Anda di halaman 1dari 1

Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK)

Bermasalah Pembelajaran
SK Tabuan Ulu

Refleksi Mingguan
Catatan Minggu Ke : 03
Tarikh : 18 hingga 22 Januari 2010

Saya lebih mengenali pelajar setelah 3 minggu berada di PIPK. Terdapat


berberapa orang murid yang sering bertindak aktif seperti Zul, Mecdion, Jack
dan Lee Jong Shin. Keadaan ini berlaku antara 9.30 pagi ke 10.00 pagi.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan murid-murid teringat waktu rehat
iaitu masa untuk makan. Kebiasaannya P&P akan sedikit terganggu jika
murid-murid ini bertindak aktif secara tiba-tiba. Saya juga mendapati
terdapat segolongan murid yang boleh mengikuti P&P dengan baik seperti
Bryan, Selina dan Jeremy di dari kelas 4. Sementara itu Anatasia, Cnythia,
Chong Kim Guan dan Nilkin dari kelas 1 dan 2 juga boleh memahami arahan
yang diberikan. Perkara lain yang dapat saya lihat sepanjang 3 minggu ini
ialah pelajar sering dijemput oleh ibu bapa sekitar 11.00 hingga 11.45 pagi.
Keadaan ini menyebabkan rancangan pengajaran pada waktu akhir sukar
dilaksanakan dengan sempurna.