Anda di halaman 1dari 7

Proton Preve 1.

6 CVT IAFM Executive


Membuat

Keputusan

Amat

Penting

Perkara yang paling aku bimbang sebelum membuat keputusan membeli Proton Preve 1.6 CVT
IAFM ialah dari segi powernya. Aku tak bimbang dengan Preve CFE kerana telah terbukti pick upnya
amat bagus. Aku dah test drive CFE tapi IAFM tak dapat test drive sebab tak ada unit untuk test
drive. Aku cuba cari dalam internet kot-kot ada cerita pasal Preve IAFM tapi mengecewakan tak
jumpa pun orang yang tulis pasal kereta ni. Ok, fikir punya fikir, setelah dibuat perkiraan
budget...dan budget aku pun taklah banyak sangat, jadi aku putuskan untuk beli Preve 1.6 CVT IAFM
Executive. Kalau nak dikira minat aku minat lagi CFE sebab powernya bagus dan akesorinya lagi
banyak iaitu built in GPS, 4G internet, sistem keselamatan lebih baik iaitu ABS Brake, ESC, 4 airbag.
Jika nak dibandingkan dengan IAFM eksesorinya biasa je iaitu CD player, 2 airbag, ABS brake dan
lain-lain.
Bagi yang berminat nak beli Preve, sekiranya anda memilih untuk membeli Preve 1.6 CVT IAFM
Executive aku rasa anda tak akan kecewa kerana bagi aku dari segi powernya iaitu 107 hp sudah
mencukupi untuk perjalanan keluarga. Lagi pula aku tak ada niat nak racing ngan sapa-sapa pun.
Paling penting bagi aku ialah kereta tidak under power sehingga nak naik bukit pun merayap macam
kura-kura. Bagi aku kuasa Preve IAFM ni serupa juga dengan kereta-kereta lain yang sewaktu
dengannya 1600cc ke bawah. Naik bukit dengan muatan penuh tak jadi masalah. Cumanya bila
mula-mula nak bergerak iaitu masa masuk gear dari P ke D ia agak lambat sikit. Kena tekan minyak
sikit baru jalan dan 'pick upnya' boleh dikatakan agak lembap tetapi boleh diterima. Ia agak ketara
apabila kereta belum di service untuk kali pertama. Selepas service baru ok, kita tak akan rasa lagi
sepertimana
yang
dirasakan
di
atas.
Perjalanan aku sekeluarga dgn isteri dan empat orang anak pergi ke Janda Baik sungguh
menyeronokkan. Bagi aku tak ada istilah under power bagi Preve CVT. Lebuh raya Karak diredah
tanpa ada rasa rendah diri dengan kereta-kereta ber cc besar. Tekan saja pedal minyak... naik turun
bukit di lebuhraya karak tak menjadi masalah. Begitu juga semasa mendaki menuju ke resort di
Janda Baik. Enjin tidak mengaum sangat seperti kereta auto biasa. Nak dibandingkan
dengan Innova aku...aku rasa ngauman Innova lagi kuat. Semasa pulang ke KL isteri aku memandu
dan aku tidoo...bila aku tersedar fulamak tuu dia bini aku bawa...laju gilerr, korner kat lebuhraya
Karak tu macam korner kat litar lumba dan dia puji....sedap bawa Preve ni...

Berbeza dengan dengan gear auto 4 speed konvensional, bila kita masukkan gear kita akan dapat
merasakan gear 'engage' dan kereta seperti 'melompat' tapi pada gear CVT kita tak akan terasa
demikian. Apabila kereta meluncur kita tak akan merasakan pertukaran gear 1 - 6, semuanya
senyap. Kalau nak rasa pertukaran gear sepertimana gear konvensional tekan je butang SAT nescaya
anda akan terasa pertukaran gear dari 1 - 6. Satu lagi perbezaan pada gear CVT ialah apabila kita rev
tinggi sikit atau kita naik bukit ia akan berbunyi sedikit bising datang daripada gear box. Jangan
takut itu biasa pada gear CVT. Kenapa Preve IAFM gunakan gear CVT 6 speed? Untuk laju macam
Lamborghini ke? Bukan tujuan itu tapi untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Makin kurang
RPM maka makin kuranglah penggunaan minyak. Pada kelajuan 100km/h, meter RPM hanya
menunjukkan bacaan
2.1
atau
2100RPM.
Apabila memecut anda akan dapat merasainya kenikmatannya. Proton Preve 1.6 IAFM CVT dapat
memecut dengan baik sekali di lebuhraya. Boleh challenge Honda, Toyota malah BMW kalau
berani...kalau kalah dengan BMW tak pe, kita naik Preve je. Satu BMW boleh dapat 4 biji
Preve. 'Anda tak akan terasa kelajuannya' walaupun meter sudah menunjukkan 140km/j apabila
memandu di lebuhraya. Tau tau asyik dok potong kereta orang jeerrr. Selekoh tiada masalah bagi
Preve kerana teknologi Lotus Ride & Handling menyebabkan ia mantap untuk dipandu. Apabila
melalui selekoh tajam contohnya susur keluar lebuhraya, stereng Preve tak terasa berat atau lari
sewaktu mengambil selekoh. Tapi awas gunakan aqal anda sewaktu memandu kerana kehebatan
teknologi ciptaan manusia bukanlah segala-galanya. Orang yang menggunakan nafsu sewaktu
memandu selalunya gagal walaupun teknologi keretanya hebat dan keretanya harga sejuta.
Suspension Preve agak baik dan tak ada bunyi kuat kalau terlanggar lopak. Suspension talaan
Lotus membuatkan kereta tidak membuai di selekoh tajam. Anda akan kurang terasa
gegaran apabila melalui garisan-garisan kuning atau jalan tak rata di jalanraya. Itulah kehebatan
suspension Preve, setanding dengan kereta buatan Eropah.
Ruang &Tempat Duduk
Dari segi ruang dalaman memang tak dapat dinafikan, memang superb. Masuk je dalam kereta dan
duduk di tempat pemandu anda akan terasa keluasan dan kelebarannya. Ruang belakang agak luas
jika dibandingkan dengan Persona. Ruang kaki agak luas untuk penumpang belakang duduk dengan

selesa, lutut tak akan terhimpit dengan kusyen depan. Kalau nak dibandingkan dengan Persona
ruang letak lutut agak sempit.

Cuma apa yang aku tak suka ialah tiang bumbung bahagian hadapan agak tebal sedikit berbanding
kereta lain menyebabkan ruang pandangan kiri kanan agak terganggu terutama apabila nak
membelok di simpang tiga.

Tempat duduk atau kusyen Preve disalut dengan baldu kalis air. Ini bermakna kalau air atau susu
anak tumpah pun tak jadi masalah, ambil je kain lembap dan lap. Bagi aku seat Preve adalah seat
yang selesa dan terbaik dalam kelasnya. Terima kasih kepada pereka seat Preve. Tempat duduk atau
alas letak punggung yang lembut dan tempat bersandar yang agak keras sedikit dan contournya
mengikut keselesaan belakang menyebabkan belakang kita tak sakit walau perjalanan jauh. Ada
orang beli pelapik khas supaya belakang tak sakit dan lenguh bagi kereta-kereta tertentu. Seat
Preve amat
baik
dan
tidak
lenguh
untuk
perjalanan
jauh.
Buka boot belakang; nak buka dengan remote boleh, buka manual pun boleh...wow luasnya...nak
masuk tido pun boleh. Nak luas lagi boleh lipat seat belakang.
Lampu Gear dan Lampu Lubang Kunci

Tidak ada lampu penunjuk pada gear menyebabkan aku kurang selesa sedikit bila memandu waktu
malam. Walaupun petunjuk sudah ada pada meter tetapi aku lebih suka melihat pada gear apabila
nak menukar gear dari kedudukan P ke D.

Begitu juga apabila nak masukkan anak kunci untuk hidupkan kereta, tidak ada lampu pada kunci
start menyebabkan agak kekok sikit mencari lubang untuk masukkan anak kunci. Diharap Pihak
Proton dapat revise balik sistem ni dengan memasang lampu pada gear dan tempat masuk anak
kunci. Boleh dikatakan semua kereta-kereta moden ada lampu ni.

Suis

Signal

dan

Wiper

Kedudukan Suis Signal dan lampu besar terletak di bahagian kiri steering dan suis wiper terletak
dibahagian kanan steering menyebabkan agak kekok untuk aku mengendalikannya. Kononkononnya sistem ini adalah gaya pemanduan Eropah. Tapi bagi aku... aku tak suka kerana kebiasaan
kereta-kereta yang dijual di Malaysia adalah mengikut gaya Jepun iaitu suis signal di sebelah kanan
dan suis wiper di sebelah kiri. Terkadang aku memandu Iswara, terkadang aku memandu Innova,
terkadang aku memandu Preve, naik pening kepala otak aku dibuatnya sebab kerap tersilap suis, nak
pasang signal tapi terpasang wiper dan begitulah sebaliknya.
Sistem Keselamatan
Perkara yang aku pertimbangkan masa nak beli kereta baru ialah sistem keselamatan. Akhir tahun
2012, untuk sistem keselamatan kereta, kerajaan mewajibkan sekurang-kurang dua airbag dipasang
pada kereta baru. Preve IAFM mempunyai 2 airbag dan brake ABS. Brake ABS amat penting bagi
memastikan tayar kereta tidak terkunci apabila brake emergency. Contohnya secara tiba-tiba kereta
di hadapan anda membrek. Anda pun secara mengejut menekan brek kereta anda dengan kuat. Bagi
kereta yang menggunakan brek biasa, brek akan terus mengunci tayar kereta menyebabkan tayar
kereta kaku dan terseret di atas permukaan jalan. Stering juga akan terkunci menyebabkan kita tak
akan dapat mengawal kereta lagi. Jadi bayangkanlah sekiranya kita membrek dalam keadaan jalan
basah, sudah pasti kereta akan meluncur seperti kita tidak membrek. Sebaliknya brake ABS tak
akan terus mengunci tayar kereta. Apabila kita membrek dengan mengejut, tayar kereta tak akan
terseret dan stereng tidak terkunci, jadi kita masih lagi boleh mengawal stereng mengikut kehendak
kita dan seterusnya cuba mengelak dari melanggar kereta atau sebarang halangan di hadapan.
Bila masuk je dalam Preve, hidupkan enjin dan pastikan anda terus memakai seatbelt. Sekiranya
anda tak pakai seatbelt warning buzzer akan berbunyi sehinggalah anda pakai seatbelt.Kadangkadang buzzer ni menyusahkan kita bila kita nak pergi ke tempat yang dekat-dekat yang tak sampai
1km. So janganlah berdegil dengan Preve, dia marah kalau anda tak pakai seatbelt. Awas airbag tak
akan berfungsi sekiranya anda tidak memakai seatbelt sewaktu kemalangan berlaku. WAL
IAZUBILLAH.
Penggunaan Minyak
Inilah perkara penting yang mana orang dok berkira-kira dan soalan paling glamour bila nak beli
kereta baru; iaitu penggunaan petrol. Dimaklumkan bahawa penggunaan bahanapi PREVE amat
menjimatkan untuk perjalanan jarak jauh kerana PREVE dilengkapkan dengan gear CVT 6 speed.
Untuk perjalanan lebuh raya dengan kelajuan 120 - 140km/h jarak yang aku dapat ialah 420km
dengan isian RM60 petrol, atau 0.14sen untuk satu km (RON95 dengan harga RM1.90/l). Kalau nak
jimat
lagi
boleh
pandu
di
bawah
100km/h.

Dalam ujian jarak dekat yang aku buat pula; Untuk perjalanan dekat-dekat dan ulang-alik iaitu ke
masjid sekitar 1.5km, ambik anak sekolah 1.5km, isteri drive ke tempat kerja (town driving) sekitar
20km sehari maka setangki minyak RM70.00 hanya mampu bertahan setakat 290km shj. atau lebih
kurang RM0.24sen untuk satu km.

Awas jangan tunggu sehingga bar penunjuk petrol 'blinking' baru nak isi minyak kerana minyak
yang terlalu sedikit akan menyebabkan 'fuel pump' dalam tangki tergantung dan 'sukar untuk
menyedut minyak'. . Sebaiknya apabila tinggal 2 bar terus isi minyak. Mengikut pengalaman aku
isian penuh lebih baik dari isian separuh separuh kerana ia memberi lebih kilometer. Jangan isi
terlalu penuh sehingga mencecah 'nozzle pengisi minyak'. Biasanya nozzle akan automatic stop
apabila minyak terlampau penuh. Ada juga sesetengah pam minyak yang menggunakan sistem
reverse, iaitu sedikit minyak akan masuk semula ke dalam tangki petrol pam apabila minyak terlalu
penuh
dalam
tangki
kereta.
Kesimpulan
Bagi aku Proton Preve ialah kereta terbaik Proton, nampak elegan, setanding dengan kereta-kereta
buatan Jepun dan harganya amat competitive. Nak beli Altis mahal, baik beli Preve kerana ia lebih
murah dan aku berbangga dengan kereta buatan orang kita. Lihatlah filem Hindustan apa pelakon
dia buat; konon2nya kereta civic yang dia naik rosak...lalu apa pelakon tu kata; kalaulah kereta
buatan India...nescaya tak akan rosak sampai bila2. Walaupun kereta buatan India taklah canggih,
macam kereta dalam filem P Ramli je tapi rakyat dia berbangga dengan hasil negara sendiri.
Setakat ni aku puas hati dengan Preve. Kalau ada orang nak kutuk kutuklah. Adakah orang yang
mengutuk tu pandai serba serbi. Aku rasa kalau bagi tugas kat dia suruh buat kereta, kereta kayu
pun belum tentu boleh buat. Atau pun kalau nak mengutuk tunjukkanlah kita lebih hebat dari segi
keilmuan dan kebolehan. Orang berilmu tak mengutuk tetapi mengkritik supaya sesuatu itu akan
jadi lebih baik dari yang ada sekarang. Dalam doa selepas solat pun kita berdoa supaya hari esok
lebih baik dari hari in

Anda mungkin juga menyukai