Anda di halaman 1dari 4

MASALAH MEMEGANG PENSEL KANAK-KANAK 4 TAHUN

OBJEKTIF AM KAJIAN

Meningkatkan kemahiran kanak-kanak 4 tahun


memegang pensel dengan betul
Kajian dijalankan bertujuan untuk:
1.

Memastikan kanak-kanak dapat


mengkoordinasi mata dan tangan
menggunakan teknik TuDo

2.

Meningkatkan kemahiran memegang


pensel kanak-kanak 4 tahun menggunakan
teknik TuDo

OBJEKTIF KHUSUS

1. Adakah kemahiran motor halus kanakkanak dapat dipertingkatkan melalui teknik


TuDo?
SOALAN KAJIAN
2. Adakah teknik TuDo dapat meningkatkan
kemahiran memegang pensel?
PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN:

1. MENGENAL PASTI ASPEK


AMALAN

Kanak-kanak tidak dapat memegang pensel


dengan betul

2.PERANCANGAN
Mengenal pasti masalah kanak-kanak
- Kurang aktiviti kemahiran koordinasi mata
dan tangan
- Tulisan buruk
- Cara memegang pensel tidak betul
Merancang tindakan lebih kepada latihan :
- meningkatkan kemahiran koordinasi mata
dan tangan
iaitu aktiviti menuang air ke bekas besar
hingga kecil
(bahan yang digunakan ialah mangkuk,
cawan dan botol)
- memegang pensel dengan betul iaitu
aktiviti bermain doh untuk menguatkan
jari-jari
(acuan, bentuk haiwan dan bentuk huruf)

MASALAH MEMEGANG PENSEL KANAK-KANAK 4 TAHUN

Melalui perancangan tindakan, saya bercadang


untuk melaksanakan tindakan saya seperti
berikut.
Aktiviti menuang air ke bekas (TU)
(kanak-kanak diberi jug berisi air)
1) Peringkat pertama kanak-kanak diminta
menuang air ke dalam mangkuk
2) Peringkat kedua menuang air ke dalam
cawan
3) Peringkat ketiga menuang air ke dalam
botol
3. TINDAKAN/IMPLEMENTASI
Aktiviti bermain doh (DO)
(kanak-kanak diberi plastesin pelbagai warna)
1. Peringkat pertama kanak-kanak diminta
membuat bentuk mudah menggunakan
acuan iaitu bentuk bintang, bulat, segi
empat sama.
2. Peringkat ketiga ialah kanak-kanak diminta
membuat bentuk ular atau cacing
3. Peringkat kedua kanak-kanak diminta
membuat bentuk huruf l, o, s, u dan z

Koordinasi mata dan kawalan tangan kanak-kanak


memuaskan.
4. KESAN TINDAKAN
Kanak-kanak dapat memegang pensel dengan
betul.

5. REFLEKSI

Aktiviti ini mengalakkan potensi kanak-kanak


berkembang untuk meningkatkan koordinasi mata
dan tangan mereka.
Kanak-kanak dapat memegang pensel dengan
betul dan yakin

MASALAH MEMEGANG PENSEL KANAK-KANAK 4 TAHUN

KAEDAH/ ALAT
KAJIAN/INSTRUMEN KUMPUL
DATA
Pemerhatian ( Senarai
semak )
OBJEKTIF 1

Peratus

Analisis hasil aktiviti

Pemerhatian
OBJEKTIF 2

KAEDAH ANALISIS DATA

Graf palang

Nota lapangan

Kajian ini melibatkan dua orang murid bermasalah pembelajaran dari kelas 7 yang terdiri
daripada murid kategori masalah pembelajaran. Murid ini berbangsa Melayu. Pemilihan
responden ini adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap responden tentang
kelemahan kemahiran motor halus dalam menggunting yang ditunjukkan.

Fokus Kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada usaha untuk membantu meningkatkan kemahiran
memegang pensel dengan betul. Di samping itu, tujuannya adalah untuk mengurangkan
masalah kemahiran menulis. Masalah koordinasi mata dan tangan subjek dikenalpasti
melalui tinjauan pada hasil kerja dan pemerhatian di dalam kelas
. Didapati Aaron mengalami masalah koordinasi mata dan tangan. Melalui hasil kerja
yang dianalisis pada tinjauan awal, Aaron sukar untuk menggunakan kemahiran motor

MASALAH MEMEGANG PENSEL KANAK-KANAK 4 TAHUN

halus dalam menulis dan mewarna. Rajah 1 menunjukkan Aaron tidak dapat menulis
dengan cantik dan kemas walaupun dengan menggunakan buku garis tiga.

Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada teknik yang digunakan untuk meningkatkan
kemahiran motor halus responden dalam menggunting iaitu melalui teknik Play Dough. Hasil
pemerhatian awal yang dilakukan, pengkaji mendapati kedua-dua responden mengalami masalah
kemahiran motor halus yang lemah iaitu tidak dapat memasukkan tangan ke dalam lubang
gunting dengan betul serta lemah untuk membuka dan menutup gunting. Hal ini dapat dilihat
apabila pengkaji melakukan aktiviti yang melibatkan menggunting sama ada dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni mahupun Pengurusan Diri. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni, pengkaji telah melakukan aktiviti kolaj. Didapati responden A dan B gagal
menggunting kertas yang berjalur untuk ditampal pada gambar ikan untuk dijadikan kolaj ikan.
Bagi mengatasai masalah ini, pengkaji akan cuba menggunakan teknik Play
Dough sebagai satu intervensi kepada murid-murid ini bagi meningkatkan
motor halus murid dalam kemahiran menggunting. Hal ini kerana aktviti doh
atau plastisin merupakan salah satu aktiviti yang sangat bermanfaat untuk
perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu
dan suka meneroka. Jika diberi segumpal tanah liat, kanak-kanak akan
memicit, menggentel atau mencucuk tanah liat untuk mengamati teksturnya
yang lembut. Ini sekaligus dapat mempelajari bahawa setiap tekanan akan
memberi impak yang berbeza. Membuat bentuk yang berbeza juga dapat
menajamkan skil pemerhatian dan daya berfikir, selain menguatkan otot dan
meningkatkan koordinasi mata-tangan. Kajian yang dijalankan ini adalah
berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran motor halus murid dalam
menggunting menggunakan teknik Play Dough.

Melalui pemerhatian yang telah dibuat, kedua-dua responden mempunyai masalah memegang
pensel. Berdasarkan dua ujian yang dijalankan, dibuktikan bahawa masalah memegang
pensel wujud. Berdasarkan pemerhatian tersebut, pengkaji berusaha mengurangkan
ketidakupayaan dan masalah yang dihadapi iaitu kemahiran motor halus mereka perlu
ditingkatkan. Sekiranya kemahiran motor halus murid dapat dipertingkatkan, tidak mustahil
kedua-dua responden dapat memegang pensel dengan lebih baik. Pengkaji menyimpulkan
bahawa latihan motor halus yang berterusan mampu meningkatkan kemahiran motor halus
murid dalam memegang pensel. Pengkaji mencadangkan untuk menyelesaikan masalah
dengan intervensi TuDo untuk memenuhi enam kriteria berikut.

Anda mungkin juga menyukai