Anda di halaman 1dari 11

BIL

NAJ

PERKARA

CATATAN

PENGUMUMAN
Diminta kerjasama siding hadirin sekalian agar
dapat mematikan telefon bimbit anda atau
menukarkan kepada mod senyap supaya tidak
mengganggu perjalanan majlis kita pada pagi ini
nanti.
Selain itu, kita akan menyanyikan lagu NegaraKu,
lagu Maju Sejahtera sejurus sahaja kehadiran
perasmi. Harap maklum.

KETIBAAN PERASMI
Mengumumkan ketibaan,
Tuan Haji Dasuki Bin
Kampung Pohon Batu

Hj

Zainal,

Ketua

Diiringi oleh, ______________,(Wakil), Guru Besar dan


Yang Dipertua PIBG.
MAH

- NYANYIAN LAGU NEGARAKU, MAJU DAN


SEJAHTERA
Hadirin dipersilakan duduk.

TEKS EMCEE
3

BACAAN DOA

MESYUARAT AGUNG PIBG

Bagimemberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput al-

SK LUBOK TEMIANG 2014

Fadhil Ustaz Mohd Nazri bin Hj Abd. Rahman untuk


NAJ

memimpin bacaan doa. Dipersilakan.


Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

4 Sekuntum haruman di tengah laman


Setangkai mawar di atas peti
Sebaris pesan menambahkan iman
Sebingkai tazkirah membasahkan hati
Seterusnya dijemput Ustaz Ridzuan Bin Muhd Zain,
Pensyarah

Kolej

meneruskan majlis.

Matrikulasi

Labuan,

untuk

PROTOKOL
Sutera baru hamba tukarkan,
Buat belanja membeli busar,
Ibu bapa dan guru kita satukan,
Dalam acara sebegini besar.
Yang dihormati, Tuan Haji Dasuki Bin Haji Zainal,
Ahli Parlimen Labuan.

MA
H

Yang Berusaha,
En. Abd. Rizal bin Abd. Rahim, Guru Besar SK Lubok
Temiang
En. Junaidi bin Hj Omar, Yang Dipertua PIBG SK
LubokTemiang,
Pn. Niswati bt Tarji, Naib Yang Dipertua PIBG, AJK Induk
PIBG,
Para tetamu jemputan, Barisan penolong kanan,
rakan-rakan guru seterusnya tuan-tuan dan puan-puan
sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu
Malaysia.
Selamat datang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
bapa dan Guru, SK LubokTemiang bagi tahun 2015.

UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR


Seterusnya, majlis menjemput,
En. Abd. Rizal bin Abd. Rahim, Guru besar SK Lubok
Temiang merangkap Penasihat PIBG,

Untuk menyampaikan ucapan.. Dipersilakan.


NAJ
Terima kasih atas ucapan itu tadi.
7
NAJ

UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG


Duduk menyakat si anak tupai,
Duduk bertapa di pohon ru,
Kata sepakat moga dicapai,
Antara ibu bapa dan juga guru.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput,
Encik Junaidi bin Hj Omar, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Lubok
Temiang,
Untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Dengan segalahormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN
Hadirin yang dihormati sekalian..
Santap durian bersama pulut,
Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah tuan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi.

MA
H

Seterusnya, Majlis menjemput


Tuan Haji Dasuki Bin Haji Zainal
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya ..
Merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Lubok Temiang bagi tahun 2015.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada atas kesudian Tuan
Haji Dasuki memberikan ucapan serta merasmikan
majlis sebentar tadi.

9
NAJ

HADIAH DAN SIJIL PENGHARGAAN


Jalan lengkok redup berkalis,
Damba pedoman menyongsong arah,
Ucapan tuan merasmi majlis ,
Tanda majlis berlangsung meriah.
Kita teruskan dengan majlis penyampaian hadiah dan

sijil penghargaan.

Untuk makluman
MA
H

siding hadirin, hadiah dan sijil

penghargaan ini diberikan bagi menghargai kejayaan


murid-murid dalam UPSR tahun 2015.
Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan,
En. Junaidi bin Hj Omar, untuk menjemput dan
mengiringi.
Tuan Haji Dasuki Bin Haji Zainal ,untuk menyampaikan
hadiah dan sijil.
Dipersilakan.

Upacara
NAJ

penyampaian

penganugerahan

hadiah

kepada

dimulakan

pelajar

dengan

cemerlang

UPSR

2014.
Dijemput adik: (rujuk senarai daripada kak Artidah)
1)
2)
3)
4)

Upacara diteruskan lagi dengan Anugerah Murid


MA
H

Contoh 2015
Anugerah ini adalah untuk menghargai 18 murid yang
menunjukkan sahsiah terpuji dari setiap kelas di Sk
Lubok Temiang.
Dijemput adik:
1)
18)
Semoga anugerah ini dapat menjadi contoh dan
memberi semangat buat pelajar-pelajar lain.

NAJ

Seterusnya, majlis menjemput Encik Junaidi untuk


menyempurnakan upacara penyerahan sumbangan
daripada pihak PIBG.
Sumbangan tersebut berupa sebuah basikal, baju
sukan, kasut sukan, serta insentif kejayaan pelajar.

Dijemput Encik Abdul Rizal Bin Abdul Rahim, guru


besar Sk Lubok Temiang untuk menerima sumbangan
berupa sebuah basikal untuk anugerah kehadiran
penuh murid.
Terima kasih diucapkan.

MA
H

Seterusnya dijemput Puan Maimon untuk menerima


sumbangan dalam bentuk baju dan kasut sukan.
Terima kasih diucapkan.

NAJ

Seterusnya, dijemput adik Beverly Liew Hui Wen untuk


menerima sumbangan Insentif Kejayaan.
Untuk pengetahuan hadirin, adik Beverly Liew Hui Wen
telah mewakili Wilayah persekutuan Labuan dalam
Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sukan Sekolah
peringkat Kebangsaan tahun 2015 yang diadakan di
Pahang pada 5 hingga 8 Mac lalu.
Adik Beverly telah berjaya mendapat tempat ke-8
daripada 98 orang peserta. Tahniah diucapkan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Junaidi diatas
penyerahan
merakamkan

sumbangan

tersebut.

setinggi-tinggi

Pihak

Sekolah

penghargaan

kepada

pihak PIBG. Diatas sumbangan-sumbangan tersebut.

MA
H

Seterusnya

dijemput

pengusaha

kantin

sekolah,

___________________________________
bagi

menyampaikan

sumbangan

kepada

pihak

Sekolah.
Dengan ini sekali lagi dijemput Encik Rizal Bin Abd
Rahim untuk menerima sumbangan tersebut.

10
NAJ

PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI


Bunga mekar pada tepian
Jadi penghias di ruang tamu
Seri majlis adanya tuan
Terima kasih sudi bertamu
Dijemput

En.

cenderahati

Junaidi

kepada

untuk

menyampaikan

tetamu-tetamu

jemputan.

Dipersilakan.
MA
H
Dijemput

Ustaz

Ridzuan

bin

Mohd

Zain

untuk

menerima sedikit cenderahati daripada pihak Sekolah.


Terima kasih diucapkan.
Seterusnya dijemput Tuan Haji Dasuki Bin Haji Zainal
untuk

menerima

cenderahati

sebagai

tanda

penghargaan dan terima kasih kepada Tuan kerana


sudi hadir bersama-sama kita pada pagi ini,

Terima kasih diucapkan.

11

JAMUAN
Seterusnya Dijemput Tuan Haji Dasuki Bin Haji Zainal

NAJ

bersama dengan tetamu jemputan untuk menikmati


jamuan yang disediakan.

Tuan-tuan dan puan-puan, siding hadirin sekalian,


Majlis mesyuarat kita akan bermula sebentar lagi,
diminta

kepada

tuan-tuan

dan

puan-puan

untuk

berada di dalam dewan ini.


Bagi meneruskan majlis, saya serahkan kepada Pn.
NiswatiTarji, Naib Yang Dipertua PIBG. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai