Anda di halaman 1dari 2

MENGAPA AL QURAN TIDAK DI KUMPULKAN DALAM SATU MUSHAF

PADA ZAMAN NABI S.A.W.?


Ketika Rasulullah s.a.w wafat, al Quran sedia kukuh terpelihara dalam dada
dada para sahabat r.a. Namun dari sudut penulisannya, al Quran masih lagi
berada dalam keadaan lembaran lembaran yang terpisah antara satu sama
lain, ia belum lagi di kumpulkan dalam satu buku atau mushaf yang lengkap
berserta ayat ayat dan surah surahnya yang tersusun.Oleh itu, sudah tentu
keadaan ini berlaku kerana ada hikmah hikmahnya yang tersendiri
memandangkan al Quran merupakan kalam yang di turunkan oleh Allah s.w.t
yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
Dalam masaalah ini para ulama cuba membahaskan sebab sebab mengapa
al Quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w.
(lihat: Manna' al Qattan: Mabahith fi "Ulum al Quran, hlm, 125) antaranya
adalah:
1. Kaedah penurunan al Quran adalah secara beransur ansur dan tidak
sekali gus. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa
tersebut sebelum selesai keseluruhan penurunannya. Terdapat
sebahagian ayat yang diturunkan lebih awal telah dimansuhkan
apabila turunnya ayat terkemudian yang menasakhkannya. Oleh itu
mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut kerana ini boleh
menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan pembatalan terhadap
penulisan tersebut.
2. Susunan ayat dan surah di dalam al Quran adalah tidak berdasarkan
urutan waktu ia di turunkan. Sebahagian ayat ada yang diturunkan
pada saat terakhir wahyu namun urutannya di tempatkan pada surah
surah yang terawal. Oleh itu, mustahil untuk membukukannya dalam
tempoh penurunannya kerana ini juga boleh menyebabkan berlakunya
banyak pindaan dan perubahan pada susunan penulisannya.
3. Tempoh turunnya wahyu terakhir (iaitu ayat 281 dari surah al Baqarah
mengikut pendapat Ibnu 'Abbas) dengan kewafatan Rasulullah s.a.w.
adalah terlalu singkat. Ibnu Jarir meriwayatkan dalam tafsir al Tabari
bahawa Nabi s.a.w. wafat sembilan malam selepas turununya ayat ini.
Baginda jatuh gering pada hari Sabtu dan wafat pada hari Isnin . Oleh
itu dalam masa yang sesingkat ini tidak memungkinkan ia untuk di
susun lalu dibukukan dengan segera.

4. Ketiadaan faktor faktor yang mendorong untuk mengumpulkan al


Quran menjadi satu mushaf sebagaimana yang berlaku pada zaman
Abu Bakar al Siddiq r.a. Ini kerana ketika Rasulullah s.a.w. kedapatan
ramai sahabat yang menghafal al Quran sebaik sahaja ia diturunkan
sehingga tidak wujud sebarang kepentingan yang mendesak kepada
penulisannya. Ini berbeza selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana
kemunculan banyak fitnah seumpama peperangan yang menyebabkan
ramai penghafal al Quran yang gugur syahid sehingga mendorong Abu
Bakar r.a. melaksanakan rancangan pengumpulan al Quran dalam satu
mushaf kerana khuatir ia akan lenyap dengan ketiadaan para
penghafalnya.
Kesimpulannya , kalau sekiranya al Quran itu dibukukan dalam
satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w. iaitu ketika wahyu masih dalam
tempoh penurunannya, sudah tentu al Quran akan mengalami banyak
perubahan dan pindaan yang selaras dengan terjadinya nasakh serta
penyusunan ayat yang belum selesai di samping kelengkapan menulis
yang sangat terbatas. Situasi begini tidak memungkinkan untuk
berpegang kepada satu satu mushaf yang terdahulu kerana ia masih
tidak lengkap dan berkemungkinan menerima perubahan. Oleh itu
setelah segala galanya stabil iaitu dengan berakhirnya penurunan
serta wafatnya Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi perkara yang di
khuatiri akan menjejaskan pembukuannya. Inilah yang di ilhamkan
oleh Allah s.w.t. kepada Khulafa' al Rashidin yang mendapat hidayah
langsung daripadaNya sehingga timbulnya idea untuk membukukan la
Quran dalam satu mushaf bermula dengan pengumpulan oleh Sayidina
Abu Bakar al Siddiq r.a.
Nukilan dari Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan terbitan Yayasan
Restu Laman web: http//www.mushaf.com.my

Anda mungkin juga menyukai