Anda di halaman 1dari 26

Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

1. PENGENALAN

Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan.

Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika

seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada

satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan

ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara

menyeluruh.

Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).

Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan

Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan

sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau

kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di

antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya.

Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik.

Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang

bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab

keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang

mengejutkan.

Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah

dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti

fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli

falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan

menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun

mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Dan

adalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semulajadi
1
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot dan

yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagiaan

senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu,

jantina dan sebagainya."

Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada

meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang. Walaupun

setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan

setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan

untuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakan

antara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat ini.

Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya hidup yang

lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraan

hidup kita.

Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan corak

tingkahlaku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang

lebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih dengan bijak

dan menikmati pilihan tersebut.

2
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakan

bagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa dan di

mana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak menjadi sakit.

Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional

dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan

produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang

tinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang menggembirakan

dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan.

Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubah

dari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai,

sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai.

Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan

dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan

hidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan

dalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian

kendiri dan kualiti hidup yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah

memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong mengurangkan faktor

potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan.

2.1. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum

i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years').

ii. Panjang umur ('years to your life').

iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat.

iv. Meningkatkan keyakinan diri.


3
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna.

vi. Lebih ceria dan periang.

vii. Tingkahlaku positif.

viii. Kurang risiko penyakit.

ix. Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit.

x. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain.

xi. Mengurangkan kos rawatan.

xii. Perhubungan sosial yang sihat.

xiii. Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran.

xiv. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja.

xv. Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup.

xvi. Lebih berpeluang mengecapi setiap detik dalam hidup dan pengalaman.

Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia dapat

digambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri statik dan berjalan

ke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke belakang.

Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang berdiri statik dan

menjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang berjalan ke hadapan

dan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke arah kesihatan

yang optimum atau kesejahteraan.

Kebanyakan orang di Amerika lebih senang berada dalam keadaan neutral,

tidak sakit atau sihat. Kontinum sejahtera dan sakit (merujuk rajah 1), menunjukkan

bahawa kesejateraan atau kesihatan optimum adalah tahap tertinggi kebolehan

manusia berfungsi. Penghujung kontinum satu lagi menunjukkan kehilangan fungsi

manusia iaitu kematian. Di mana anda sekarang? Letakkan titik di mana anda berada

sekarang dan letakkan titik di mana anda berada 5 tahun dahulu, ke manakah arah
4
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

gaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih sihat atau

sebaliknya?

I have never felt better Optimum Health (Wellness)

I feel great Excellent Health

I feel good Good Health

I feel fine Above-Average Health

I feel OK Neutral

I don't feel so good Minor Illness

I feel rotten Major Illness

I have never felt worse Critical Illness

Death

Rajah 1 : Kontinum sejahtera dan sakit ('The Wellness-Illness Continuum')

Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.

2.2. Perkaitan Antara Aktiviti Fizikal Dan Kesihatan

Edward et. al. (1997). Sejak tahun 1940an, perintis seperti T.K. Cureton,

Bruno Balke dan Peter Karpovich telah menjalankan beberapa ujikaji berkaitan

dengan kesan senaman berterusan ke atas komponen-komponen kecergasan,

terutamanya kecergasan kardiorespirasi dan komposisi badan. Kajian ACSM

(American College of Sports Medicine) pada tahun 1978 dapat menunjukkan

keperluan yang perlu ada untuk membuat perubahan dalam masa beberapa bulan.

Individu dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah kesihatan yang lain

dengan hanya melakukan aktiviti ringan ke sederhana selama 30 minit setiap hari

5
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

dalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan melakukan aktiviti

bertenaga tinggi dalam masa 3 hingga 5 hari seminggu.

Dengan itu, gaya hidup yang aktif anda akan dapat meningkatkan kualiti

hidup. Penambahan aktiviti fizikal pada kadar yang rendah ke sederhana akan dapat

mengurangkan risiko sakit jantung. Aktiviti bertenaga lebih tinggi akan dapat

meningkatkan kecergasan kardiorespirasi seseorang.

Edward et. al. (1997:5). 'An active lifestyle enhances the quality of life. An

increase in total physical activity at low to moderate intensities is associated with a

decrease in the risk of heart disease. Regular vigorous physical activity increases

cardiorespiratory fitness'.

6
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Lon Seiger et. al. (1998). Untuk menikmati gaya hidup yang sihat, banyak

komponen kesejahteraan perlu digunakan bersama. Kedudukan anda dalam

'kontinum sejahtera dan sakit' banyak bergantung kepada pilihan aktiviti kesihatan

harian yang anda buat. Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam setiap

komponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan

persekitaran. Kejayaan kesihatan optimum berkaitan dengan sejauh mana baiknya

anda dalam tiap-tiap komponen yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Psikologi

Persekitaran Rohani

Kesejahteraan

Fizikal
Vokasional

Sosial

Rajah 2 : Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan

Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.

7
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

3.1. Psikologi

Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental. Ia

bukanlah keadaan yang statik tetapi dinamik dan berubah dari hari ke sehari.

Kita akan merasakan hari yang baik, hari yang buruk dan hari yang biasa.

Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi seseorang (kegembiraan,

kesedihan, ketakutan, marah, malu, kesunyian, salah). Walau bagaimanapun, orang

yang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan keseimbangan

psikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan selesa. Mereka juga

dapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam menghadapi keadaan

emosi yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari golongan yang

profesional atau mendapat sokongan dari kumpulan tertentu.

Sekiranya keadaan mental sihat, anda boleh mencapai realiti kehidupan,

tindakbalas positif terhadap perubahan hidup dan dengan cara yang sihat untuk

mengendalikan ketegangan serta masalah peribadi dan juga anda percaya pada

pembelajaran seumur hidup. Untuk memenuhi keperluan intelektual, anda

menjadikan minda anda aktif dan ingin tahu, sentiasa berkeinginan untuk belajar dari

semua pengalaman hidup.

3.2. Rohani

Rohani yang sihat adalah rasa positif tentang matlamat dan makna dalam

kehidupan. Anda boleh menggunakan agama, falsafah, kepercayaan, nilai, kesetiaan,

prinsip, moral atau etika untuk menerangkannya. Dengan mengetahui tujuan hidup

dan lebih selesa untuk menyatakan sayang, kegembiraan, keamanan dan memenuhi

keperluan diri adalah bahagian-bahagian rohani yang sihat. Ia juga meliputi sikap

menolong diri sendiri dan orang lain dalam mencapai potensi maksimum.
8
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri,

kepentingan orang lain dan alam sekeliling. Akhir sekali kerohanian anda juga

termasuklah memberikan harapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin dan

menghargai alam sekitar.

3.3. Fizikal

Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yang

berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Amalan seks serta penggunaan

dadah dan alkohol memainkan peranan penting dalam komponen kesejahteraan ini.

Kesejahteraan fizikal meliputi kesedaran diri dan penjagaan aspek fizikal sendiri,

yang meliputi ujian kendiri secara tetap dan berterusan, pemeriksaan perubatan,

pemulihan kecederaan dan penyakit, penggunaan ubat yang betul dan mengambil

langkah yang betul bila ditimpa penyakit.

3.4. Sosial

Kesejahteraan sosial bermaksud mendapat kepuasan, kepercayaan dalam

perhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain. Ini juga meliputi sikap yang

adil serta mengambil berat dan menghargai perbezaan pada semua orang. Adalah

dicadangkan untuk mendapat kesejahteraan sosial, seseorang itu perlu mempunyai

hubungan yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain agar boleh dihubungi

ketika keadaan memerlukan. Orang yang sejahtera secara sosialnya, akan merasa

perhubungan sihat dalam masyarakat yang didiaminya.

9
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

3.5. Vokasional

Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan pada masa

lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat sekarang dalam hidup

ini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda mempunyai tahap

kesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu pertimbangkan

perubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda minati. Akhirnya

komponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan yang lain untuk

mencapai matlamat.

3.6. Persekitaran

Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk hidup.

Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi terhadap

kesihatan. Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu yang

membahayakan, seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan.

Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah memelihara bumi

menerusi empat 'R'; reducing, reusing, recycling, responsibility (mengurangkan,

menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab).

Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level of

existence, including mental, psychological, social, spiritual and physical components.

It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and individual

interests".

10
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN

Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan. Amalan

kesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup anda. Pemilihan

corak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan ataupun penyakit.

Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian, mingguan, bulanan

dan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah kesihatan yang

optimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara negatif akan

mengakibatkan penyakit dan kematian awal.

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup ialah

genetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta psikologi. Namun

pakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang paling penting.

Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan

kematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian di Amerika

Syarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah. Ia lebih

berkaitan dengan gaya hidup. Beberapa strategi untuk menghalang dan

mengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini adalah berdasarkan

kepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas didiagnosis

sebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini kepercayaan ramai

bahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat dan masih

berterusan.

11
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN

Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya bahawa

penyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka. Kepercayaan ini akan

membawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika. Penyebab utama

penyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan bangsa.

Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan mengurangkan faktor-

faktor risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan.

Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat merendahkan

risiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk mencapai suatu

kehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri dari segi

kesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan.

Genetik

Persekitaran Gaya
Psikologi Hidup

Pengaruh
Utama Yang
mempengaruhi
Persekitaran
kesejahteraan.
Fizikal Penyakit

Rawatan
Kesihatan

Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan

Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.

12
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

5.1. Penyakit Jantung

Faktor penyumbang

Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal.

Strategi untuk mengatasinya

1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan rawatan jika

tidak normal.

2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan dan sayur-

sayuran).

3. Hentikan penggunakan tembakau.

4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor).

5. Amalkan gaya hidup aktif.

6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan.

5.2. Kanser

Faktor penyumbang

Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan, sinar - X

berlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos.

Strategi untuk mengatasinya

1. Hentikan penggunaan tembakau.

2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan lemak dan

kolesterol.

3. Lindungi kulit dari radiasi ultra.

4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan.

13
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

5.3. 'Strokes'

Faktor penyumbang

Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan serangan

angin ashma. Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan dan

kegemukan.

Strategi untuk mengatasinya

1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Hentikan penggunaan tembakau.

3. Bersenam.

4. Kawal tahap tekanan darah (normal).

5.4. 'Obstructive Pulmonary Disease' (OPD).

Faktor penyumbang

Merokok dan udara tercemar.

Strategi untuk mengatasinya

1. Berhenti merokok.

2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain.

5.5. Kemalangan

Faktor penyumbang

Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai tali

pinggang keledar.

Strategi untuk mengatasinya

1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.

2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk.


14
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol.

4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar.

5.6. 'Pneumonia/Influenza'

Faktor penyumbang pneumonia

Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru.

Strategi untuk mengatasi pneumonia

Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang daya

tahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun.

Strategi untuk merawat pneumonia

Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti berikut :

batuk, deman panas 102°F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak kuning

kehijauan.

Faktor penyumbang Influenza

Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa dan

perbualan.

Strategi untuk mengatasi Influenza

1. Amalkan gaya hidup sihat.

2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit.

3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun.

4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk.

Strategi untuk merawat Influenza

Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam tempoh 3

hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan, lemah, letih,

hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk.
15
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

5.7. Kencing Manis

Faktor penyumbang

Kegemukkan dan diet.

Strategi untuk mengatasinya

1. Amalkan diet yang sihat.

2. Amalkan program kesihatan fizikal.

3. Ambil ubat jika perlu.

4. Kawal berat badan dan tahap lemak.

5.8. Jangkitan 'HIV' atau 'AIDS'

Faktor Penyumbang

Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu kepada

anak.

Strategi untuk mengatasinya

1. Mengawal nafsu.

2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV.

3. Jangan gunakan dadah suntikan.

4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani pembedahan.

5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum memulakan

keluarga.

5.9. Bunuh Diri

Faktor penyumbang

Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu dengan

memberikan barangan berharga kepada orang lain.


16
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

Strategi untuk mengatasinya

1. Akui tahap kesihatan yang lemah.

2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional.

3. Ambil ubat, jika perlu.

4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah.

5.10. Penyakit Hati Yang Kronik

Faktor penyumbang

Pengambilan alkohol yang berlebihan.

Strategi untuk mengatasinya

1. Hentikan pengambilan alkohol.

2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol.

5.11. Pembunuhan

Faktor penyumbang

Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan, senjata

dalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat sunyi.

Strategi untuk mengatasinya

1. Belajar seni mempertahankan diri.

2. Kawal kemarahan.

3. Peka dengan keadaan di sekeliling.

4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang.

5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara fizikal adalah

ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri.

17
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba tenangkan

ketegangan dengan :

a. bertenang

b. kawal dengan renungan mata

c. elakkan dari bertelagah

d. kurangkan pergerakan

e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut

f. fahami perasaan orang tersebut

g. cari jalan penyelesaian

7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit, melarikan diri atau

melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri.

8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko kecuali terdesak.

9. Ikuti peraturan keselamatan asas :

a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali

b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam

c. Letak kereta di tempat terang

d. Kunci pintu kereta setiap masa

e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta orang

yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis.

5.12. Senaman Dan Jantung

Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan dengan

senaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan umurnya. Terdapat

berbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, ada

jenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik atau aktiviti yang
18
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

melibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit,

akan dapat meningkatkan keluaran kardiak ('Cardiac output') dan menambahkan

kadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti aerobik ini adalah

disyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini. Contoh-contoh

aktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa dan berenang.

Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot badan

samada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada kecukupan

keluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan keluaran kardiak

maksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen ke tisu-tisu.

Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab peningkatan paras

hemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan kapilari darah

hasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang.

Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit akan

mencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya menyebabkan

hypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit adalah lebih besar,

namun keluaran kardiak rehat ('resting cardiac output') adalah lebih kurang sama

dengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih. Ini adalah disebabkan oleh

peningkatan isipadu stroke ('strock volume') manakala kadar nadi diperlahankan.

Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan seminit sahaja.

Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalam

ketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan peningkatan fungsi

paru-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah, kebimbangan dan

kesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan badan untuk

melarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti fibrinolitik

('fibrinolytic'). Senaman yang cergas akan menambahkan paras 'endorphins', ubat


19
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

tahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa seseorang atlit

berasa 'high' secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan serta keadaan

'low' yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa dijalankan.

Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin dapat merawat

penyakit 'osteoporosis'. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa senaman juga

dapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis ('diabetis').

5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000

Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka.

Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu :

a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat

b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat

c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat

Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan untuk

objektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta gaya hidup

sihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan.

20
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN

Lon Seiger et. al. (1998). Untuk mencapai kesejahteraan hidup,

pertimbangkan lapan strategi yang penting seperti berikut :

6.1. Berakauntabiliti

Orang yang paling bertanggungjawab ke atas kesihatan diri anda ialah diri

anda sendiri, bukannya doktor anda, ibu bapa anda, kawan-kawan anda atau pasangan

anda. Sekiranya anda bersetuju bahawa andalah yang mengawal kesihatan diri anda

sendiri, anda akan lebih cenderung berubah ke arah gaya hidup yang positif.

6.2. Mengamalkan Sikap Yang Positif

Salah satu strategi untuk kesejahteraan adalah dengan mengamalkan sikap

yang positif pada diri anda, kesihatan anda dan kehidupan anda secara umumnya.

Apabila anda mengamalkan sikap yang positif dalam hidup, ia akan menjadikan

minda anda berfikiran positif setiap masa. Frasa berikut dari Charles Swindol akan

membolehkan anda bertanggungjawab terhadap sikap diri anda sepanjang hayat:

"The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude to

me is more important than facts. It is more important than the past, than education,

than money, than circumstances, than failures, than successes, than what other people

think or say or do. It is more important than appearance, giftedness, or skill…. . The

remarkable thing is we have a choice every day regarding the attitude we will

embrace for that day. We cannot change our past. We cannot change the fact that

people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we

can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that

21
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

life is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is with you….we

are in charge of our attitudes."

6.3. Membuat Perubahan Gaya Hidup

Apa gunanya pengetahuan kesihatan, jika tidak diaplikasikan dalam kehidupan

seharian? Mengetahui kepentingan bersenam dan berkeinginan menjadi cergas adalah

sikap terpuji? Walau bagaimanapun kalau tidak bertindak ke arah itu, apa yang akan

berlaku? Dengan membuat perubahan yang positif terhadap gaya hidup, anda akan

menikmati kesejahteraan hidup yang optimum.

6.4. Berusaha Kearah Keseimbangan

Mengekalkan darjah kesihatan yang sederhana pada keenam-enam komponen

kecergasan adalah lebih baik dari hanya bertumpu kepada beberapa komponen sahaja.

Contohnya, mereka yang menyalahgunakan alkohol dan dadah dalam majlis-majlis

tarian malam mungkin mempunyai hubungan sosial yang kuat tetapi pada masa yang

sama menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Individu yang mempunyai keseimbangan

dalam kesihatan akan dapat menikmati kebaikan dari segala aspek kehidupan,

termasuklah sekolah, kerja, keluarga, rakan-rakan, sosial dan masa santaian.

6.5. Kepelbagaian

Kepelbagaian merupakan rempah dan perasa untuk menikmati kesejahteraan

hidup. Mengekalkan rutin yang sama, (aktiviti fizikal, makanan, kesihatan) akan

mengakibatkan kebosanan. Pada hakikatnya seseorang yang melibatkan diri dalam

aktiviti yang pelbagai akan membolehkannya menikmati hidup yang tidak

membosankan.
22
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

6.6. Kesederhanaan

"Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan". Adakah ini

kepercayaan anda? Sesuatu tingkahlaku yang menyeronokkan sehingga ke tahap

yang keterlaluan akan mengakibatkan keletihan dan masalah kesihatan. Contohnya,

senaman yang berlebihan akan mengakibatkan keletihan mental dan kecederaan.

Keterlaluan walaupun dari segi pemakanan yang berkhasiat, boleh mengakibatkan

penambahan kalori dan berat badan. Tingkah laku atau gaya hidup yang positif dan

dilakukan dalam kesederhanaan dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpa

menimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohi

adalah dengan belajar bersungguh-bersungguh, bermain bersungguh-sungguh dan

bekerja bersungguh-sungguh ('learn hard, play hard and work hard'). Ketiga-tiga

faktor tersebut mestilah seimbang tanpa mengutamakan atau mengabaikan mana-

mana satu.

6.7. Keceriaan dan Gaya Hidup

Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan seharusnya serius dan

mudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah dikenalpasti sebagai

dadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil sampingan.

Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan keseronokkan pada

kehidupan seharian. Secara fizikal, kelucuan dan lawak itu boleh bertindak sebagai

senaman untuk otot-otot jantung; meningkatkan peredaran darah; menjadikan

seseorang itu lebih berwaspada; dan menghilangkan tekanan, stres, ketakutan dan

kesedihan. Kelucuan juga akan menjalin hubungan mesra semasa berkomunikasi.

23
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

6.8. Gaya Tersendiri

Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah tuan

punya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang kesihatan anda.

Anda boleh merancang atau merangka program kesejahteraan yang paling sesuai demi

keperluan kesihatan dan minat anda. Apabila anda meletakkan kesihatan anda

sebagai pilihan paling utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang mana, akan

menjauhkan diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan.

7. RUMUSAN

Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more than a

pound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya.

Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi, untuk menjaga

kesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari penyakit yang

mungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak, jumlah senaman

dan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang secukupnya,

rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini, kucing tersebut

pasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri anda, anda juga

patut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat menikmati segala yang

ada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi sepenuhnya akan

mengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih baik.

Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang berasaskan kesihatan,

maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang. Kedua,

semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat, semakin tinggi

risiko dijangkiti penyakit yang serius. Contohnya, penyakit jantung merupakan


24
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

penyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakit

jantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor penyebabnya

berlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart Association

dengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang aktif akan

menjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti penyakit arteri.

Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kardiovaskular yang

nyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam arteri mereka.

Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu lewat untuk

menjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin menambahkan jangka

hayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang.

Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak dari

kematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponen-komponen berkaitan

dengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan status kesihatan.

Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup adalah senaman

yang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang mencukupi;

relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok, minuman beralkohol dan dadah

yang tidak bermanfaat.

Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan

jangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Ia juga membantu mencegah dan

mengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes

(kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan di

kalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalan biasa,

kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung koronari

adalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan senaman.

25
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup

8. RUJUKAN

Rujukan Utama

Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And
Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.

Rujukan Tambahan

Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instruktor's Hendbook -


3rd ed. USA : Human Kinetics.

Gerard J. Tortora, Sandra Reynolds Grabowski, (1996). Principles of Anotomy and


Physiology - 8th ed. New York : Harper Collins.

Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul Gaya
Hidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia.

26