Anda di halaman 1dari 1

Contoh Karangan Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di
Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling
Jaya,Selangor.
Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu dikenali sebagai JIMMY
SHOP SDN. BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan
kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal,
iaitu RM300.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar
duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya
itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang
berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat
bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku
dibersihkannya setelah digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada.
Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku
menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.