Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Dewasa ini integriti guru sering diperkatakan. Perkataan integriti menjadi salah satu
istilah yang paling kerap digunakan sebaik sahaja pengumuman oleh kerajaan bahawa
beberapa kertas soalan UPSR 2014 didapati telah bocor dan calon-calon diarahkan mengambil
semula kertas-kertas tersebut. Peristiwa yang amat mendukacitakan dan memalukan ini
memberi impak yang amat berbeza kepada anak-anak kita yang masih di sekolah rendah
ini.Pada tahap umur ini, mereka seharusnya belajar tentang usaha dan kesungguhan akan
membuahkan hasil yang membanggakan, namun kini mereka awal-awal lagi dikejutkan dengan
realiti sebenar dunia yang penuh dengan tipu-helah dan penipuan. Ini secara tidak langsung
mendedahkan mereka kepada maksud integriti dan para pendidik kini harus berusaha
mengembalikan keyakinan anak-anak ini bahawa integriti wujud dalam masyarakat dan setiap
kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga.
Sebelum berbincang lanjut tentang integiriti, definisinya harus difahami terlebih dahulu.
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), integriti diberi maksud:
(intgriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh,
keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~
pasti

akan

mempertahankan

nama

baik

mereka

drpd

sebarang

bentuk

penyelewengan. Wikipedia pula menyatakan bahawa perkataan ini berasal dari istilah
bahasa Inggeris yang membawa maksud:keutuhan dari semua segi yang baik.
Nillsen, ( 2004 ) dalam Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru , Noriati
Abdul Rashid mendefinisikan integriti sebagai

kesempurnaan manakala ada pula yang

menganggapvintegiri sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keihlasan dan
kejujuran.

Sementara itu, dalam Pelan Integirit i Nasional , integriti secara umumnya ialah

kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti
berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam
tindakannya .

2.0 ANALISIS BUKU JEJAK GURU BERINTEGRITI


Jejak Guru Berintegriti menghimpunkan koleksi pengalaman beberapa orang tokoh
pendidik yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang perkhidmatan sebagai warga
pendidik. Di dalam buku setebal 105 muka surat itu dicatatkan waja diri citra seorang guru
yang mempunyai integriti yang tinggi. Berdasarkan buku tersebut , rajah 1 berikut adalah
nilai integrity yang diamalkan oleh tokoh-tokoh tersebut .

Ada hubungan
baik dengan
pelajar yang
berteras
keikhlasan serta
sifat penyayang
Mampu menangani
isu sosial dan
disiplin murid

Menyediakan suasana
PnP yang selesa dan
seronok

Amanah dan jujur. Tidak


menyalahgunakan
kuasa untuk
kepentingan ;
Diri

INTEGRITI YANG
DIAMALKAN OLEH TOKOHTOKOH DALAM JEJAK

GURU BERINTEGRITI

Keluarga
Sentiasa berfikir
untuk
Saudara-mara
membentuk
Kaum
modalkerabat
insan dan
pelajar yang
terbaik

Jadi contoh dan


suri teladan
yang baik

Mengelakkan diri daripada


dipengaruhi hawa nafsu
marah dan sebagainya.

Menghayati dan
mengamalkan Kod
Etika Profesion
Keguruan dan Piagam
Pelanggan

Rajah 1 :- Ciri Integriti Keguruan Yang Diamalkan Tokoh-Tokoh dalam Jejak Guru Berintegriti
2.1 ANALIIS NILAI INTEGRITI TOKOH

3.0 BAGAIMANA MENGAMALKAN INTEGRITI DI SEKOLAH


Sebagai seorang guru, saya mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada
perlu menyampaikan pelajaran dengan berkesan saya perlu menjadi contoh kepada murismurid sayaTugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di
kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan
suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah
tujuan suci itu adalah saya selaku guru dan pendidik. Justeru ,amalan integriti dapat saya
tampilkan dengan menjadikan diri saya 6M Mudarris,

Murabbi, Mualim, Muaddib, dan

Mursyid. Ciri-ciri unggul pada 6M ini secara tidak langsung memperteguh integriti saya sebagai
guru di sekolah.
3.1 Mudarris

Mudaris berasal dari perkataan Arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran.
Sebagai pendidik, saya perlu menjalankan tanggungjawab mengajar dan menyampaikan
ilmu dengan sebaik-baiknya kepada pelajar saya. Di dalam bilik darjah, hanya saya dan
murid yang tahu apa yang berlaku. Di situlah ruang yang perlu dititikberatkan tentang integriti .
Saya perlu amanah dan jujur dalam tugasan saya. Menjadi guru di sebuah sekolah kecil di
pedalaman tidak menjanjikan saya untuk hidup kaya raya kerana kelas tambahan di sini
memang tidak berbayar. Saya melakukannya secara sukarela tanpa bayaran. Di situlah,
kejujuran

dan keikhlasan

saya

dituntut.

Sebagai

penyampai

ilmu,

tanggungjawab

menyampaikan ilmu itu perlu saya lakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak bersifat
melepaskan batuk di tangga. Saya perlu berfungsi sebagai Change Master Leader yang
menurut

Rosabeth

Moss

Kanter,aspek

tersebut

dapat

menggenggam

masa

depan.

Justeru,saya perlu berfikiran jauh dan positif, kreatif dan inovatif dalam proses penyampaian
ilmu. Saya harus mempelbagaikan dan memperkemas strategi, teknik dan keadah pengajaran
saya agar bersesuaian dengan tuntutan semasa malah sentiasa terbuka pula kepada ilmu-ilmu
baharu , menjunjung aspirasi pendidikan dan paling penting, saya tidak harus memperlekeh
aspirasi pendidikan yang saya dukungi itu.

3.2 Mualim

Pendidik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan


limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha
menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan
menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah Subhanahuwataala
dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar. Dalam
konteks ini, saya perlu bertindak bukan sekadar sebagai penyampai ilmu malah sentiasa perlu
menambah dan menimba ilmu baharu. Saya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam
dalam bidang saya. Saya percaya bahawa murid saya akan lebih yakin dan mudah menerima
ilmu yang disampaikan sekiranya saya benar-benar menguasai ilmu tersebut.Di samping itu,
sudah menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang pendidik adalah
seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh itu, sudah
semestinya saya harus beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang saya miliki. Setiap
amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya menjadikan diri untuk lebih
bertakwa kepada Allah Subhanahuwataala. Tidak sepatutnya saya melakukan perkara yang
berlawanan dengan ilmu yang saya miliki kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri
dan mengurangkan rasa hormat pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah
Subhahanahu Wataala di dalam surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:- Adakah patut
kamu menyuruh manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan
kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal. Ini amatlah sejajar dengan Teori Bandura
yang menekankan aspek peniruan sebagai proses belajar.

3.3 Murabbi

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Sebagai pendidik,saya


perlulah bersikap ikhlas,empati dan penyayang. Saya perlu sentiasa menyayangi , menasihati
dan membimbing murid saya dalam pembentukan sahsiah mereka. Saya juga perlu bertindak
sebagai kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada
pelajar. Tanggungjawab mernbentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang
perIu dilaksanakan oleh para pendidik dan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang berat untuk
dipikul. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memimpin murid saya menjadi insan yang
harmonis dan seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
amat selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru yang menyatakan

Guru yang berpekerti

mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

3.4 Muaddib

Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Saya perlu
menjadi guru

yang muaddib yang

merupakan individu yang bertanggungjawab dan

melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam


terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik
mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Saya

juga harus mendidik pelajar agar tidak

merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Saya harus mendidik pelajar
melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja . Ini kerana sebagai
guru di sekolah rendah, saya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak
dan adab murid saya. Abdul Raop Dalip dalam kajian yang dilakukan oleh Zaharah Hussin
menyatakan bahawa pengaruh guru terhadap murid sama besar dengan pengaruh ibu
bapa terhadap anak-anaknya. Justeru

dengan adanya guru yang ikhlas, akan dapat

memperbaik alam pembelajaran murid-murid. Di sinilah, saya harus sentiasa mengamalkan


sikap ikhlas mendidik anak murid saya seumpama mendidik anak saya sendiri. Murid saya
merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian.

Oleh itu, saya mesti


5

mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Dengan
sifat ini, pelajar akan lebih mudah mendekati saya dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat
ini juga akan dapat menerbitkan suasana mesra antara kami

dan seterusnya akan

memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan pembentukan peribadi mulia .

3.5 Mursyid

Saya juga perlu menjadi pendidik yang mursyid. Mursyid bermaksud menjadi penuntun
jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai
hamba Allah Subhanahuwataala dan khalifahNya di muka bumi. Di sinilah saya harus menjadi
suri teladan atau role-model kepada pelajar saya. Saya harus bertingkah laku baik dan terpuji,
bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan
mempunyai tokoh kepimpinan. Saya perlu melepasi syarat untuk menjadi pendidik yang
mursyid iaitu alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban
pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar. Saya harus boleh bukan
sahaja menjadi role model atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat spiritual seperti
ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menampilkan contoh sifat-sifat
fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan
lain-lain. Justeru , bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta
pembentukan peribadi mulia, saya harus kembali kepada tarbiah Islam yang mengutamakan
tutur kata, tingkah laku yang baik dan nasihat berguna serta menarik. Hal ini dapat dilihat jika
kita merujuk dakwah yang dijalankan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika mereka
menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang amat zalim seperti yang difirmankan oleh
Allah Subhanahuwataala dalam al-Quran surah thaha ayat 43 yang bermaksud:- Pergilah
engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia derhaka. Katakanlah kepadanya perkataan
yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat pengajaran atau takut kepada tuhan.

RUMUSAN

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika
selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat
dengan integriti.
Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan
membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas
kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh
ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan.
Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak
mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini
lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah
perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan
pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah
anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam
peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang
sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan.
Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak
memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak
bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran
apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.
Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang timbul
seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah
dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan
guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan
ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka.
Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping tugasan
mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak dapat
ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab

tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut
masa dan tempat pelajar tersebut berada.
Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan mereka
yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik sahsiah anak-anak
tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih
untuk membentuk sahsiah pelajar.
Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi kesan yang
ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah
perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah
keadaannya.
Pepatah Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari perlulah difahami maksudnya dan
dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai seorang
guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada
dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka.
Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika sebelum
ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan
dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita
yang konsisten di mana-mana sahaja.