Anda di halaman 1dari 39

1.

0 Sejarah Pandu Puteri


Sejarah Penubuhan Pandu Puteri

Olave St Clair Soames

Lord Robert Baden-Powell

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul


sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini
dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam
kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap,
Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini
telah

mempunyai

nama

dan

programnya

sendiri.

Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps
di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk
membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan
buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan
Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula
bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri.

Semasa satu

lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave
Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.

Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan
pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di
seluruh dunia.
Di serata dunia
Walaupun

pergerakan

Pandu

Puteri

dilahirkan

di

Britain,

tetapi

perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah
wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara.
Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama
yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia
Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang
menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang
memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.
Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang
bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini
sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low
(pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland)
dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang
kita kenali hari ini.

Kelahiran Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia / WAGGGS


(World Association of Girl Guides and Girl Scouts)
Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan
untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk
Majlis

Antarabangsa

(International

Council),

perintis

kepada

WAGGGS.

Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang
pertama telah diadakan.

Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang
kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran
dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
mula merancang lawatan ke luar negara. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang
pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini
dikenali sebagai Our World News.

Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam


mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada
tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala
pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia.

Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat


pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk
bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa
Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua
pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka
mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26
negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia. Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia.

Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord
dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli e x-officio kepada

Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi
satu persatuan yang berpusat.

Perkembangan
Sementara itu, pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931,
keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang
pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap
Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh
peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang.
Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu.
Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau
dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaa dan ini diikuti
dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia
pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave
(Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama
Pusat Dunia London (Pax Lodge).

Pengenalan
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan
pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan
WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah
dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu.

Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan


formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan
kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.

Pengasas Pandu Puteri

Olave St.Clair Soames (Lady Baden Powell)


Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau
adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai
pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun
1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah
dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada
tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau
telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb
Jun 1977 pada umur 88 tahun.

Sejarah Penubuhan Pandu Puteri di Malaysia


Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 manakala gerakan
kepanduan di Malaysia bermula pada tahun 1917. Kepanduan ini diperkenalkan oleh
seorang guru muda iaitu Cik Ballard yang mengajar di Sekolah Methodist,Kuala Lumpur.
Beliau mula memperkenalkan gerakan kepanduan ini kepada murid-muridnya melalui
sehelai risalah.Risalah ini dibawa beliau dari England. Cik Ballard telah menubuhkan
satu pasukan Pandu Puteri di sekolah tersebut iaitu Cik Marble Marsh telah memberi
dorongan yang kuat kepadanya. Ahli pertama Pandu Puteri terdiri daripada murid-murid
darjah tinggi. Cik Dorothy Prudy telah dilantik menjadi kapten pasukan tersebut.Beliau
dibantu oleh 3 orang pegawai berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford,Cik King dan Cik
Pykett. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu
Puteri di Calcutta, India.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai
Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri
Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat
Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan
Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima
pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953
telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.
Persatuan Pandu Puteri negara ini telah diterima secara rasmi untuk bergabung dengan
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sedunia setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
TUJUAN :
Tujuan penubuhan PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan
potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa,
berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang
taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif,
berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.

Refleksi
Melalui sejarah penubuhan pandu puteri dunia dan penubuhan pandu puteri
Malaysia, barulah saya lebih memahami tentang ketekadan dan usaha yang
diperjuangkan oleh Baden Powell untuk menubuhkan sebuah pengakap perempuan
yang dinamakan Girls Scout. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana Baden
Powell tidak pernah berputus asa untuk memberikan satu peluang untuk kaum wanita
pada masa itu. Sebaliknya, beliau amat menghormati kaum wanita dan telah
menguruskan Pengakap dan Pandu Puteri dengan sedaya upayanya walaupun beliau
bersara.
Selain itu, apa yang lebih memanfaatkan ialah selepas Lady Baden Powell
berkahwin dengan Sir Robert, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka
dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia.
Ini merupakan faktor dan usaha yang berjaya mengembangkan Pengakap dan Pandu
Puteri.
Selain itu, saya juga berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk
mengetahui sejarah PPPM dengan lebih lanjut. PPPM di Malaya pada masa itu
diusahakan oleh Cik Ballard. Tanpa usaha sebegini, mustahirlah kita dapat menikmati
dan bersedia berkidmat untuk orang ramai di bawah nama PPPM.
Sebagai seorang ahli PPPM, saya berasa amat bangga kerana berpeluang
menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Saya
juga akan menjalankan kewajipan sebagai seorang kadet pandu puteri seperti mana
yang digariskan dalam undang-undang pandu puteri.

Struktur dan Organisasi Pertubuhan


Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) adalah pertubuhan sukareka yang
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala aktiviti dan hal-hal yang bersangkutan
dengan kepanduan. Ibu pejabatnya terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai
Baharu, Kuala Lumpur. Di peringkat negeri, terdapat pula ibu pejabat PPPM peringkat
negeri. Persatuan pandu puteri negeri menganjurkan aktiviti mengikut perancangan
aktiviti yang disediakan oleh ibu pejabat PPPM yang berkuatkuasa mengikut tahun
tertentu.
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN
Kepimpinan di Malaysia

PENAUNG DIRAJA
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
YANG DIPERTUA PPPM

TIMBALAN YANG DIPERTUA PPPM


DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Dato' Seri Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah
KETUA PESURUHJAYA PPPM

KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PPPM CAWANGAN IPG


KPM

YDP PPPM CAWANGAN IPG KPM

LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN


Bil.

Jawatan

Pegawai

1.

Yang Dipertua

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah


Mansor

2.

Timbalan Yang Dipertua

DYAM Raja Puan Muda Perak Raja


Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar
Shah

2013 - 2018

3.

Ketua Pesuruhjaya

Cik Normala bt Baharudin

2013 - 2018

4.

Pesuruhjaya Antarabangsa

Cik Jeyadhevi Subramaniam

2012 - 2015

Tempoh

5.

Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas

Puan Tee Huey Ghee

2011 - 2014

6.

Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja

Puan Chempaka Emalin bt Pahamin

2013 - 2018

Cik Ainil Shahnaz bt Muhamad


Sham

7.

Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer

2012 2015

8.

Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet

Puan W. Hasnah bt Abdullah

2011 - 2012

9.

Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan


Dewasa

Puan Nurulain bt Hj. Ngah

2011 2014

10.

Pesuruhjaya Guild

Puan Lucy Lee

2011 - 2014

11.

Pesuruhjaya Program dan Latihan

Puan Tek bt Mohamad Noor

2011 - 2014

12.

Pesuruhjaya Keahlian

YBhg Datin Zainon bt Zainuddin

2012 - 2015

13.

Pesuruhjaya Perhubungan dengan


Masyarakat

Cik Joyce Ong Choon Kim

2011 - 2014

14.

Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan

Puan Hjh Salbiah bt Ma'arof

2011 - 2014

Ahli Ex-Officio
Bil.

Jawatan

Pegawai

1.

Setiausaha Kehormat

Cik Nabihah bt Badar

2.

Bendahari Kehormat

Puan Zahridah Hanum bt Mazlan

3.

Penasihat Undang-Undang

Puan Rusnita bt Noor

Penaung-penaung Diraja

1917 - 1957
Ratu England
1957 - 1960
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Khurshiah Ibni Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
1960 - 1965
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tengku Badriah Ibni Almarhum Tengku Ismail
1965 - 1970
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Sri Setia Raja
1970 - 1975
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
1975 - 1980
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Zainab Binti Tengku Mohamed Petra
1980 - 1984
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tengku Hajjah Afzan Binti Tengku Muhammad
1984 - 1989
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Sultanah Zanariah
1989 - 1994
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali
1994 - 1999
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
1999 - 2001
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Siti Aishah

10

2001 - 2006
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
2006 - 2011
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah
2011 - 2016
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Hamimah Hamidun
YANG DIPERTUA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
1919

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau


Pinang

1921

H.E. Lady Guillimard

1930

H.E. Lady Clement

1947

H.E. Lady Gent

1948

H.E. Lady Gurney

1952

Y.B. Toh Puan Lady Templer

1953

H.E. Lady Mac Cilivary

1957

Y.B. Datin Puteh Mariah binti Ibrahim Rashid

1962

Y.B. Toh Puan Norashikin Ismail

1963

Y.B. Toh Puan Rahah Razak

1977

Y.B. Datin Suhaila Hussein

1981

Y.A.B. Dato' Seri Dr Siti Hasmah bt Haji


Mohd. Ali

2003

Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Endon bt


Mahmood

2007

Y.A.Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah

2009

Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

KETUA PESURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


1921 - 1933

Mrs A. Cavendish (Malaysia dan Singapura)

1934

Mrs P.M. Robinson

1934 - 1941

Mrs L.A. Thomas

11

1942 - 1945

1946

Miss J. Kil Gour

1947

Mrs A.W. Pinnick

1953

Y.B. Datin H.E. Mac Kenzie

1955

Mrs R.G. Health

1958

Puan L. Navaratnam

1973

Puan Hajjah Hendon bt Haji Din

1983

Puan Nik Faizah bt Nik Mustapha

1993

Puan Hajjah Halimah bt Mohd Taib

1998

Puan Hajjah Fatimah bt Mohamad

2003

Puan Salbiah bt Abdul Aziz

2008

YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib

Struktur Organisasi Pandu Puteri Peringkat IPG

PENAUNG DIRAJA
YANG DIPERTUA PPPM
TIMBALAN YANG DIPERTUA PPPM
KETUA PESURUHJAYA PPPM
12

YDP PPPM CAWANGAN IPG KPM

KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PPPM


CAWANGAN IPG KPM

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT IPG KAMPUS

YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA
EX-OFFICIO
SETIAUSAHA
13

PEMIMPIN-PEMIMPIN
AHLI-

AHLI-AHLI

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT NEGERI

PENAUNG
YANG DIPERTUA
PESURUHJAYA NEGERI
PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI
14

AHLI-AHLI ATAS JAWATAN

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT DAERAH

YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA
PESURUHJAYA DAERAH
PENOLONG PESURUHJAYA 1 & 2
15

AHLI-AHLI

PENOLONG PESURUHJAYA BAHAGIAN

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH


PENAUNG

PENASIHAT

BAHAGIAN

PENGERUSI

SETIAUSAHA
AHLI
KETUA
PANDU
PASUKAN
PUTERI

BAHAGIAN

BAHAGIAN

KAPTEN

KAPTEN

16
LEFTENAN
AHLI
KETUA
KETUA
PANDU
KUMPULAN
PASUKAN
PUTERI

LEFTENAN
SETIAUSAHA
KETUA
PASUKAN
AHLI
PANDU
PUTERI

KAKAK BERENAM

Refleksi
Melalui struktur dan carta organisasi Pandu Puteri dalam peringkat
kebangsaan, IPGM, IPG Kampus, Negeri, Daerah dan Sekolah, saya lebih memahami
dengan organisasi Pandu Puteri di peringkat yang berbeza.
Selain itu, saya juga banyak mempelajari ilmu pengetahuan menerusi
tugasan ini. Sebagai contoh, saya telah mengetahui lembaga eksekutif dari dahulu
hingga terkini malah saya juga lebih fahami ketua pensuruhjaya PPPM yang lama dan
terbaharu.
Tugasan ini sememangnya amat memanfaatkan kami kerana dengan
permahaman yang lebih lanjut, kita tidak akan mudah keliru dengan struktur dan
organisasi PPPM. Ini disebabkan carta aliran dan carta organisasi yang telah dihasilkan
telah memberikan penjelasan yang begitu jelas dan jitu.
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan
1. PERSETIAAN PANDU PUTERI
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
17

Raja Dan Negara Saya Malaysia


Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri
2. PIAGAM
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti
Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu Puteri
Melahirkan ahli yang berkaliber
Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

3. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI


Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia.
Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai.
Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain.
Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun.
Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan
ahli Pandu Puteri yang lain.
Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda
yang hidup.
Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah.
Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan.
Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat

18

Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran,perkataan dan perbuatan.


4. VISI DAN MISI

Misi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan
wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran
dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."
Visi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang
dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa."
5. OBJEKTIF AM
Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja
dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi
khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.
Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna,
bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain

6. MATLAMAT PPPM1
"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program
Pandu Puteri yang berkualiti
Objektif 1
Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti
di peringkat Cawangan
Objektif 2
Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh
19

Objektif 3
Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli
Objektif 4
Meningkatkan prestasi pemimpin
Objektif 5
Meningkatkan jumlah ahli
Objektif 6
Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan
struktur dan pengurusan
Objektif 7
Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan
7. MATLAMAT PPPM2
"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk
membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka
sepenuhnya
Objektif 1
Menonjolkan imej moden
Objektif 2
Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia)
Objektif 3
Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita)
Objektif 4
Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan
Objektif 5
Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang
unggul
Objektif 6
Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik
Objektif 7
Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga
dunia.
20

8. MATLAMAT PPPM3
"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang
mengukuhkan dana persatuan
Objektif 1
Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan
dewasa
Objektif 2
Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya
faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa
Objektif 3
Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan
kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan
Objektif 4
Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan
dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja
dan dewasa
Objektif 5
Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa
Objektif 6
Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan
struktur dan pengurusan
Objektif 7
Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

9. NILAI-NILAI TERAS
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut
setiap masa:
Integriti
Kejujuran
21

Hormat-menghormati
Tolerasi
Kasih Sayang
Bantu-membantu
10. ASAS PROGRAM
Perkembangan diri, sahsiah dan intelek
Minat dan hobi
Gaya Hidup Sihat
Khidmat
11. ELEMEN PROGRAM
Perkembangan Jasmani
Perkembangan Emosi
Perkembangan Kerohanian
Perkembangan Kognitif
12. KAEDAH PROGRAM
Komitmen melalui Persetiaan & Undang-Undang (Commitment Through Promise
& Law)
Perkembangan Kendiri Berterusan (Progressive Self Development)
Pembelajaran melalui Pengalaman (Learning by Doing)
Sistem Berkumpulan (Through The Patrol System)
Khidmat Masyarakat (Service in The Community)
Aktiviti Luar (Outdoor Activities)
Kerjasama Aktif antara ahli dewasa dan remaja (Active Cooperation Between
Young and The adults)
22

Simbolisme (Symbolism)
13. CARA HORMAT PANDU PUTERI
Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti hormat
Pengakap. Semasa memberi hormat ini,tangan hendaklah diangkat separas
dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia.
Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri
Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu
yang lemah.
14. PENGGUNAAN HORMAT PANDU PUTERI
Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,raja-raja,pembesarpembesar negara dan negeri,pemimpin Pandu Puteri negara,negeri,daerahdan
kumpulan
Semasa menerima hadiah dan kurniaan
Semasa istiadat mengibar bendera
Semasa memberi penghormatan kepada jenazah
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Akta Pandu Puteri 1953 (Pindaan 1991)
An Act for the incorporation of the Chief Commissioner of the Girl Guides
Association of Malaysia; and to further and protect the activities and interests of
the Girl Guides Association of Malaysia.
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Dikemaskini hingga
September 2008)
Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Am
1 LAMBANG PANDU PUTERI

23

2. Lencana Pandu Puteri Dunia

Tanda/Simbol

Maksud

1. Trefoil( tiga cabang )

Ikrar Pandu Puteri

*Warna Emas Trefoil

Matahari yang bersinar-sinar di


langit biru

2. Bintang-bintang pada

Bintang penunjuk jalan iaitu


persetiaan dan undang-undang

cabang trefoil

Pandu Puteri
3. Jalur

Jarum kompas sebagai


penunjuk jalan yang harus

24

dituju dalam Pandu Puteri

4. Tapak

Perasaan kasih sayang semua


manusia yang sentiasa
bernyala dalam jiwa Pandu
Puteri

Tanda/Simbol

Maksud

1. Trefoil

Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri

2. Bintang pecah empat

13 buah negeri di Malaysia dan 1

belas

pecahan lagi yang menghala ke


atas melambangkan jarum kompas
yang bermaksud petunjuk jalan
yang benar

3. Cogan Kata Pandu Puteri

25

"Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu
Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan
sebarang imbuhan dan balasan.
PANDU PUTERI TUNAS
Tolong Orang Selalu (TOS)
PANDU PUTERI REMAJA
Selalu Sedia
PANDU PUTERI RENJER
Selalu Sedia Terus Berkhidmat
4. Lagu Pandu Puteri
Versi Bahasa Melayu
Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.
5. Bendera Pandu Puteri Dunia

26

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah
melambangkan 3 bahagian Persetiaan.
Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan.
Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di
dunia.
Bendera Pandu Puteri Malaysia

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.


Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di
Malaysia.
Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari
menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Refleksi
27

Dalam tugasan ini, saya telah mencari isi-isi tentang perlembagaan pertubuhan
dan telah memahami serba sedikit selepas saya melaksanakan tugasan ini. Melalui
pencarian dari laman web, saya telah mempelajari tentang objektif, piagam Pandu Puteri
serta visi & misi.
Melalui pemahaman sebegini, saya berhasrat untuk menjadi seorang pandu
puteri yang Selalu Sedia. Ini adalah kerana matlamat PPPM adalah
"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program
Pandu Puteri yang berkualiti
PPPM juga menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri
yang berkualiti di peringkat Cawangan dan dapat membantu Majlis Kadet Pandu Puteri
supaya lebih mantap dan kukuh. Jadi saya berkeputusan untuk meningkatkan
kebolehan diri sendiri dan sentiasa beramanah, berdisiplin supaya dapat menjadikan
Pandu Puteri sebagai pergerakan persatuan.
Selain itu, saya juga lebih memahami maksud lencana dan bendera Pandu
Puteri. Saya berasa amat bersyukur mendapat peluang untuk menjalankan tugas ini
kerana tanpa tugasan ini, saya tahu bahawa selama-lamanya saya tidak akan
mengambil inisiatif untuk mencari maklumat. Dalam konteks ini, saya juga dapat
meninjau masalah kemalasan yang ada pada diri saya yang patut dibetulkan. Oleh itu,
saya berasa amat gembira kerana melalui tugasan ini, pemikiran telah menjadi lebih
matang.
Di samping itu, saya juga akan menerapkan pengajaran dan ilmu pengetahuan
yang saya dapat pada masa hadapan supaya dapat mendidik pandu puteri tunas yang
lebih berketerampilan dan dapat berkhidmat untuk masyarakat dari semasa ke semasa.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


28

Pendaftaran Ahli dan Kumpulan


Pendaftaran ahli baru
- Melalui sistem e-Daftar di Sekolah/Daerah/Cawangan masing- masing
Ahli Seumur Hidup
i)

Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri
Malaysia (PPPM)

ii)

Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja.

iii) Kelayakan:
a)

Ahli PPPM yang berumur 35 tahun.

b)

Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM

5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. Contoh: Jika umur 30 tahun
Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00
iv)

Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti

pembayaran.
Pendaftaran Pasukan Baru / Semula
i)

Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang
PPPM.

ii)

Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu

Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.


Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan
i)

RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli


Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer).

ii)

RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa /
Pemimpin / Guild Trefoil).

iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.


29

iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.


Kategori Keahlian

KATEGO
RI

Pasukan

KEAHLIAN SETIAP
PASUKAN/GUILD

UMU
R

BAHAGIA
N

TEMPAT
PENUBUHAN/NO
TA

AKT
K

MINIMUM

MAKSIMUM

12

36

Di
bawa
h
6
tahu
n

Pandu
Puteri
Kelip-Kelip

Pra Sekolah

12

36

6
12

Pandu
Puteri
Tunas

Sekolah Rendah

16

36

12
15

Pandu
Puteri
Remaja

Sekolah Menengah
Rendah

08

36

15
18

Pandu
Puteri
Renjer

Sekolah Menengah
Atas

08

50

18 ke
atas

Pandu
Puteri
Kadet

Institut Perguruan

08

50

18 ke
atas

Pandu
Puteri
Siswi

Institut Pengajian
Tinggi

(Mengikut Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang diluluskan oleh


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 9 Jun 2006)

30

STRUKTUR UNIT
1. Pandu Puteri Tunas
2. Pandu Puteri Remaja
3. Pandu Puteri Renjer
4. Pandu Puteri Kadet
5. Pandu Puteri Dewasa
Pandu Puteri Tunas
Pengenalan
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu
pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie.
Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984,
Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk
menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri.
Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan
mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Tunas
Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas
bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok
ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas
lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri.

Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan


mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan

31

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas


U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas.


Dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun.
Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum
menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas.
Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri
Tunas dalam istiadat perlantikan.
Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan
Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari
untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang
dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa
bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Persetiaan Pandu Puteri Tunas
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia
akan menjalankan kewajipan saya kepada
Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah
dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.
Undang-Undang Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.
Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
32

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri
Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat
Hormat Besar.
Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai,
Kesidang, Cempaka dan Kenanga.
NAMA KUMPULAN

MAKSUD
Melur taat dan setia

Melur

Berusaha setiap masa


Siantan datang berkawan

Siantan

Berani macam pahlawan


Teratai nama kami

Teratai

Bekerja setiap hari


Kami Kesidang datang

Kesidang

Menolong pagi petang


Cempaka bersuka ria

Cempaka

Menolong orang duka


Kami bernama Kenanga

Kenanga

Berjasa bertenaga

33

Pandu Puteri Remaja


Pengenalan
Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun
1917. Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri
Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun 1924 dan di
Melaka pada tahun 1925.
Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Keduadua negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri
dalam Bahasa Melayu. Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang
dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah
lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. Ahliahli yang telah berjaya memperoleh lencana kecekapan memakai selepang di atas baju
kemeja.
Cogan Kata/Motto Pandu Puteri Remaja
"SELALU SEDIA
Keahlian Pandu Puteri Remaja
Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun.
Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.
Pasukan Pandu Puteri Remaja
Jumlah ahli yang maksimum Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36 orang
dan minimum pula ialah 16 orang.
Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang
dikenali sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan.
Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah hendaklah
disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan dengan secepat
mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi dan dihantar melalui
Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan
bersama-sama dengan yuran pendaftarannya.
Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui
pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu Pejabat

34

Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya Negerinya.


Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.
Persetiaan Pandu Puteri Remaja
"Bahawa dengan sesungguhnya
saya berjanji dan bersetia
dengan sedaya upaya saya,
Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan,
Raja dan negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa
dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"
Undang-Undang Pandu Puteri Remaja
Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.
Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.
Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara
dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.
Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara
alam sekitar.
Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah
Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam
kesulitan.
Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.
Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Pandu Puteri Renjer

35

Pengenalan
Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur
ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan
pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang
pertama ialah Dame Katherine Furse.
Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama
telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya. Gadis yang berumur antara 16 hingga 18
tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri
Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu
Puteri Renjer.
Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri
dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu
Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.
Cogan Kata
Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata
yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.
Persetiaan Pandu Puteri Renjer
"Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia,
dengan sedaya upaya,
Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan,
Raja dan Negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa, dan,
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."
Undang-Undang Pandu Puteri Renjer
Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.

36

Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.


Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer
yang lain.
Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam
masa kesulitan.
Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Pandu Puteri Kadet
Pengenalan
Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang
memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan
peranan kepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri
Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi pendidikan guru dan
ditadbir oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan
Guru (IPG) di bawah cawangan ini.
Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan
(8) orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG)
boleh mempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri Kadet.
Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran,
Pesuruhjaya atau Jurulatih.

37

Pandu Puteri Dewasa


Individu dewasa yang pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau
Program Pandu Puteri Siswi.
Individu ini boleh mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu
Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau
Pasukan Pandu Puteri Siswi yang ditugaskan tanpa menghadiri Kursus
Pemimpin Baru.
Pemakaian lencana Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan
lencana pelantikan pemimpin.
Individu dewasa yang tidak pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau
Program Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau dilantik sebagai penasihat oleh
pihak tertentu untuk mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan
Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri
Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi.
Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru dan dilantik sebagai
Pemimpin Tidak Berwaran oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya
Cawangan.
Refleksi
Dalam usaha melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari maklumat tentang
pengurusan dan pentadbiran PPPM dan telah memahami lebih lanjut tentang
pentadbirannya.
Pertama sekali, pendaftaran ahli haruslah dijalankan terlebih dahulu menerusi
cara-cara yang tertentu. Setelahnya, individu tersebut hanyalah layak menjadi seorang
ahli pandu puteri dan bakal dikategorikan mengikut umurnya.
Setelah itu, kewujudan struktur unit adalah untuk menyesuaikan ahli pandu puteri
mengikut kategori umur masing-masing. Dalam konteks ini, saya telah lebih memahami
struktur unit dan tidak akan keliru lagi. Pandu Puteri telah dibahagikan kepada Pandu
Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet dan
Pandu Puteri Dewasa.
38

39

Anda mungkin juga menyukai