Anda di halaman 1dari 10

IMBUHAN AWALAN MENBENTUK IMBUHAN MEN1. Bentuk sekeluarga dengan awalan me-, mem-, meng-, dan menge-.

2. Awalan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, menge-, atau
tetap men- seperti yang berikut:
meNImbuhan Awalan Me, Men, Meng, Mem..
1. Bentuk men- sekeluarga dengan awalan me-, mem-, meng-, dan menge-.

2. Awalan men- dapat berubah menjadi me-, mem-, meng-, menge-, atau tetap men- seperti
yang berikut:

Awalan
Keterangan Contoh

me(a) apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r,
dan w.

(b) apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf K, S, P, dan T, tetapi huruf
K akan bertukar menjadi jadi m, dan T menjadi n.

me.lukis, me.masak,me.nanti, me.nganga,me.nyala, me.radang, dan me.wangi


men + Kenal = me.ngenal
men + Suruh = me.nyuruh
men + Pandu = me.mandu
men + Tulis = me.nulis

mem-

apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf b dan f.

mem.beli, mem.buru,mem.fitnah

menapabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf c, d, dan j.

men.cari, men.dapat,men.jadi, men.jalar

mengapabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, g, dan h.

meng.asah, meng.embun,meng.elak, meng.ikut,meng.olah, meng.ubah,meng.gosok,


meng.hasut

Awalan
Keterangan
Contoh
mengapabila bertemu dengan kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata saja.
menge.bom, menge.cat,menge.lap

Makna Awalan men-Awalan men- mempunyai beberapa makna,iaitu:


(a) melakukan perbuatan....
membantu = melakukan perbuatan bantu
mengambil = melakukan perbuatan ambil

(b) menjadi seperti....


membatu = menjadi seperti batu
menikus = menjadi seperti tikus

(c) pergi ke....


menyeberang = pergi ke seberang
mendarat = pergi ke darat

(d) memasang... di / pada...


memagar = memasang pagar di...
mengalas = memasang alas pada....

(e) menjadi...
menguning = menjadi kuning
membesar = menjadi besar

(f) melakukan kerja dengan menggunakan....


mencangkul = melakukan kerja dengan menggunakan cangkul
mengetam = melakukan kerja dengan menggunakan ketam

(g) membuat... melemang = membuat lemang


menyambal = membuat sambal(h) mengeluarkan bunyi...
mengaum = mengeluarkan bunyi "aum"
mengiau = mengeluarkan bunyi "iau"

LATIHAN 2

Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

menampal
menyudu

menegah
memungut

menguji

memunggah
mengukur

menempah

menyemak

memarang

1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan murid-murid.

2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan Bahasa


dan Pustaka.

3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori.

4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan.

5. Puan Minah __________ anaknya betmain di tepi jalan raya.

6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu.

7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu.

8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari.

9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi.

10. Ayah _________ besi itu sehingga licin

LATIHAN 3

membesar

menguncup

memenuhi

memerath

menyeterika

memanjang

menjatuhi

mengikir

menyeberang

mengecilkan

1. Puan Minah sedang ____________ seluar panjang suaminya.

2. Pemburu itu ____________ musang yang cuba menyerangnya.

3. Tumbuhan itu akan ____________ dengan lebih cepat jika sentiasa dibubuh
baja.

4. Getah itu ___________ apabila ditarik.

5. Besi __________ apabila disejukkan.

6. Mukanya ___________ apabila dimarahi oleh ibunya.

7. Kanak- kanak sedang __________ di jalan itu.

8. Hakim __________ pengedar dadah itu hukuman mati.

9. Peminat bola sepak ___________ Stadium Merdeka sejak


petang lagi.

10. Jangan sekali-kali ___________ kebolehan orang lain

LATIHAN 4

Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata-kata berimbuhan

men..... yang sesuai.

menyiapkan
membantah
melaut
merawat
mengalir
memuji
menghargal
membancuh
menggubah
menjerang

1. Janganlah kita ____________ kata orang tua.

2. Sungai di belakang rumahnya ____________ dengan deras.

3. Emak sedang __________ susu untuk adik.

4. Kakak __________ air di dapur.

5. Sawah padi di Negeri Kedah ___________ luas.

6. Kita perlu ___________ jasa orang lain terhadap kita.

7. Cikgu selalu __________ murid yang pandai dan rajin itu.

8. Doktor itu sedang ____________ pesakitnya.

9. Kegemaran kakak saya ialah ___________ bunga.

10. kita akan __________ projek itu dalam tempoh dua tahun

LATIHAN 5

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1. Apabila kami tiba di kampung itu, kami ternampak sawah-sawah padi yang ________dari
jauh.

2. Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi terpaksa _________ rumah di luar kampus


kerana
penginapan di asrama sudah penuh.

3. Perusahaan _________ nanas terdapat di beberapa tempat di Johor Bahru.

4. Osman tidak dapat __________ kerana masih di bawah umur 21 tahun.

5. Kapal terbang dari Kota Bharu itu ___________ di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah
pada
pukul 8.45 malam.

6. Bercucuk tanam dan __________ ikan air tawar merupakan pekerjaan utama
kebanyakan
penduduk di kampunng saya.

7. Haslina __________ kepada ayahnya supaya membenarkan dia berkelah ke Desaru


bersama
kawan-kawannya.

8. Mustaza bercita-cita untuk __________ seorang ahli perniagaa yang berjaya pada suatu
hari

nanti.

9. Mak Cik Naimah leka ___________ ketupat sehingga tidak sedar akan kedatangan
anak
cucunya.

10. Pada musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat __________ ikan kerana laut
bergelora.

merebus
mengundi
menangkap
menjadi
mengetin
menguning
menyewa
mendarat
merayu
menterna