Anda di halaman 1dari 18

Pokok Herba

pokok kaduk
Inilah rupa pokok kaduk.. Sekali tengok macam daun sirih, tapi bukan. Kalau nak
tahu perbezaannya, pokok sirih ada junjung tempat dia naik menjalar.. tapi pokok
kaduk tumbuh melata dan mudah membiak.. Daun kaduk selain dibuat ulam dan
kerabu, biasanya dicampur ke dalam masakan gulai siput sedut (siput sawah). Boleh
juga dicampurkan ke dalam masakan singgang asam pedas (bagi orang-orang
Kelantan/Terengganu). Mieng Kham juga satu hidangan istimewa pembuka selera,
cukup popular di kalangan orang-orang Thai, juga disedikan dengan daun kaduk.

pokok kemangi

Daun ini licin berbau, harum dan digunakan sebagai rencah, perasa juga sebagai ulam.
Selasih hitam berbunga gelap dan berbau kuat sementara kemangi jantan mempunyai
bunga berwarna cerah. Bunganya dalam bentuk karangan di hujung ranting yang
tegak. Kelopak bunga yang tua mudah tumbuh meliar dan membiak melalui biji.

Daun pokok kemangi dapat mengubati batuk kerana bersifat narkotik ringan. Caranya
dengan meramas daun dan menyapukannya pada leher atau mengunyah lima helai
daun di waktu pagi dan petang. Air rebusan daun yang diminum mampu
menyembuhkan selesema, resdung, asma dan membuang angin dalam badan.
Campuran kemangi, lada hitam, halia dan madu dipercayai boleh mengurangkan
stress, tekanan darah tinggi, kolesterol dan menstabilkan kandungn gula dalam darah.
Amalan mengunyah daun juga dapat menghilangkan bau nafas.
Bijinya apabila direndam ke dalam air akan mengeluarkan jeli yang bersifat diuretik,
stimulan dan merangsang pengeluaran peluh. Selain itu biji kemangi jantan yang telah
direndam boleh mengubati penyakit usus dan sakit buah pinggang dan merendahkan
suhu
badan.

terung pipit

Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam
bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di
hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Khasiat
Secara
saintifik
Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g,
protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus
30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.

Secara

tradisi

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air


rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang
berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya
berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada
urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting,
berwarna
putih.

Penggunaan
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar
kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok
yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber
makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid
glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis
et al., 1970; Mait et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi
ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh
menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (gastrointestinal
berpunca
dari
solanaceous
steroidal
glycoalkaloids
(SGAs).
Khasiat

Terung

Pipit

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya


dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenali
sebagai
Solanum
torvum
,dalam
nama
sainsnya.
Daripada kajian, terung ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9%
karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A
dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis
steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.
Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air
rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang
berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

pokok maman
Nama
Famili: Capparidaceae

Saintifik: Cleome

gynandra

MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa.


Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi
cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini
merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada
biasa.
Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan
dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.

Maman, herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 sentimeter (sm). Batangnya


lembut, bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun
kompaun palmat yang terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat.
Petiol 5 hingga 10 sm panjang. Infloresen terminal rasem dengan bunganya yang
berwarna putih keunguan. Buah kapsul berbentuk silinder, 3 hingga 11 sm
panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung berparuh runcing. Pedisel 1
hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam

keperangan.
Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g)
bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g),
lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28
mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug),
vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg)
dan
vitamin
C
(72.
mg).
Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman
parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan
di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga
maman
ini
dituai
pucuknya
atau
dicabut
terus.

pokok pegaga
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenisjenisnya
ialah
:1.
Pegaga
cina
atau
pegaga
nyonya
yang
berdaun
kecil,
2.
Pokok
Pegaga
Daun
Lebar,
3.
Pokok
Pegaga
Kelantan,
4.
Pokok
Pegaga
Renek
5.
Pokok
Pegaga
Salad
6.
Pokok
Pegaga
Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin
A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda
serta mengelakkan masalah kegemukan.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
*
*
*
*
*

penawar
anti
melawaskan
penawar
penawar

air
batu
kencing

alahan
kanser
kencing
karang
berdarah

*
*
merangsang
*
merawat
* menurunkan tekanan darah

penawar

peredaran
cirit

ulser
darah
birit

Kebiasaannya kegunaan pegaga di rumah ni bagi masakan lemak..Tapi


boleh juga dimakan begitu saja.. Ops kena basuh lah dulu nanti ada plak
kena kuman plak..
Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai jus dengan memblender
pegaga tersebut. Tapi saya tak pernah cuba lagi (rasanya ada
dikomersialkan ) ..
Kepada sesiapa yang ingin melakukan penanaman taman dapur (edible
garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap
memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya menjalar di tanah.

cekur manis
Nama
botani
:
Sauropus
androgynus
Nama lain : Asin-asin(Utara Semenanjung), mani cai (Cina), rau ngt (Vietnam)
Pengenalan
Pokok cekur manis atau nama saintifiknya Sauropus androgynus merupakan tumbuhan yang
banyak terdapat di Asia Tenggara. Terdapat bahagian pokok cekur manis yang boleh
dijadikan makanan. Pucuk cekur manis biasa digunakan dalam masakan masyarakat Melayu.
Daun cekur manis boleh diperam atau dijeruk dan dijadikan bahan masakan yang sungguh
menyelerakan. Ia juga dikenali sebagai mani cai (Cina), dan bahasa Vietnam sebagai rau
ngt. Pokok cekur manis terdiri daripada beberapa batang menegak yang mampu mencecah
ketinggian 2.5 m dan mempunyai daun bujur gelap sepanjang 56 cm. Pokok cekur boleh
dibiakkan dengan menggunakn keratan batang atau biji benih. Pokok ini mudah untuk hidup
dan lasak dengan keadaan persekitaran.
Kegunaan
Ia merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan terkenal kerana cekur
manis mudah didapati dan rasanya sedap. Pucuknya juga boleh dimakan sebagai ulaman. Di
Vietnam, ia dimasak sebagai sup bersama ketam, atau udang kering. Cekur manis merupakan
salah satu daripada tumbuhan yang mengandungi vitamin K. Cekur manis bukan hanya boleh
dijadikan ulaman, di Malaysia ia biasa dijadikan sayur dalam masakan seperti masak lemak

dan sebagainya. Daun cekur manis mengandungi banyak provitamin A karetenoid terutama
pada daun yang baru dipetik dan masih segar. Malah cekur manis juga mengandungi vitamin
B, C, protein dan juga mineral. Kandungan nutrien dalam daun cekur manis semakin tinggi
jika daunnya semakin tua.
Dalam perubatan tradisional, cekur manis sering disarankan kepada ibu-ibu mengandung
khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak. Caranya ialah dengan
melumatkan daunnya kemudian ditampal pada payudara si ibu. Cekur manis yang dijadikan
jus juga paling mujarab untuk mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.

daun kesum

Kesum
dari
segi
saintifiknya
dikenali
dengan
nama Polygonum
minus
huds dan
berasal
dari
keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di
kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan
sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan
seperti laksa dan masak asam pedas.
Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga
mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk
mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah
kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam.
Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk
merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk
kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air
sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian
bilas
dengan
air
bersi

Pucuk Putat "Barringtonia racemosa"


keterangan
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran
dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh
mencapai
ketinggian hingga 10 meter.Ia di jumpai tumbuh dikawasan asia tenggara dan kepulauan
pasifik.Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat
hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam.Ada juga putat
yang dipanggil putat laut(Barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh
berhampiran dengan pantai.daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna
daunnya hijau gelap yang berkilat.Bentuk buahnya juga berbeza.Walaupun habitat asalnya
berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.

pucuk midin

Orang Terengganu biasanya letak dlm bubur lambut..


Dan di masak sayur air lada hitam...perghhhh sedap...
Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di
tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta
gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya
mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan
belukar.
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai
khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain
mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan
mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan
secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit
ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

pucuk paku
Terdapat beratus spesis paku pakis [Ferns] yang ada,namun hanya beberapa
jenis sahaja yang biasa dan boleh dijadikan sayuran.Pokok paku yang biasanya
dijadikan sayuran dari spesis Athyrium Esculentum atau lebih sinonim digelar
pucuk paku oleh masyarakat di Pahang.
Lazimnya pokok paku tumbuh meliar di pinggir paya,sungai,ladang dan pada
tempat yang agak lembab.Ianya pula membiak dengan jatuhan spora di bawah
daun daun yang cukup matang.Ada juga petani dan pengusaha yang
membiakan pokok paku ini secara khusus bagi menampung bekalan dari
permintaan yang sentiasa ada.
Dari jolokan sayur kampung kini sayur pucuk paku semakin digemari.Untuk di
buat sayur pula hanya daun muda atau pucuk sahaja yang digunakan kerana
bersifat lembut.
Pelbagai resepi boleh dicuba dengan sayur pucuk paku ini.Antara yang biasa
masak lemak kuning / putih,kerabu,digoreng bersama kicap dan lain lain cara
mengikut kreativiti masing masing.Sangat menyelerakan bagi penggemarnya.
Mungkin warga PCC ada pendapat yang tersendiri berkaitan dengan sayur
pucuk paku ini.

ulam raja
Nama Tempatan

Ulam Raja

Nama Saintifik
caudatus

Cosmos

Nama Lain

King

salad, Intan Berayun

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam


jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang
cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai
bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga
dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai
2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah
pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan
selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh
didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus
protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan
vitamin A.

KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana
khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat
menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi
costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat
merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans
dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Ulam
Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau
didalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua
kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar
dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman
seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal
dirumah bertingkat seperti flat atau apartment

daun sireh
Khasiat Daun Sirih
TANAMAN bernama ilmiah Piper betle ini termasuk jenis tumbuhan merambat dan
bersandar pada batang pohon lain. Permukaan daun berwarna hijau dan licin,
sedangkan batang pohonnya berwarna hijau tembelek (hijau agak kecoklatan) dan
permukaan kulitnya kasar serta berkerut-kerut.
Bentuk daun sirih pipih menyerupai jantung dan tangkainya agak panjang. Buah sirih
berupa buah buni yang berbentuk bulat berwarna hijau keabu-abuan.
Akarnya tunggang, bulat dan berwarna coklat kekuningan. Kemampuan tanaman ini
untuk
memanjangkan
batangnya
bisa
mencapai
puluhan
meter.

Siapa yang tidak mengenal daun sirih, tanaman yang kaya akan manfaat ini memiliki
beberapa khasiat untuk kesehatan dan kecantikan. orang-orang tua juga biasa
menggunakannya bersama buah pinang dan kapur untuk di kunyah atau istilahnya
menyirih.
Tanaman ini cukup terkenal di berbagai belahan dunia, terutama di kawasan Asia
Selatan dan Asia Tenggara. Selain itu, daun ini memiliki nama lokal di berbagai
wilayah seperti betel (Perancis), betelhe, vitele (Portugal); sirih (Indonesia), suruh,
sedah (Jawa), seureuh (Sunda), ju jiang (China). Sirih dapat dimanfaatkan untuk :
-Anti oksidan
Minyak atsiri dari daun sirih memiliki kandungan minyak terbang (betiephenol),
seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak dan kavikol yang memiliki daya
antioksidasi (mematikan kuman) dan fungisida (anti jamur). Sirih juga mengadung
bahan aktif fenol dan kavikol. Daun sirih dapat dimanfaatkan untuk pestisida nabati
(mengendalikan hama penghisap)
-Diare
Tumbuk secara bersamaan hingga halus 4-6 lembar daun sirih, 6 biji lada, 1 sendok
makan minyak kelapa. Kemudian gosokkan bahan yang sudah halus pada bagian
perut. Beberapa saat kemudian diare dijamin akan reda.
-Menghentikan pendarahan gusi
Didihkan 4 lembar daun sirih dengan dua gelas air. Setelah dingin dipakai untuk
kumur, diulang secara teratur sampai sembuh.
-Menghentikan pendarahan hidung atau mimisan
Gulung 1 lembar daun sirih sambil di tekan-tekan hingga minyaknya keluar.
Kemudian sumbatkan atau tempelkan pada hidup yang berdarah karena mimisan
tersebut.
-Sakit gigi berlubang
Rebus 1 lembar daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Setelah dingin
pakailah untuk berkumur. Ulang terus sampai sembuh.
- Untuk mengobati mimisan.
Saat anak anda panas dalam atau kecapean, kadang keluar darah dari hidungnya
atau mimisan. kita dapat mempergunakan daun sirih untuk mengobati atau
meredakannya. Ambil beberapa daun sirih, cuci dan bersihkan, lipat dan gulung2
lalu masukkan ujungnya sedikit pada salah satu lubang hidung secara bergantian,
niscaya dapat meredakan mimisan pada putra putri anda.
- Mengobati keputihan
banyak wanita mengalami masalah keputihan, bau tak sedap dan gatal2 pada organ
intim. cobalah untuk mengobatinya dengan khasiat antiseptik alami pada daun sirih.
Ambil daun sirih secukupnya lalu rebus. pergunakan air rebusan tadi untuk mencuci
organ intim atau cebok. atau bisa juga di gunakan dengan cara berendam dalam air
rebusan daun sirih yang sudah hangat-hangat kuku.
-Menghilangkan bau badan
rebus beberapa lembar daun sirih, tunggu hingga dingin lalu diminum.

-. Mengobati bau mulut


Ambil 2 lembar daun sirih lalu di seduh, lakukan kumur2 setiap pagi dan sore hari.

pokok gelenggang
Nama Botani : Cassia Alata
Famili : Caesalpinaceae
Pengenalan

Gelenggang adalah tumbuhan renek yang tumbuh secara meliar di kawasan terbiar terutama
kawasan berdekatan dengan air seperti sungai, sawah padi dan paya. Ketinggian pokok ini
mencapai sehingga 7 meter. Pokok gelenggang mempunyai bunga yang cantik berwarna
kuning. Apa yang menarik, dedaun pokok gelenggang ini akan 'rehat' (tertutup) pada waktu
malam. Buahnya dalam bentuk lenggai.
Kegunaan
Daun gelenggang telah digunakan sejak lama dahulu untuk mengubati kurap dan panau.
Daun gelenggang yang segar dihancurkan, dicampur dengan sedikit minyak tanah dan
dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok ini juga dikatakan boleh digunakan
untuk hilangkan jerawat.

pokok senduduk

Nama Botani : Melastoma malabthricum


Famili : Melastomaceae
Pengenalan
Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai tumbuh
secara liar di kawasan terbiar, padang dan ianya lebih menggemari kawasan yang
terbuka. Pokok senduduk boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter mengikut
usia dan kawasan di mana ia tumbuh. Daun senduduk mempunyai bulu-bulu halus
dan ia mengeluarkan bunga berwarna ungu. Pokok ini membiak melalui biji benih
dan ia juga boleh dibiakkan menggunakan keratan batang.
Kegunaan
Daun pokok senduduk sering digunakan untuk merawat luka kecil dengan caranya
melumatkan daun muda senduduk dan ditampalkan pada bahagian luka. Ia
berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan menyembuhkan luka tersebut.
Pucuk senduduk yang masih muda dimakan sebagai ulam dapat merawat cirit birit.
Daun senduduk yang dikeringkan dicampur bersama herba lain direbus dan
diminum air rebusan tersebut boleh mengatasi masalah keputihan bagi kaum wanita.
Daun senduduk yang tumbuk halus dan ditampal pada bisul akan segera
memecahkan bisul dan mengecutkan bisul tersebut.
Akar senduduk yang dilumatkan bersama daunnya dan ditampal pada cacar atau
parut cacar, dipercayai dapat menghilangkan kesan parut tersebut. Akar senduduk
yang dikeringkan kemudian rebus dan diminum oleh ibu lepas bersalin(semasa
dalam pantang) dapat menyembuhkan luka, mengecut dan mengetatkan semula
rahim.
Untuk merawat buasir, air rebusan campuran akar, daun dan batang senduduk
diminum airnya. Jika air rebusan tersebut digunakan untuk berkumur, ia akan
meredakan sakit gigi. Air rebusan tersebut juga boleh dijadikan mandian untuk
mengatasi masalah lenguh sendi tulang, angin dan ia menyegarkan badan.
Buah senduduk sebenarnya boleh dimakan tetapi ia kurang digemari kerana
mempunyai biji-biji kecil dan warna buahnya akan memberi kesan yang lambat
hilang pada bahagian mulut. Buahnya sangat digemari oleh burung dan haiwan.
Bunga senduduk yang mekar boleh melembutkan kulit muka dengan merendam
beberapa kuntum bunga dalam dan air rendaman tersebut digunakan sebagai
pembasuh muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam, kulit muka akan
kelihatan segar dan berseri

lempoyang
Nama
Famili:

botani:

Zingiber

zerumbit.
Zingeberaceae

Pengenalan
Lempoyang merupakan tumbuhan dari keluarga zingerberaceae. Ia biasa tumbuh
liar tapi banyak juga yang ditanam di sekitar rumah dan kebun kerana khasiatnya
dalam bidang perubatan herba. Ia mempunyai bunga berbentuk kon berwarna
merah dan mampu bertahan lama.
Kegunaan
Lempoyang merupakan herba utama dan dicampur dengan daun-daun herba lain
untuk dijadikan sebagai rebusan mandian herba wanita lepas bersalin. Rebusan
daun lempoyang terbukti dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada
golongan wanita lepas bersalin. Lempoyang juga boleh membantu mengatasi
masalah kurang selera makan. Rizom muda lempoyang dimakan secara berteusan
sebagai ulam boleh digunakan untuk menambah selera makan. Rizom muda yang
dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan
rizom muda lempoyang membantu melegakan atau mengubati sakit perut.

pokok serai kayu


Nama Tempatan:

Salam

Nama Saintifik:
Nama Lain:
Famili:
Lokasi dijumpai:
Asal:

Eugenia Polyantha
samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua
(Thai),Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
myrthaceae
Tumbuhan liar

keterangan:
Pokok salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Ia boleh mencapai
ketinggian hingga 90 kaki.Namun ketinggian yang biasa dijumpai ialah 60 kaki.Ia mepunyai dahan
yang merimbun dan dan berbentuk ringkas. Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau
yang wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan bertukar menjadi coklat
apabila matang sepenuhnya.Daunnya yang kering berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit
masam. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan
daging.Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau
dipanaskan.Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah :euginol, citral, tanin , flavanoid dan
metachavicol.Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
kegunaan:
Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, ciritbirit dan darah tinggi.Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan
buahnya.Untuk diabetis melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus
bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan
pagi dan malam.Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur
dengan sedikit garam sebelum diminum.Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk
mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat
sebelum dibalut.Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk
menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Nasyid
Pages

Home

Zikir Harian Dlm Seminggu

Fadhilat Ayat Kursy

fadhilat Surah Al-Fatihah

Fadhilat Surah Al-Ikhlas

Fadhilat Surah An-Nas & Surah Al-Falaq

Pokok Herba

Khasiat Buah buahan

Jenis2 Buahan Hutan

Jenis Ubi

Kenangan masa kecik2

Followers
Blog Archive

2012 (3)

2011 (22)
o May (1)
o April (21)

Laksam Terengganu

Roti Keramat Terengganu

Qasidah Terengganu

Blueberry Cheese Kek

Cheese Kek Simple

Kerabu Jantung Pisang

Keladi masak asam rebus

Keladi masak rebus

Kuih Lompang

Kuih bronok sagu

Kerabu pucuk paku

Tumis air pucuk midin

Tumis air pucuk manis

BUBUR ASYURA TERENGGANU Bahan-bahan:1 kg beras 1 k...

Ayam Percik Terengganu

Asam Pedas Terengganu

Sata Ikan Terengganu

Nasi Impit Sambal HitamMakanan Tradisi TerengganuB...

ROJAK KATEH Bahan-bahan:Kaki lembu/kerbau air secu...

Ketupat Sotong Terengganu Bahan-bahan: 15 ekor sot...

About Me
comeylote.blogspot.com
View my complete profile
Watermark template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai