Anda di halaman 1dari 2

Mencintai Seseorang Tetapi Tidak Berbalas Ditulis Oleh:Tengku Fariduddin

Mencintai Seseorang Tetapi Tidak Berbalas | Benarlah kata


pujangga,sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak
berbalas. Aneh sekali derita sakit putus cinta ini benci, tapi rindu. Dendam
tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang.
Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia
supaya terpaksa bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan,
kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan.
Mencintai Seseorang Tetapi Tidak Berbalas
Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di
sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam
bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan
Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang kecewa cinta itu kembali kepada Allah
secara sihat maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau
minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah
itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan.
Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, mencintai seorang yang tidak
mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah
berbahaya.

Filosof = Tokoh Sejarah


Cubalah fikirkan siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita siasiakan selama ini? Fikir.
Baca artikel: Adakah Dia Jodoh Yang Sesuai Buat Kita
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir, barangkali putus cinta ini
adalah rahmat yang tersirat,

Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!


Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi
DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.
Kecewa cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika
itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih,
bukan tersisih!
Ya, pada waktu terkena dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah,
kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar
menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia.
Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha
Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti
diperkukuhkan dalam dada.
Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintaiNya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai mata rantai yang sambung
menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta
Allah.

Anda mungkin juga menyukai