Anda di halaman 1dari 9

Sistem Penghawa

Dingin kereta (aircond) berfungsi


menggunakan gas
yang dimampatkan
oleh
pemampat (compre
ssor). Gas ini akan
mengalir melalui
gegelung
penyejukan (coolin
g coil) yang berada
di dalam kabin
kereta manakala
blower akan
meniup angin
melalui gegelung
penyejukan (coolin
g coil) ini dan
mengeluarkan
angin yang sejuk.

Selepas itu gas ini


perlu disejukkan
kembali dan akan
melalui radiator
pemeluwap (conde
nsor radiator) yang
akan menyejukkan
gas tersebut.

Begitulah secara
asasnya bagaimana
penghawa dingin
kereta berfungsi.

Proses sistem gabungan antara sistem pemanas dan penyejuk ini dikenali sebagai
sistem penghawa dingin(air-cond kereta). Masih ramai orang yang kurang
memahami bagaimana sistem penghawa dingin ini berfungsi.

Madzlan Aircond Specialist akan menerangkan lebih lanjut mengenai asas sistem
penghawa dingin di bawah:

Anda boleh lihat bagaimana proses sistem penghawa dingin berfungsi.

Memiliki sistem penghawa dingin yang teratur dan baik akan memberikan kesan
persekitaran yang selesa ketika dalam perjalanan dan mengurangkan kadar
kemalangan yang tidak diingini.

Sistem penghawa dingin terdiri daripada tujuh komponen utama:

* Pemeluwap (Condenser)
* Kipas Pemeluwap (Condenser Fan)
* Pemampat (Compressor)
* Injap Pengembangan (Expansion Valve)
* Penyejuk / Penyejat (Cooler / Evaporator)
* Penapis / Penumpuk Kering (Filter / Accumulator Drier)
* Kipas Blower (Blower Fan)

Sistem penghawa dingin ini berfungsi dengan adanya tujuh komponen di atas.
Komponen ini disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk satu litar
tertutup. Dalam litar tertutup, penyejuk penghawa dingin berfungsi dengan
mengalirkan penyejuk tersebut daripada tekanan gas yang dimampatkan oleh
pemampat (compressor).

Seterusnya, bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dikenali


sebagai sektor tekanan tinggi. Manakala bahagian antara injap pengembangan dan
pemampat merupakan sektor tekanan rendah. Kemudian gas penyejuk yang
dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasan terlampau.

Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan


dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan
menghasilkan haba yang menyebabkan pemeluwapan berlaku. Manakala gas
penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair. Fungsi penapis atau
penumpuk kering pula adalah membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk
yang kini dalam bentuk cecair.

Dari penapis atau penumpuk kering, cecair tersebut akan bergerak ke injap
pengembangan dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah dan
kemudiannya disalurkan ke penyejat.

Selepas melalui penyejat, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi
sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Kemudian,
penyejat yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalam
penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di
bahagian dalam kereta.

Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini
dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke pemampat untuk
memulakan proses kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang dalam kereta
anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman ketika dalam perjalanan.

Jadi, sekiranya ada kerosakan antara mana-mana komponen dalam sistem


penghawa dingin seperti kehausan, tidak diselenggara dengan baik ataupun
kekurangan gas bahan penyejuk merupakan punca sistem penghawa dingin (aircond) kereta anda tidak berfungsi ataupun kekurangan kesejukan.

Oleh itu, pemandu yang bijak akan sentiasa memastikan sistem penghawa dingin
kereta mereka dalam keadaan sempurna dengan mendapatkan servis berk

Anda mungkin juga menyukai