Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Peramian

Majlis Penutup Pertandingan Action Song Peringkat Negeri 2015


Bismillahhirrahmanirrahim
Yang Berusaha, Puan Normalis binti Mohd Anuar,
Penolong Pengarah Ko Akademik,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Yang Berusaha, Puah Juriah binti Jupri,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr.Ismail 1,
Yang Berusaha Guru Besar-Guru Besar sekolah,
Yang Dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan,
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Action Song Peringkat Negeri Tahun 2015,
Ahli Jawatankuasa Kerja Pertandingan Action Song Peringkat Negeri Tahun 2015,
Guru-guru pengiring,
Para peserta,
Guru-guru,
Murid-murid,
Serta hadirin dan hadirat sekalian,
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Pertandingan Action Song ini adalah di bawah anjuran pihak Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan dan
berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pentadbir
dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1 selaku tuan rumah pertandingan
ini.
1

Action Song merupakan pertandingan yang kita adakan pada setiap tahun. Acara ini bertujuan
untuk memupuk minat para pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Sememangnya kita tahu
kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris pada masa sekarang. Sehubungan itu, dengan
adanya pertandingan seperti ini diharap dapat menarik minat murid-murid dalam mendalami
Bahasa Inggeris. Selain itu murid dapat didedahkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris di
luar konteks bilik darjah. Semangat serta minat murid pasti dapat ditingkatkan untuk
menggunakan Bahasa Inggeris tanpa rasa takut atau malu.
Guru-guru serta tenaga pengajar amatlah diharapkan agar dapat memberikan bimbingan
terhadap murid-murid mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul. Diharap dengan
penganjuran pertandingan Action Song ini dapat menambahkan keyakinan murid untuk bertutur
dalam Bahasa Inggeris. Para guru dan ibu bapa juga diharap dapat membimbing dan
membantu anak-anak kita ini terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Akhir kata, tahniah kepada sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan yang bersemangat untuk
turut serta dan menyertai pertandingan ini. Kalah menang adat pertandingan. Tahniah kepada
sekolah yang menang. Pada yang tidak berjaya, jangan berputus asa, tingkatkan lagi usaha
dan insyallah kita jumpa lagi pada tahun hadapan.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Action
Song Tahun 2015.
Sekian, terima kasih.