Anda di halaman 1dari 1

5. “Conflict is not the problem. It is when conflict is poorly managed then that is the problem”.

Adakah anda bersetuju? Berikan justifikasi anda.

Pelbagai fahaman dan tanggapan berkaitan dengan konflik. Ada yang mengatakan konflik bukan satu
masalah sekiranya ia di lihat dari sudut pandangan yang positif. Namun, dari sudut pandangan yang lain,
konflik di lihat sebagai satu masalah. Terutamanya, jika cara pengurusan konflik tidak sesuai. Untuk
membincangkan perkara ini, seharusnya pengertian konflik perlu di fahami terlebih dahulu. Menurut
Tjosvod (1993), konflik wujud di sebabkan manusia mempunyai keinginan yang berbeza. Keadaan ini
akan membawa kepada pertentangan antara dua pihak yang berlainan keinginan. Manakala menurut
Deutsh (1990) pula menyatakan konflik timbul akibat ketidaksetujuan dan ketidaksesuaian tingkah laku.
Keadaan ini akan menimbulkan pertentangan, tiada persetujuan, kontroversi atau pertentangan antara
dua pihak atau lebih.

Saya bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini kerana, tidak semua konflik yang berlaku
boleh mendatangkan kesan negatif terhadap individu mahupun kumpulan. Terdapat beberapa situasi
yang boleh dijadikan contoh untuk membincangkan perkara ini. Misalnya, konflik dalam diri pelajar.
Setiap pelajar akan melalui konflik sama ada konflik dalaman mahupun luaran. Jika dilihat dari konflik
dalaman pelajar, sering kali pelajar menghadapi situasi perasaan ingin menang. Perasaan seperti ini
berlaku terutamanya bagi pelajar yang meningkat remaja atau dalam lingkungan umur 16 tahun keatas.
Persaingan dalam kalangan pelajar akan wujud. Konflik seperti ini akan menimbulkan suasana yang
positif. Setiap pelajar akan berusaha lebih dalam pelajaran dengan tujuan menjadikan diri mereka
terbaik di kelas dan sekolah. Dalam situasi ini tidak wujud konflik luaran pelajar. Hal ini kerana, konflik
yang wujud hanyalah perasaan untuk menang ataupun persaingan dalam pencapaian akademik. Dari
segi konflik luaran pula, biasanya konflik seperti ini berlaku dalam sukan. Persaingan dalam kalangan
pelajar akan melahirkan atlit sukan sekolah yang berkualiti.

Selain itu, konflik akan mencetuskan kreativiti yang berkualiti. Perkara ini biasanya berlaku
dalam organisasi atau syarikat. Misalnya syarikat yang mengeluarkan barangan sukan seperti Nike dan
Adidas. Kedua-dua syarikat barangan sukan ini bersaing untuk memasarkan barangan mereka. Pelbagai
strategi yang mereka gunakan seperti kualiti barangan, pengiklanan, fesyen, teknologi, dan tajaan
selebriti sukan. Namun demikian, syarikat barangan sukan tersebut memberi keutamaan kepada kualiti
barangan sukan yang dikeluarkan. Dengan adanya persaingan dari segi kualiti barangan, maka setiap
barangan sukan yang dipasarkan mempunyai kualiti yang tinggi. Malah, pengaplikasian teknologi dalam
barangan sukan menjadikan barangan sukan yang digunakan seperti kasut futsal lebih tahan lasak, dan
selesa dipakai.

Anda mungkin juga menyukai