Anda di halaman 1dari 1

Kenal Pasti Fuel Pump Kereta Rosak

Adakah kita tahu bila fuel pump akan mengalami kerosakan atau tidak berfungsi? tiada
jawapan untuk soalan tersebut, mungkin orang-orang yang arif tentang kereta ada
jawapannya. Jawapan hanya berpandu kepada pengalaman terhadap masalah tersebut.
Aku dan rakan telah selesai menikmati sarapan pagi dan bergegas ke kereta untuk
menghidupkan enjin kereta, setelah suis di ONkan, starter pun bekerja untuk
menggerakkan flywheel, tetapi gagal setelah beberapa kali percubaan. Muskil...kenapa tidak
mahu hidup enjin sedangkan tadi dari rumah tiada masalah.
Alhamdulillah kejadian berlaku hanya dalam anggaran 300meter dari workshop kereta yang
biasa aku selalu langgan. Dengan tidak membuang masa aku menuju ke workshop kereta
untuk mendapatkan bantuan. Setelah mekanik cuba menghidupkan enjin kereta "ini fuel
pump rosak" katanya. "macam mana tahu?" aku bertanya.
"Ok, cuba perhati sewaktu suis ignition di ONkan tiada sebarang bunyi kedengaran. Jika fuel
pump berfungsi dengan baik, sewaktu suis di ONkan akan ada kedengaran bunyi fuel pump
(perlahan sekejap)energize" kata mekanik.
Kereta sudah tidak boleh bergerak, maka kena tarik la kereta aku dengan jeep daihatu 4wd
milik taukey bengkel kereta. Fuel pump berada di bahagian atas tangki kereta, gunanya
untuk menyedut minyak dan mengalir masuk ke bahagian fuel injection unit atau karburator
bergantung kepada jenis kereta.
"Nak yang local atau original" tanya mekanik. "Apa bezanya" tanya ku. "Kalau murah bunyi
kuat sikit, kalau tak suka ada bunyi kuat pilih yang original bunyi sekejap masa ignition"
katanya. "Pakai yang local sudah la, setakat bunyi aku tak kisah asal berfungsi dengan
baik". Harga murah sikit , lagi pun ia tetap berfungsi dengan baik, bezanya hanya ada
sedikit bising berbanding yang original.
Jika anda mengalami fuel pump rosak ikut suka anda nak pakai yang mana satu

Anda mungkin juga menyukai