Anda di halaman 1dari 4

1.

PENGENALAN PSIKOLINGUISTIK
Psikolinguistik ialah satu disiplin yang melihat perhubungan antara linguistik dengan

psikologi. Psikolinguistik juga dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada Linguistik Gunaan.
Akan tetapi, oleh sebab bidang ini khusus memperlihatkan pertalian antara penguasaan bahasa
yang ditinjau dari sudut psikologi yang mempengaruhinya dalam proses penguasaan sesuatu
bahasa pertama itu, maka psikolinguistik telah berupaya berdiri sebagai satu disiplin yang
tersendiri, iaitu berlainan daripada disiplin yang lain.
Perhubungan antara linguistik dengan psikologi ini telah banyak mendapat perhatian
sebagai kesan daripada penekanan Chomsky dalam soal ini. Pandangannya tentang linguistik,
sebagaimana yang tergaris dalam Language and Mind ialah bahawa sumbangan yang paling
penting yang dapat diberikan oleh linguistik adalah dengan mengkaji fikiran manusia; supaya
linguistik secara teratur dan kemas dapat dilihat atau dianggap sebagai satu cabang psikologi
kognitif. Walaupun pandangan ini tidak memperoleh pegangan daripada kebanyakan ahli bahasa,
seseorang tidak dapat menyangkal bahawa adanya perkaitan yang menyeluruh antara psikologi
dan linguistik sebagai gejala yang saling bertindak. Perkaitan ini amat ketara dalam perkaraperkara yang menyentuh perihal bagaimana tanggapan terhadap mudah dan kusutnya bahasa itu
dapat dinyatakan oleh asas psikologi yang tertentu, perihal bagaimana bahasa itu dapat
mempengaruhi atau dipengaruhi oleh kuasa ingatan dan tanggapan, di samping termasuklah juga
perihal yang melibatkan soal-soal bagaimana bahasa juga boleh memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya dalam memahami pertumbuhan manusia dan sebagainya.
Psikolinguistik sebagai satu disiplin telah meluasi implikasi-implikasi psikologis terhadap
bidang lain, daripada fonetik akustik hinggalah membawanya kepada patologi bahasa dan
sebagainya. Sebagai perkembangan terakhir kepada teori generatif, kajian mengenai cara-cara
kanak-kanak menguasai bahasanya telah menjadi antara bidang dan minat yang terpenting dalam
disiplin ini. Bidang ini juga meliputi aspek-aspek seperti bagaimana seseorang kanak-kanak itu
menubuhkan keupayaannya bertanyakan sesuatu dengan menggunakan ayat-ayat mahupun cara
kanak-kanak itu sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang
tertentu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang kanakkanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya masih belum dapat
diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini.

Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal tentang


penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu dapat dikuasai oleh
kanak-kanak dan orang dewasa.
2.0 TEORI STRUKTURAL
Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Benjamin Lee Whorf, de Saussure
dan Otto Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa
yang tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem
sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen
terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang
mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian
terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa
huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak
mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. Aliran linguistik struktural ini muncul
pada kurun ke-20.
.Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Mereka menganggap
bahawa struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem
sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri
daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, dan tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk
mengkaji unsur-unsur bahasa bukan sebagai unsur berasingan tetapi sebagai bahagian daripada
satu keseluruhan sistem.
Walau bagaimanapun, ahli-ahli bahasa struktural berpendapat bahawa bahasa ialah satu
sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan sesuatu objektif, keadaan atau
konsep yang digunakan dalam perhubungan manusia. Tegasnya, bahasa mempunyai ciri-ciri
yang berikut:

1. Bahasa ialah pertuturan

2. Bahasa ialah satu sistem


3. Sistem bahasa ialah arbitrari
4. Bahasa adalah untuk perhubungan
Huraian-huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli struktural ialah yang berasaskan
kajian-kajian yang dibuat secara empiris ataupun saintifik. Tiap-tiap huraian yang dibuat
berdasarkan contoh-contoh pertuturan telah dikumpulkan dalam sesuatu pemerhatian. Tegasnya,
huraian bahasa ialah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan;
penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi pendekatan yang
digunakan oleh ahli-ahli struktural bahasa ialah pendekatan induktif. Oleh sebab ahli- ang
tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat morfologi dan sintaksis ahli
struktural berpendapat bahawa tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yis. Pada
peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan katakata itu dalam struktur ayat.
Ahli-ahli struktural menggantikan istilah-istilah kata nama, kata kerja, kata ganti dan
yang lain dengan istilah kolas Fries (1957) dan Asmah dan Subbiah (1968). Pada peringkat
sintaksis, ahli-ahli bahasa struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen
dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang
memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituen dan selanjutnya
mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar
dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (lihat
Fries: 1957).

3.0 TOKOH DALAM STRUKTURAL


4.0 KUPASAN TEORI STRUKTURAL OLEH BENJAMIN LEE WHORF SECARA
DETAIL
5.0 PANDANGAN KITA OR APLIKASI TEORI DALAM P&P