Anda di halaman 1dari 2

Mohd Helmi Husni Bin Safari

No.34, Keda Bukit Kura,


06300 Kuala Nerang,
Kedah.

Ketua Sektor,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,
62604 Putrajaya.

19 April 2015

Tuan,
KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan
pertukaran sekolah isteri saya melalui laman web eg-Tukar adalah berkaitan. Saya
Mohd Helmi Husni Bin Safari sebagai suami kepada pemohon.
2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan
kepada isteri saya, Farihan Bt Adenan no.kp 880306-14-5148 yang kini bertugas di
Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru untuk berpindah ke mana-mana sekolah
di dalam daerah Pendang atau mana-mana daerah yang diarahkan di negeri Kedah.
3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat
meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :
i) Mempunyai anak pramatang yang mana beliau memerlukan penjagaan yang
sangat rapi berbanding bayi normal. Seringkali anak saya dilanda masalah kesihatan
mungkin kerana tidak ada pengalaman dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan
tekanan emosi memandangkan ibu bapa saya jauh di kampong di Kedah. Mereka
pula terpaksa berulang alik untuk menziarahi kami di sini.
ii) .Seringkali juga kami mengalami ancaman keselamatan kerana rumah yang
didiami oleh kami pernah dipecah masuk. Memandangkan kami selalu
meninggalkan rumah di musim cuti sekolah dalam tempoh yang agak lama untuk
pulang ke kampung, individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab
mengambil kesempatan. Kami sudah beberaoa kali berpindah rumah sebelum ini.
Motosikal saya juga pernah dicuri ketika saya menumpang di rumah ibu saudara di
sini. Selain itu, saya khuatir perkara yang sama akan berulang kerana kawasan
tersebut memang sering menjadi sasaran pencuri seperti yang dikata oleh pihak
polis dan sehingga kini kes tersebut masih dalam siastan.
iii) Saya dan isteri mempunyai rumah sendiri yang terletak di daerah Pendang
seperti yang dipohon dalam aplikasi eg-Tukar

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri


saya berhampiran dengan rumah kediaman kami mendapat pertimbangan
sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Saya juga berharap pihak
tuan meluluskan permohonan isteri saya kerana kehidupan kami sekeluarga sejak
kebelakngan ini sering dirundung masalah terutamanya masalah kewangan,
ancaman keselamatan dan masalah kesihatan anak-anak
5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh
menghubungi kami di talian 013-3020611 (Mohd Helmi Husni Bin Safari) atau 0194561215 (Farihan Bt Adenan). Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
----------------------------------------(Mohd Helmi Husni Bin Safari)

Anda mungkin juga menyukai