Anda di halaman 1dari 2

Jurnal minggu pertama (1 5 Februari 2015)

1. Peristiwa / masalah
Pada hari pertama praktikum, saya bersama 7 orang lagi rakan yang
lain melapor diri kepada Guru Besar, Encik Ismail. Kami juga telah
memperkenalkan diri kepada para guru dan murid-murid lain sewaktu
perhimpunan. Pada minggu pertama

praktikum, saya telah diamanahkan

oleh guru penolong kanan 1 dan guru pembimbing saya iaitu ustazah
Rosmah untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tahun 2 Razi
dan 6 Tirmizi sebanyak 9 waktu. Hasil perbincangan dengan mereka dan
rakan saya, maka saya menerima dan bersetuju dengan apa yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata
pelajaran major yang mana merangkumi bidang al-quran, asas ulum syariah
(ibadah, akidah, sirah), adab dan akhlak islamiah serta jawi. Bagi mata
pelajaran minor pula iaitu Pendidikan al-Quran merupakan salah satu bidang
Pendidikan Islam. Jadi, saya mengajar 4 waktu al-Quran dan 5 waktu selain
dari al-Quran.
Setelah saya mendapat jadual waktu, saya berasa gementar untuk
mengajar. Walaupun ini merupakan kali ketiga saya menjalani praktikum,
namun perasaan gementar masih ada kerana memikirkan bagaimana respon
murid terhadap pengajaran saya. Kali ini, murid yang saya ajar seramai 39
orang sekelas

dan mungkin saya akan menghadapi masalah untuk

mengingati nama mereka pada minggu pertama ini.


Pada minggu pertama ini saya belum masuk ke kelas untuk mengajar
kerana pihak sekolah sedang sibuk menguruskan pelbagai perkara lain. Oleh
yang demikian saya banyak masuk ke kelas sebagai menggantikan guru
yang tiada.

Saya dan 7 orang rakan yang lain juga telah diberikan unit beruniform
masing-masing. Saya dan 5 orang lagi rakan dikehendaki untuk membantu
guru Kadet Remaja Sekolah manakala dua orang lagi rakan saya dikehendaki
untuk membantu guru PBSM. Selama seminggu berada di sekolah, kami
secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di
sekolah

ini.

Tambahan

pula,

guru

pembimbing

sentiasa

membuat

pemerhatian dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami agar
dapat menjadikan diri kami lebih baik dari sehari ke sehari.

Anda mungkin juga menyukai