Anda di halaman 1dari 17

PENGURUSAN PRODUKSI TEATER

Ahli-ahli dalam pengurusan sebuah produksi:


1) Pengurus Produksi
1.1 Setiausaha & Pen. Setiausaha
1.2 Bendahari & Bendahari
1.3 Ahli Jawatankuasa
2) Pengarah Produksi
3) Pengurus Pentas
4) Pereka Bentuk Latar (setting)
5) Pereka Bentuk Cahaya
6) Penata Rias
7) Penata Bunyi / Muzik
8) Pereka Props
9) Pereka Bentuk Kostum / Busana
10) Pengurus Artis / Kebajikan
11) Petugas lokasi (Runner)
12) Petugas Pentas / Krew

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1) Pengurus Produksi (Production Manager)


Pengarah produksi bertanggungjawab memaparkan elemen-elemen artistik sebuah
produksi tetapi tiada produksi mampu dipersembahkan untuk penonton tanpa
komponen teknikal dan business. Oleh itu koordinasi elemen-elemen itu sangatlah
mustahak

dan

orang

yang

bertanggungjawab

sepenuhnya

untuk

mengkoordinasikannya ialah pengurus. Pengurus bertanggungjawab dalam aspekaspek business. Pengurus produksi juga bertanggungjawab untuk membuat kertas
kerja/kertas konsep persembahan untuk dimajukan sebagai proposal kepada pihakpihak tertentu yang memerlukan. Di bawah pengurus produksi ialah jawatankuasa
kerja yang terdiri dari Setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatankuasa. Antara
tugasnya ialah:
-mencari wang untuk membiayai produksi
-berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau pembiaya produksi
(client)(jika ada)
-mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu dipentaskan. (jika
ada)
-mendapatkan pengarah, pelaku, perekabentuk, petugas pentas dan lain-lain yang
berkaitan dengan produksi.
-menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan (jika perlu)
-menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi
-membuat promosi (jika perlu)

-menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi.


-membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi.

2) Pengarah Produksi
Orang yang bekerja paling rapat dengan pelaku. Pengarah membangunkan konsep
produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu pelaku mewujudkan
peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan produksi.
Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang melibatkan kerjakerja teknikal dan proses kreatif. Merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga
kerja pentas bagi melaksanakan kehendak kesenian yang menepati ilusi dan
kreativiti. Maka itu seorang pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang hendak
disempurnakan. Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh
difahami oleh semua yang terlibat dengan produksinya.
Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah
produksi seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Tugas-tugas pengarah ialah:

Skrip:
-Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan yang
ingin
disampaikan oleh penulis.
-Menentukan gaya pementasan yang hendak disampaikan
-Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu dengan syarat
mendapat persetujuan daripada penulis asal.

Konsep Persembahan:
-Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi.
-Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada semua pelaku
serta petugas-petugas lain.
-Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang diketahuinya untuk
melaksanakan realiti konsep persembahan.
-Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah persembahan.

Lakonan/Pelakuan:
-Memahami watak-watak (peranan-peranan) fizikal, psikologi, mental
-Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan.
-Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk memilih)
-Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat, pendisiplin serta penggarap
pada sebuah persembahan.
-Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di pentas.
-Menyediakan jadual latihan.

Teknikal:

-Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana), tatacahaya,


tatarias supaya sesuai dengan konsep yang dipilih.
-Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan berjumpa dan
berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi.
-Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti menyediakan
perkara tersebut.
-Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke semasa
untuk meninjau perkembangan setiap seksyen.

3) Pengurus Pentas (Stage Manager)


Pengurusan pentas bermaksud pengendalian sekumpulan tenaga kerja bagi
menjayakan sesebuah produksi. Mereka adalah saluran penghubung antara tenaga
produksi dengan pihak pentadbiran dan bertanggungjawab melaksanakan apa yang
telah dirancang supaya berjalan lancar.
Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas. Segala tugas pentas
seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan make up, keluar masuk pelaku serta
props yang digunakan pada hari pementasan adalah bawah pengawasannya.

PERLAKSANAAN
Pengurusan seni persembahan/pentas penting berdasarkan kefahaman berkenaan
dengan

pentas

dan

pentadbiran

mengikut

organisasi

yang

pementasan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu disediakan:

menganjurkan

Tenaga Kerja Pengurusan Pentas


Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga produksi seperti
penerbit, pengurus produksi, pengarah teknikal, pengurus pentas, pengurus props,
set, lampu, kostum, bunyi, muzik dan para pereka cipta.

Persediaan dan Persiapan Pengurusan Pentas


i. Menubuhkan satu pasukan tenaga kerja
ii. Merancang pementasan
iii. Persiapan pementasan

Persiapan Latihan Pementasan


i. Menentukan masa latihan
ii. Memahami Skrip
iii. Props dan peralatan
iv. Set dan kostum
v. Tempat latihan
vi. Keperluan semasa latihan
vii. Persiapan tempat latihan
viii. Mengenal pasti ruang lakon

ix. Menentukan garis panduan set

Semasa Latihan Pementasan


ii. Pengenalan ruang latihan dan tenaga produksi
iii. Tugas harian
iv. Pengendalian ruang latihan
v. Catatan latihan
vi. Jadual latihan
vii. Pembisik skrip
viii. Blocking techniques
ix. Naskah

Tugas Di Luar Ruang Latihan


I Pengurusan produksi
ii. Belanjawan produksi
iii. Mesyuarat produksi
iv. Penjadualan produksi

Ke Arah Pementasan

I Latihan langsung
ii. Senarai lengkap keperluan
iii. Pelan lantai
iv. Pemindahan lokasi
v. Pengangkutan

Mengenal Pentas
I Bekalan pentas sedia ada
ii. Alat-alat Bantu Penanda (MASKING)
iii. Peralatan asas pertukangan
iv. Kemudahan-kemudahan pentas sedia ada
v. Aspek teknikal pentas
vi. Kesihatan dan keselamatan atas pentas

Mingggu Pementasan
I Masuk ke ruang pementasan sebenar
ii. Penyesuaian dan penetapan ruang pementasan
iii. Pembinaan set / Penentuan props
iv. Pertukaran babak / Penataan cahaya/Kesan bunyi

v. Raptai kostum / Latihan teknikal


vi. Tentu ruang pembisik skrip
vii. Senarai semak
viii. Hormat tamat (Curtain Calls)
ix. Semasa persembahan

Selesai Pementasan
i. Pemulangan barang/Kebersihan pentas
ii. Penstoran barang
iii. Post mortem/Laporan

4) Pereka Bentuk Latar (Setting Designer)


Bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas atau
kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun atur set, tinggi dan
rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut pandangan pereka bentuk latar.
Bersifat latar hias yang menggambarkan tempat, masa dan status, sama ada di luar
atau di dalam dewan, set perlu disediakan sebelum pementasan bermula. Terdapat
pelbagai jenis dan rupa set bergantung pada kehendak pementasan dan citarasa
perekanya. Pereka Bentuk Latar perlu mengetahui tentang set dari peringkat ilusi
membawa ke realiti.
Keperluan keperluan tertentu di dalam hiasan latar:

-Elemen hiasan latar mestilah berfungsi dan bukan hanya menjadi tempelan
semata-mata.
-Set harus kukuh dan mudah pindah.
-Kehadirannya harus jelas dilihat supaya ilusi tidak terjejas.
-Set harus ringan, terbentuk di dalam unit-unit (adjustable).
-Hiasan yang dibentuk dapat digunakan berkali-kali.
-Tidak membahayakan pelaku dan pekerja dengan melihat pada ciri-ciri
keselamatan
yang sempurna.
Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi. Bertanggungjawab dengan
kemahuan

serta

keperluan

pengarah

produksi

dari

masa

ke

semasa.

5) Pereka Bentuk Cahaya (Lighting Designer)


Penataan cahaya pentas bermaksud bentuk-bentuk iluminasi di pentas. Pereka
bentuk cahaya memutuskan setiap ruang cahaya: warna, adunan, bilangan lampu,
intensiti dan kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya menyinari pelakon dan
jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan, digelapkan atau disuramkan.
Terang atau gelap bermaksud kesan terhadap sesuatu yang digambarkan
berdasarkan emosi atau zaman. Dalam hal ini cahaya perlu direka atau ditatakan.
Tugas ini diterajui oleh seorang pereka cahaya dan dibantu oleh satu kumpulan kerja
yang dapat mencapai maksud.
Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi dan bertanggungjawab
dengan kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari semasa ke semasa.

6) Pereka Bentuk Kostum / Busana (Costume Designer)

Reka bentuk kostum bermaksud apa-apa sahaja bentuk pakaian yang dipakai oleh
pelaku di atas pentas. Pereka bentuk kostum bertugas mencipta atau menentukan
apakah kostum dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi sesebuah produksi
dengan menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan. Pemilihan warna hendaklah
diselaraskan dengan latar/set dan pencahayaan agar tidak bercanggah dengan
kemahuan pementasan/persembahan. Pemilihan pakaian juga hendaklah memberi
keselesaan kepada para pelaku (si pemakai). Pengurusannya memerlukan
penelitian dan perapian kerana melibatkan urusan bahan seni dan kreatif. Selain itu,
pengendali terhadap mesin dan teknikal juga perlu dititikberatkan.
7) Penata Rias (Make-Up)
Menentukan apakah bentuk make-up yang sesuai dipakai oleh setiap pelaku.
Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan pencahayaan agar tidak
ditenggelami oleh latar dan cahaya lampu. Tatarias juga hendaklah bersesuaian
dengan kostum yang digunakan dan perlulah berbeza dengan setiap konsep
persembahan dan watak yang dibawa oleh pelaku dalam persembahan. Tatarias
yang tidak sesuai dari segi pencampuran warna akan mencacatkan watak dan
perwatakan sekali gus keseluruhan mood persembahan.
8) Penata Bunyi (Audio) / Muzik
Mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam
persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta
kemahuan pengarah persembahan.

9) Pereka dan Pengurusan Props


Props adalah barang atau peralatan yang dibawa/digunakan oleh pelaku. Pereka
props bertugas menyediakan props yang akan digunakan oleh setiap pelaku seperti
yang dikehendaki oleh pengarah dan watak dalam persembahan. Props hendaklah
berfungsi untuk memperkukuhkan penjelasan perwatakan. Props boleh menjadi

sesuatu yang asing jika pembuatannya adalah di luar kebiasaan. Props juga
membantu pelakon mendapatkan mood berlakon dan sekali gus memberi business
kepada aksinya.

PERLAKSANAAN
Kepentingan Pengurusan Props
Menyentuh kefahaman mengenai keperluan dan kepentingan prop.

Tenaga Kerja Pengurusan Props


Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga yang menguruskan
props seperti props master, props designer, props man, props crew dan props
supplies.

Pengurusan Props
I Menubuhkan satu pasukan tenagakerja
ii Menentukan bengkel dan kategori props
Iii Pengendalian props berdasarkan jenis seperti set props, trim props, set dressing,
hand props, personal props

Persiapan Props Untuk Pementasan


I Memahami Skrip
ii. Menentukan props mengikut skrip
iii. Merancang penggunaan props yang berkaitan
iv. Menyediakan props
v. Props, set, kostum dan pencahayaan

Semasa Latihan Pementasan


I Keperluan props percubaan
ii. Pengendalian props diruang latihan

Ke Arah Pementasan
I Latihan langsung mengendalikan props
ii. Senarai lengkap keperluan props
iii. Plan lantai
iv. Pemindahan lokasi
v. Pengangkutan props

Prop dan Pementasan


I Masuk ke ruang pementasan sebenar
ii. Penyesuaian dan penetapan ruang prop
iii. Raptai Props
iv. Latihan Teknikal
v. Senarai Semak
vi. Sessi Fotografi
vii. Malam pembukaan
viii. Semasa persembahan
ix. Sistem ganti (understudies)
x. Keselamatan props
xi. Malam akhir

Selesai Pementasan
I Malam akhir
ii. Pemulangan barang
iii. Kebersihan props

iv. Penstoran props


v. Post Mortem
vi. Laporan
10) Pengurus Artis
Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelaku serta ahli produksi yang
terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah ditetapkan. Sekiranya pelaku
tidak tepat pada masanya, pengurus artis akan bertugas untuk mendapatkan
(mencari) pelaku tersebut untuk berada di tempat yang sepatutnya. Pengurus artis
bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pengarah sama ada semua pelaku
dalam produksi sudah sampai ataupun belum di lokasi supaya dapat latihan
dimulakan. Pengurus artis WAJIB menyimpan nombor perhubungan dan data semua
ahli produksi seperti alamat (jika diperlukan).

11) Petugas Lokasi (Runner)


Bertugas untuk memastikan semua bekalan yang diperlukan berada dan ada pada masa
yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi. Sekiranya tidak, maka tugas runner
untuk

pergi

mendapatkannya.

12) Petugas Pentas / Krew


Mereka ialah petugas-petugas am yang bertugas untuk membantu dalam kerja-kerja
produksi persembahan bawah arahan pengurus pentas. Krew bertangungjawab dalam halhal kekemasan di atas pentas terutamanya dalam membantu bahagian-bahagian seperti
setting, penyediaan props, pencahayaan, tatabusana, tatarias, dan seterusnya yang
melibatkan kerja-kerja pementasan.
Produksi Teater
Dalam membuat sesuatu produksi, kerjasama semua ahli produksi merupakan
sesuatu yang sangat penting bagi menghasilkan satu pementasan yang

membuatkan penonton tehibur yang seterusnya membuatkan mereka meminati


teater. Tanpa kerjasama dari semua pihak biar dari bahagian pengurusan luar
mahupun pengurusan kreatif. Tanpa kerja sama teater itu tidak akan berjaya.
Pengarah
Dalam pengurusan produksi teater, orang yang paling penting sekali ialah
pengarah. Antara peranan pengarah ialah mengetuai dan mengendalikan
sesuatu produksi. Beliau merupakan orang penting dalam pengurusan produksi,
ini kerana perjalanan produksi adalah mengikut visi dan misinya. Antara tugas
pentingnya ialah
1. Orang yang bertanggung jawab memilih naskh yang bakal dipentaskan.
2. Mewakili penulis dalam menyampaikan isi kandungan naskha.
3. Memilih pelakon.
4. Mengarah lakon dan produksi.
5. Memastikan produksi berjalan lancar
Pengurus Pentas
Orang kedua yang sangat penting dalam pengurusan teater ialah pengurus
pentas/stage manager (sm). Pengurus pentas memainkan peranan yang sangat
penting dalam memastikan perjalan pentas berjalan dengan pentas. Dalam
menjadi seorang pengurus pentas, seseorang itu mestilah mempunyai
keupayaan yang tinggi dalam pengurusan pentas. Antara peranan pengurus
pentas ialah;
1. Memantau perjalanan proses latihan pelakon
2. Menyediakan jadual latihan
3. Menyediakan buku prompt yang mengandungi segala data berkaitan dengan
persiapan produksi
4. Memastikan setiap pelakon ada sebelum persembahan bermula
5. Memastikan semua prop harus ada sebelum persembahan
6. Menyediakan skrip teknikal
Pengurus Produksi
Manakala orang ketiga dalam pengurusan produksi ini ialah pengurus produksi.
Pengurus produksi hanya terlibat dalam bidang pengurusan luar dan tidak
terlibat dalam pengurusan kreatif. Antara tugasnya ialah;
1. Mewujudkan produksi
2. Memilih sutradara
3. Menjaga kepentingan skrip dan hak penulis
4. Menyelaraskan kewangan untuk setiap bahagian porduksi
5. Menyediakan surat
6. Memantau pengendalian promosi, publisiti dan penjualan tiket
Pereka Set
Pereka set juga merupakan orang yang penting dalam menjayakan sesuatu
produksi. Set yang bagus akan menjadikan persembahan itu menarik dan juga
membantu pelakon dalam menghidupkan watak. Antara tugasnya ialah;
1. Memindahkan lakaran perspektif kepada lukisan mekanikal untuk

menerangkan idea set


2. Menyediakan lakaran ground plan
3. Menghasilkan model set dan pentas
4. Memantau kerja petugas teknikal

Penata Cahaya
Orang yang mengendalikan bahagian pencahayaan juga merupakan orang yang
sangat penting dalam menjayakan teater. Pencahayaan membantu dalam
mewujudkan suasana dan juga menghidupkan emosi pelakon. Antara tugas
penata cahaya ialah;
1. Mengenal pasti dan memahami terlebih dahulu jenis pentas yang akan diberi
pencahayaan
2. Menyediakan pencahayaan mengikut idea dan pemikiran pengarah
3. Memastikan semua lampu berfungsi
4. Menyediakan gel lampu yang sesuai dengan mod pelakon
Penata bunyi
Penata bunyi berfungsi sebagai;
1. Menyediakan bunyi yang sesuai bagi menghidupkan emosi pelakon
2. Memastikan semua bentuk bunyi ada biar rakaman mahupun yang secara life
Tatarias
1. Melakar idea-idea rias bagi sebuah persembahan
2. Mencipta perwatakan, menghasilkan ekspersi pada wajah, warna dan bentuk
serta stailisi dalam persembahan
Pereka kostum
1. Mereka, menyiapkan dan menyediakan kostum pelakon
2. Memastikan kostum bersesuaian dengan persembahan
Prop
1. Menyediakan prop kepada pelakon
2. Memastikan semua prop mesti ada semasa sebelum persembahan
3. Menyediakan jadual penggunaan prop.
Semua bahagian ini memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan persembahan berjalan dengan lancar dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai