Anda di halaman 1dari 2

Tips2 Untuk Tingkatan Kebolehan Anak

Ada 20 tips ringkas yang boleh dikongsi bersama untuk mempertingkatkan potensi
anak-anak kita dan seterusnya menempatkan anak-anak kita dikalangan winners. Tips ini
juga jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis
berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka di kalangan orang
yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
1. Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang
kurang baik akan menyebabkan anak malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri
nama panggilan yang baik adalah digalakkan.
2. Berikan anak kita pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap
hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3. Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan
membuatkan anak kita lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
4. Berikan peneguhan setiap kali anak kita berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan,
ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya.
5. Janganlah mengharapkan anak kita yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila kita berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang
penulis menyatakan bahawa anak-anak akan terus membesar, tetapi masalah kerja itu
selalunya akan terus berlalu dan tak akan kembali.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak kita. Cerita itu tak akan dapat kita dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran kita untuk bercakap. Ini akan mengajar anak kita tentang giliran
untuk bercakap.
9. Tenangkan anak kita setiap kali mereka memerlukan ketenangan.
10. Tunjukkan kepada anak kita bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan
menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakanlah
hadiah hari lahir yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan
anak kita belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang
menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak kita di luar rumah, peganglah tangan anak-anak
apabila kita berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran
mereka dalam kehidupan kita suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak kita. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam
dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak kita. Mereka juga dalam masa yang sama
akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang

kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum


berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam .
17. Terimalah yang kadang kala kita bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi kita sebagai ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar
bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang
kita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak kita pula
mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Ingatlah, anak-anak juga mempunyai perasaan seperti kita.

Anda mungkin juga menyukai