Anda di halaman 1dari 2

TEKS JURUACARA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2015

Pembukaan
Yang berusaha, Pn. Rosnah Binti Busu, Pengetua SMK Batu Laut, Encik Azmi
Bin Kuntum, YDP PIBG SMK Batu Laut. En. Rosli Bin Saderi, Penolong Kanan
Pentadbiran, Encik Bahrin Bin Sedali, Pen. Kanan HEM, Pn. Nor Azimah Bt
Basiran, Penolong Kanan Kokurikulum
Yang dihormati,Barisan GKMP, Guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang
dikasihi sekalian. Assalamualaikum WBT dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang selamat datang diucapkan kepada para hadirin sekalian ke
Kejohanan Merentas Desa SMK Batu Laut bagi tahun 2015. Alhamdulillah
bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama meraikan Kejohanan Merentas Desa SMK Batu Laut bagi tahun
2015 pada pagi ini.
Bacaan Doa
Hadirin sekalian, Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
___________________________________________________________
untuk memimpin bacaan doa Amin ya rabbal allamin majlis mengucapkan terima
kasih kepada
___________________________________________________________
di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan Pengetua SMKBL
Seterusnya majlis mempersilakan
Pn. Rosnah Binti Busu, Pengetua, SMKBL,
untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata seterusnya merasmikan majlis
Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2015 . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Demikian tadi ucapan oleh
Pn. Rosnah Binti Busu, Pengetua, SMKBL,
,majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua atas ucapan dan
perasmian itu tadi.

Penyampaian hadiah
Kategori ________________
Hadirin sekalian, Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan majlis penyampaian
hadiah kepada para pemenang Kejohanan Merentas Desa Tahun 2015.
Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Bagi kategori ____________
Pemenang tempat ke _______Dimenangi oleh________________________Tempat
ke__________ Dimenangi oleh______________________ Johan bagi kategori
_______________jatuh kepada__________________________
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
___________________________________________________________________
di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Majlis seterusnya

Penutup
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemenang yang telah
berjaya pada hari. Bagi yang tidak bernasib baik, cuba lagi pada tahun akan datang.
Dengan ini berakhirlah sudah
Majlis Kejohanan Merentas Desa SMK Batu Laut Bagi Tahun 2015
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai