Anda di halaman 1dari 3

FITNAH : SIFAT YANG MEROSAKKAN PERPADUAN

Pernahkan anda nilai definisi dan maksud fitnah yang seringkali menjadi asam garam media
hari ini? Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda juga akan terkena fitnah yang halusnya
ibarat virus di dalam sesebuah jasad? Pernahkah juga anda tahu tentang isu fitnah yang telah
dihuraikan oleh ulama terdahulu lalu menjadikannya sebagai pengajaran dan modal perisai
diri di akhir zaman ini? Apa-apapun jawapan anda, pasti persoalan hukum fitnah & kesannya
adalah suatu yang diketahui umum. Bahawa fitnah itu hukumnya berdosa & kesannya sangat
merbayaha. Syabas buat anda! Dari sini kita berbincang.
Fitnah adalah perkataan arab yang asasnya merujuk kepada ujian. Fitnah juga pada bangsa
melayu merujuk kepada perbuatan menyebarkan berita palsu. Kerana dengan dituduh
sesorang itu sebenarnya sedang diuji. Justeru, fitnah yang tersebar pada hari ini merupakan
ujian untuk kita semua. Sama ada ujian kepada mereka yang mnyebarkan fitnah mahupun
ujian buat mereka yang difitnah. Inilah kehidupan yang disebutkan dalam pemulaan surah alMulk ayat kedua : "Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan ini untuk menguji
kalian, siapakah dari kalangan kalian yang terbaik amalannya?"
YANG TERBAIK AMALANNYA! Satu persoalan yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Kerana
pada hari ini mereka yang menyebar fitnah juga inginkan yang terbaik. Terbaik pada mereka
ialah apabila orang yang difitnah itu mendapat balasan setimpalnya. Jika mereka pelajar
maka sepatutnya mereka dibuang dari tempat pengajian, jika mereka pekerja maka
sepatutnya mereka dibuang kerja dan jika mereka penduduk sebuah negeri yang sama
dengan pemfitnah maka meraka (yang difitnah) sepatutnya dinyahkan dari negeri tersebut.
Seolah-olah "IPT" atau "Syarikat" atau "Negara" tersebut milik mereka.


: {
}





Namun, Imam Hassan al-Basri dalam menafsirkan ayat kedua surah al-Mulk ini beliau
menyatakan bahawa yang terbaik itu ialah yang paling ikhlas amalannya dan yang paling
betul amalannya. Ikhlas merujuk kepada niat atau tujuan amalan dulakukan manakala betul
merujuk kepada teknik atau cara ibadah tersebut dilaksanakan. Maknanya, ia mestilah seperti
apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, dalam melakukan apa jua ibadah
kita haruslah meneliti 2 syarat utama ini iaitu:
1- keikhlasan
2- ketepatan (betul seperti yang diajarkan)
Para pembaca yang budiman,
Persoalan fitnah sangat berkait rapat dengan faktor-faktor asas sebelum fitnah bermula. Ia
ibarat perencah sesebuah masakan atau lebih tepat ibarat zarah-zarah halus yang
menghasilkan satu-satu virus. Faktor tersebut ialah:
1. kepercayaan
2. hasad dengki
3. kebencian
Dari ramuan inilah fitnah itu lahir, kemudian membesar, membiak dan tersebar menular ke
seluruh sasarannya yang tidak mampu ditentukan. Ia akan terkena pada sesiapa sahaja dan
di mana-mana sahaja. Bahkan ia juga akan melibatkan aspek-aspek lain yang di luar jangkaan
orang yang melahirkan fitnah tersebut.
Kenapa seseorang sanggup menyebarkan fitnah?
1) Kepercayaan bahawa menyalurkan berita yang dapat memuaskan hatinya atau dapat
memenangkan kumpulannya atau dapat mengembalikan haknya adalah suatu yang terbaik.
2) Hasad atau dengki. Mengharapkan agar kelebihan yang dimiliki orang lain berpindah
kepadanya. Sama ada kelebihan tersebut berbentuk harta atau pangkat atau pengaruh.
Kerana dengan harta, pangkat & pengaruh ini mereka boleh memperjuangkan kepercayaan
mereka.
3) Kebencian. Ia sebenarnya didasari oleh peristiwa hitam atau perselisihan pendapat atau
pergaduhan kecil yang berlaku sebelumnya.

Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa dari kepercayaan yang salah, sesorang biasanya
akan mudah berdengki lalu ia mengundang sifat benci dari dalam hati. Dari faktor dalaman ini
terzahirlah sifat bermasam muka dan akhirnya berlakulah fitnah.
Apabila fitnah tersebar maka kesannya:
- permusuhan
- pergaduhan
- saling fitnah memfitnah
- pertumpahan darah
- hilang kepercayaan sesama muslim
- maruah orang Islam tercemar
Apakah indicator atau kayu ukur sesebuah berita yang sahih?
- disampaikan oleh penyampai yang boleh dipercayai
- maklumat yang disertakan bukti
- bertepatan dengan apa yang berlaku atau yang dibuat oleh pelaku
Apakah ubat yang paling mujarab dalam menyelesaikan masalah fitnah yang menular hari
ini? Nabi Muhammad s.aw lebih 14 abad lalu telahpun mendidik kita dengan beberapa kata
nasihat darinya. Khasnya dalam soal menyatupadukan ummatnya dan menjauhkan
ummatnya dari bergelumang dalam dunia fitnah. Antara mutiara kata baginda ialah:
""
"Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah beliau mengasihi saudaranya sebagaimana
beliau mengasihi dirinya sendiri."
""
"tidak sepatutnya orang yang suka mengumpat itu masuk Syurga"
""
"Dan barangsiapa yang menutupi aib (kemaluan atau kesilapan seseorang muslim, maka
Allah akan melindunginya di dunia juga Akhirat. - Direkod oleh Imam Muslim.
"
"
"sesungguhnya salah seorang dari kalian akan melakukan amalan ahli Syurga sehinggalah
tiada penghalang antaranya dengan Syurga melainkan sejengkal lalu tertulis di catatannya
bahawa beliau melakukan pula amalan ahli Neraka maka masuklah dia kedalamnya (Neraka),
manakala seorang lagi melakukan amalan ahli Syurga sehinggalah tiada penghalang
antaranya dengan Neraka melainkan sejengkal lalu tertulis di catatannya bahawa beliau
melakukan pula amalan ahli Syurga maka masuklah dia kedalamnya (Syurga)." direkod oleh
Imam BUkhari & Muslim.
""
"Di antara tanda keindahan Islam sesorang ialah tatkala beliau meninggalkan perkara yang
tak berkaitan degnanya." Hadis Hasan riwayat Imam Tirmizi.
"
" :
Usahlah berdendam, usahlah saling menaikkan harga, usahlah bermusuhan, usahlah saling
berpaling dan usahlah memotong urusan orang lain (dalam soal jual beli atau urusan lain)
tetapi jadilah kalian sebagai hamba Allah yang bersaudara! Orang muslim itu saudara bagi
muslim yang lain, dia tidak sepatutnya menzalimi saudaranya, tidak merendah-rendahkan

saudaranya, tidak mendustakan saudaranya, tidak pula menghina saudaranya. (yakinilah


bahawa ) ketaqwaan itu di sini (lalu baginda menunjukkan dadanya sebanyak tiga kali) seraya
bersabda lagi: cukuplah bagi sesorang muslim itu dinilai buruk (sifat & sikapnya) jika dia
memandang rendah terhadap saudaranya. Setiap muslim ke atas muslim itu haram baginya
(mencemarkan) : darahnya, hartanya dan maruahnya." direkod oleh Imam Muslim
Di dalam al-Quran juga Allah mengingatkan kita tentang cara kita berinteraksi supaya fitnah
dapat dielakkan. Antara ayat-ayat tersebut ialah:
""
"Seandainya kedua-dua pihak itu bertelagah (bermusuh-musuhan, berbalah, berbeza
pendapat) maka damaikanlah antara kedua-duanya." (49:9)
""
"Dan usahlah kalian hendap-menghendap (mengintai perbuatan orang lain) dan usahlah juga
kalian saling umpat-mengumpat" (Surah al-Hujurat 49:12)
Kerana sesungguhnya kita adalah satu. Sepertimana yang ditetapkan oleh Allah.
""
" sesungguhnya sesame orang yang beriman itu bersaudara, maka perelokkanlah hubungan
antara dua pihak saudara kalian" Surah al-Hujurat ayat 10. (49:10)

*abajid tak sempat tulis ending dengan baik. Harap amy dapat edit sikit. Semoga menjadi
sesuatu yang berguna & bermakna buat semua.

Anda mungkin juga menyukai