacaan yang
semuanya bersumber daripada Rasulullah SAW. Hal ini boleh jadi disebabkan pendapat
mereka dalam memahami maksud sabda Rasulullah SAW yang mengatakan Al-Quran
itu diturunkan dalam tujuh huruf. Jadi masing-masing pembawa qiraat mendakwa
qiraatnya berasal dari Rasulullah SAW, kerana ketika itu belum dirumuskan dan belum
dipastikan bacaan mana yang betul-betul daripada Rasulullah SAW. Sehubungan
dengan itu para ulama segera mengadakan kajian dan penelitian terhadap setiap bentuk
qiraat kemudian membandingkannya bacaan mana yang dianggap betul. Lalu mereka
merumuskan tiga syarat bagi setiap qiraat yang dianggap betul daripada Rasulullah
SAW:-.
v Sanadnya Yang Sahih suatu bacaan dianggap sahih sanadnya apabila ia diterima
daripada salah seorang imam atau guru yang jelas, tertib, tidak ada cacat dan sanadnya
bersambung hingga kepada Rasulullah SAW.
v Sesuai Dengan Resam Uthmani suatu qiraat dianggap sahih apabila sesuai dengan
salah satu Mashaf Uthmani yang dikirimkan ke wilayah Islam kerana ia mencakupi
sabatu ahruf.
v Sesuai dengan tata bahasa Arab syarat terakhir ini tidak berlaku sepenuhnya, sebab
ada sebahagian bacaan yang tidak sesuai dengan tata bahasa Arab, namun kerana
sanadnya sahih dan mutawatir maka qiraatnya dianggap sahih.
3. Pembukuan Ilmu Qiraat
Ilmu qiraat semakin maju sejajar dengan ilmu-ilmu yang lain disebabkan
perkembangan dunia umumnya dan dunia Islam khususnya semakin maju. Ilmu-ilmu
yang dulunya diwarisi secara mulut ke mulut mulai dibukukan untuk menjadi tatapan
generasi mendatang termasuklah ilmu qiraat mulai ditulis dan dibukukan. Sejarah
mencatatkan Abu Ubaid Al-Qasim bin Salam, Abu Khatim As-Sajistani, Abu Jaafar AtTabari dan Ismail Al-Qadhi adalah antara para ulama qiraat yang mula-mula merintis
pembukuan ilmu Qiraat Al-Quran. Melalui pembukuan tersebut, para ilmuwan
Al-Quran. Ia sah dibaca di luar dan di waktu solat dan qiraat ini juga yang dijadikan
pedoman bagi sumber penetapan hukum.
ii) Qiraat Masyhur
Qiraat masyhur adalah qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak sampai pada peringkat
Mutawatir, dan sesuai dengan kaedah bahasa Arab serta sesuai pula dengan resam
Uthmani. Juga masyhur di kalangan para qurra dan tidak terdapat cacat.
Daripada definisi di atas dapat difahami bahawa qiraat yang dianggap masyhur adalah
qiraat yang sanadnya sahih tetapi bilangan perawinya tidak sebanyak qiraat Mutawatir.
Perawinya memenuhi syarat jujur, adil dan kuat hafalannya. Selain itu juga mesti sesuai
dengan kaedah bahasa Arab dan sesuai pula dengan mashaf yang dikumpulkan Khalifah
Uthman bin Affan. Namun dalam hal ini ia tidak sampai pada tahap Mutawatir. Qiraat
Masyhur ini tidak terdapat cacat sedikit pun dan wajib diakui sebagai Al-Quran dan
tidak boleh dimungkiri. Contoh qiraat Masyhur ini adalah qiraat yang dipopularkan
oleh Abu Jaafar bin Qakqak dan Yakkub Al-Hdharami.
iii) Qiraat Ahad
Qiraat Ahad ialah qiraat yang sah sanadnya, tetapi menyalahi atau tidak sesuai dengan
resam Uthmani dan kaedah bahasa Arab atau tidak masyhur sebagaimana dua qiraat
yang tersebut di atas. Qiraat Ahad ini pada dasarnya sanadnya benar tetapi tidak sesuai
dengan tulisan yang dibacanya, tidak sesuai dengan kaedah bahasa Arab, dan tidak
meluas seperti qiraat pertama dan kedua. Qiraat ini tidak digunakan untuk membaca
Al-Quran dan tidak boleh diyakini kebenarannya. Contohnya ayat 26 surah al-Rahman,
perkataan rafrafin dibaca rafarifa dan waabqoriyyin dibaca dengan waabaqiriyya.
iv) Qiraat Syaz
Qiraat syaz ialah bacaan yang sanadnya tidak sah. Contoh qiraat syaz ini adalah bacaan
Ibnu Syumaifa dalam membaca firman Allah surah Yunus, ayat 26 apabila kalimahkalimah nunajjika dibaca sebagai nunahhika (huruf jim dibaca ha) dan kholfaka
dibaca sebagai kholafaka(huruf lam difathahkan).
Bacaan tersebut diriwayatkan oleh Hakim daripada Asim bin Al-Jahdari daripada AlBarkah, katanya dia mendengar Rasulullah membaca sedemikian.
Makki, Al-Amasy Al-Kufi Hasan Al-Basri dan Yahya Al-Yazidi. Dengan munculnya
empat qiraat ini, maka semuanya menjadi qiraat empat belas yang terkenal dengan
sebutan QlRAAT ARBAA ASYAR (Qiraat Empat Belas). Walau bagaimanapun qiraat
empat yang terakhir ini adalah qiraat lemah (syaz) kerana tidak ada perawinya, di
samping qiraat ini menambahkan kata-kata di dalam ayat sebagai pentafsiran.
6. Penghubung (Wasitah) Para Perawi
Perlu juga diketahui sanad-sanad perawi qiraat ada yang melalui wasitah yakni orang
yang menjadi penghubung/penyambung sanad antara perawi dengan imamnya, hanya
mereka yang menjadi penghubung ini namanya tidak masyhur sebagai perawi qiraat.
Ada perawi yang terus belajar dengan imamnya tanpa melalui perantaraan orang lain,
biasanya mereka masih sempat atau pernah hidup sezaman dengan imamnya: Kedua-dua perawi Imam Nafi, iaitu Qalun dan Warasy, mereka mendapat sanad
qiraat dari Imamnya dengan bertalaqqi (musyafahah) terus.
Perawi Imam Asim iaitu Syubah dan Hafash.
Perawi Imam Ali Kisai, iaitu Abdul Harith dan Duri Ali.
Sementara itu, perawi-perawi yang terdapat wasitah dengan imamnya ialah: Kedua-dua perawi Ibnu Kathir, iaitu Bazzi dan Qanbul. Bazzi mendapat sanad qiraat
dari Ibnu Kathir melalui wasitah dua orang iaitu Syibl dan Ikrimah, manakala Qanbul
mendapat sanad melalui lima orang iaitu Ahmad Al-Qowas, Abi Al-Ajrit, Ismail, Syibl
dan Maruf.
Dua perawi Imam Abu Amr, iaitu Duri dan Susi, masing-masing mendapat sanad
daripada imamnya melalui seorang wasitah iaitu Yahya Al-Yazidi.
Kedua-dua perawi Imam Ibnu Amir, iaitu Hisyam dan Ibnu Dzakwan. Hisyam
mendapatkan sanad dari imamnya melalui dua orang wasitah iaitu Arok Al-Marwazi
dan Yahya Adh-Dhamari. Sedangkan Ibnu Dzakwan mendapat sanad daripada
imamnya melalui dua orang wasitah pula iaitu Ayyub At-Tamimi dan Yahya AdhDhamari.
Kedua-dua perawi Imam Hamzah, iaitu Kholaf dan Khollad, masing-masing mendapat
sanad bacaan Al-Quran daripada imamnya melalui seorang wasitah iaitu Salim.
7. Pengaruh Qiraat terhadap Istinbat Hukum
Menurut pengkajian, perbezaan bacaan Al-Quran ada kalanya membawa pengaruh
kepada perbezaan pengertian saja, demikian menurut pendapat Ibnu Qutaibah.
Selanjutnya Ibnu Qutaibah menjelaskan perbezaan bacaan yang menimbulkan adanya
pengertian yang berlawanan tidak terdapat dalam Al-Quran, yang ada hanyalah
perbezaan bacaan yang membawa pengaruh terhadap perbezaan pengertian yang masih
dalam batas-batas kebenaran yang dibenarkan oleh syarak. Perbezaan bacaan yang
membawa pengaruh kepada adanya perbezaan erti atau pemahaman yang masih pada
batas-batas kebenaran adalah seperti perbezaan pada masalah-masalah Fiqhiah sebagai
hasil ijtihadi daripada para mujtahid. Perbezaan qiraat berkenaan tidak menutup
kemungkinan akan mempengaruhi erti dan pentafsiran terhadap Al-Quran.
PENUTUP
Penurunan Al-Quran dengan tujuh huruf dan pelbagai qiraat menunjukkan betapa
terjaga dan terpelihara Kitab Allah daripada perubahan dan penyimpangan sedangkan
bacaannya berbeza-beza. Di samping itu ia memudahkan umat Islam untuk
membacanya. Ia juga menggambarkan kemukjizatan dan kepadatan Al-Quran kerana
setiap qiraat menunjukkan sesuatu hukum syarak tanpa pengulangan lafaz dan juga
merupakan penjelasan terhadap apa yang mungkin masih global dalam qiraat lain.