Anda di halaman 1dari 2

Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK)

Bermasalah Pembelajaran
SK Tabuan Ulu

Refleksi Mingguan
Catatan Minggu Ke : 02
Tarikh : 11 hingga 15 Januari 2010

Minggu kedua saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan


karenah murid-murid dan mengingati nama mereka. Saya mendapati
proses ini berlaku dengan baik dan sebahagian besar murid saya
sudah kenali nama dan perwatakan mereka. Terdapat juga sedikit
perubahan pada jadual waktu tetapi dapat diselesaikan kerana
berlaku pertindihan. Saya mengajar berberapa matapelajaran
baru seperti Kemahiran Manipulatif dan juga Pendidikan
Jasmani. Gabungan kelas 3 dan kelas 4 Pendidikan Jasmani
memerlukan saya membuat kawalan kelas yang ketat. Ini
disebabkan aktiviti fizikal turut dilibatkan. Pada masa ini
saya sangat memerlukan bantuan PPM untuk mengawal kelas. PJ
merupakan waktu kegemaran bagi segelintir murid kelas 3 dan
kelas 4. Namun begitu pergerakan Bryan agak terbatas kerana
dia tidak dapat berjalan atau berdiri seperti murid lain. Saya
memerlukan alternatif lain untuk Bryan seperti melambung bola
dan pergerakan yang melibatkan tangan sahaja. Zul juga
bertindak agresif pada minggu ini dan saya tidak tahu apakah
punca sebenarnya. Dia secara tiba-tiba menghantukkan kepalanya
kepada berberapa orang murid lain. Apa yang dapat saya fahami
murid-murid lain juga tidak suka akan perbuatannya itu. Jack
Ng’ yang duduk berhampiran juga sering berwaspada dengan
tindakannya. Setakat minggu ini perkara tersebut yang menjadi
fokus kerana saya risau perbuatan itu mencederakan dirinya dan
murid-murid lain. Saya berharap dapat mengetahui punca sebenar
tingkah laku tersebut dan mencari jalan untuk
menyelesaikannya.