Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 3

1. Isu/ masalah/ peristiwa


Setelah 4 minggu berpraktikum di SK Mutiara Perdana, saya dapati dan berpendapat
bahawa

segelintir

murid

kurang

memberi

tumpuan

dan

perhatian

terhadap

pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu
tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah
dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan
guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam
hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal.
Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya
menggunakan

corak

kepimpinan

atau

pengendalian

yang

bersesuaian

dan

menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan


interaksi yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi
pemupukan minat murid terhadap proses pengajaran.
2. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa
Sebagai seorang guru sudah semestinya saya akan berasa sedikit kecewa apabila
arahan tidak dipatuhi oleh murid-muridnya. Hal yang sedemikian sedikit sebanyak akan
mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Sekiranya
arahan tidak dapat disampaikan dengan baik, tumpuan murid akan lari dan tidak
berfokus terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru di hadapan kelas.

3. Analisis isu/ masalah/ peristiwa

3.1 punca/ sebab


Antara faktor berlakunya masalah ini ialah murid-murid yang suka berbual dengan
rakan-rakan sebelah sehingga menyebabkan mereka tidak menghiraukan arahan guru.

3.2 Kekuatan/ kelemahan


Walaubagaimanapun murid masih berani untuk bertanyakan kepada guru mengenai
apa yang tidak difahami dan masih memberikan respon yang baik apabila disoal oleh
guru.
Sewaktu

diberikan

peluang

untuk

berbincang

bersama

rakan

dalam

aktiviti

berkumpulan, mereka berbincang dengan kuat sehingga menyebabkan suasana yang


sedikit bising. Apabila rakan mereka membentangkan hasil mereka di hadapan kelas,
mereka tidak fokus dan masih meneruskan perbincangan walaupun telah diarahkan
oleh guru untuk berhenti berbincang dan menumpukan perhatian mereka di hadapan
kelas.

4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu


Bagi mengatasi masalah ini, saya sedar bahawa saya perlu bertegas ketika
mengeluarkan arahan kepada murid-murid. Arahan yang dikeluarkan juga perlu jelas
dan difahami oleh murid serta dapat diikuti dengan baik. Seorang guru perlu
menampilkan sifat kepimpinan yang tinggi sewaktu menguruskan bilik darjah bagi
menjamin sifat hormat dalam kalangan ahli sekelas.
5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu
22 April 2013- 26 April 2013
6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru
seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat
mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan
bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan

dari

semasa

ke

semasa.

Maka,

sebagai

guru,

adalah

menjadi

tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan


proses P&P berkesan.

7. Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam
mengendalikan P&P dengan berkesan. Disamping itu, saya akan cuba menggunakan
kaedah peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti
dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran

Pelajar

Guru Pembimbing

Pensyarah Penyelia

Anda mungkin juga menyukai