Anda di halaman 1dari 1

Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK)

Bermasalah Pembelajaran
SK Tabuan Ulu

Refleksi Mingguan
Catatan Minggu Ke : 01
Tarikh : 04 hingga 08 Januari 2010

Minggu ini merupakan minggu pertama saya bertugas di kelas Pendidikan


Khas SK Tabuan Ulu. Terdapat berberapa perkara yang perlu diselesaikan
termasuk Jadual Waktu 2010 dan juga pengurusan kelas. Proses P&P masih
dalam keadaan yang belum teratur memandangkan jadual waktu terpaksa
dirombak kerana kedatangan seorang Ustazah ke kelas pendidikan khas.
Murid-murid juga masih kelihatan dalam mood cuti. Minggu ini juga lebih
kepada sesi suaikenal saya dengan guru-guru dan juga murid-murid khas.
Saya juga mendapati berberapa orang murid khas yang begitu pasif dan
tidak dapat berkomunikasi secara lisan. Contohnya dari kelas 1 hingga kelas
6 masing-masing terdapat murid yang tidak dapat bercakap dengan baik.
Terdapat juga seorang murid dari kelas 3 yang sering bertindak agresif iaitu
Zul. Zul sering bertindak menghantuk kepalanya ke meja dan kepala murid-
murid lain. Di samping itu Zul juga kadangkala bertindak menggigit sesiapa
sahaja jika rasa terancam. Keadaan ini membimbangkan saya kerana
melibatkan faktor keselamatan murid-murid lain. Apa yang saya dapat
perhatikan Zul lebih fokus kepada bekalan yang dibawanya dan menjadi
agresif jika dihalang untuk makan sebelum waktu rehat. Antara tindakan
yang boleh dilakukan ialah menyembunyikan bekalan makanannya
sehingga waktu rehat. Terdapat juga murid yang agak aktif seperti Mecdion,
Lee Jong Shin, Vincent, Jack dan juga Frankie. Mereka ini memerlukan
kawalan yang rapi agar tidak mempengaruhi murid-murid lain.