Anda di halaman 1dari 1

Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK)

Bermasalah Pembelajaran
SK Tabuan Ulu

Refleksi Mingguan
Catatan Minggu Ke : 04
Tarikh : 25 hingga 29 Januari 2010

MP Kelas Catatan
KH 2 Cnythia, Chong Kim Guan dan Nilkin menunjukkan
perkembangan yang baik tetapi masih memerlukan dorongan
untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Vincent dan Jason
juga memerlukan bimbingan yang rapi. Siti dan Evelyn masih
tidak dapat memberi tumpuan terhadap P&P.
KM 3 Saya mendapati Mecdion dan Lee Jong Shin sering
menimbulkan gangguan jika bersama. Zul sukar mengikuti P&P
dan sering berkelakuan seperti menggigit dan menghantukkan
kepalanya ke arah meja atau murid lain.
KM 4 Semua murid dapat memberikan tumpuan kecuali Jack Ng.
Jack tidak dapat fokus kerana terganggu dengan Zul (kelas 3)
yang sering bertindak ikut mood. Kelas 3 dan 4 yang bercantum
juga mengganggu fokus pelajar.
MZ 6 Rafferty memberikan tumpuan yang amat singkat terhadap
P&P. Joseph mempunyai masalah pendengaran dan
berkomunikasi dengan bantuan isyarat tangan.
PJ 3 Aktiviti PJ digabungkan antara kelas 3 dan kelas 4. Memerlukan
PJ 4 kawalan yang rapi kerana pelajar seperti Zul, Mecdion dan L.J
Shin sering berkelakuan aktif.
UD 1 Sukar dilakukan kerana murid telah balik lebih awal daripada
jadual. Frankie lebih fokus kepada bekalan makanan yang
dibawanya. Bernad juga masih membawa bantal busuk ke
sekolah dan tiada fokus.
TL 4 Murid-murid mengenal persekitaran kelas dan kawan-kawan di
kelas yang sama.

Kebanyakan murid memerlukan aktiviti di peringkat yang paling asas.


Contohnya kelas 1 dan 2 memerlukan pelajar untuk memegang pensel
dengan betul atau memegang peralatan yang diberikan dengan baik. RPH
juga perlu saya selaraskan dengan kebolehan setiap murid. Oleh itu saya
sering menyediakan lembaran kerja yang berbeza antara murid yang lebih
mahir dan kurang mahir.