Anda di halaman 1dari 7

Al Maa'uun 4 Maka kecelakaanlah bagi orangorang yang shalat,

Al Maa'uun 5 (yaitu) orang-orang yang lalai dari


shalatnya,
Ketika

ditanya

tentang

perkara

yang

lebih

banyak

memasukkan orang ke dalam neraka RasulullahShallallahu


Alaihi wa Sallam bersabda, Mulut dan kemaluan.


:
:
Ditanya Rasulullah s.a.w berkenaan perkara yang
menyebabkan ramai orang boleh masuk syurga. Sabda
baginda, Taqwa kepada Allah dan berakhlak baik. Dan
ditanya tentang perkara yang menyebabkan ramai orang
masuk neraka. Sabda baginda, mulut dan kemaluan. (HR. AtTirmidzi dan Ibnu Majah)

TAZKIRAH: BEBERAPA HADIS BUAT WANITA

" "

"

Dunia adalah perhiasan,


dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah
Pengenalan:
Beberapa hadis berikut bukanlah pilihan yang telah dilakukan
dengan teliti dan baik kerana keterbatasan-keterbatasan yang
tertentu. Namun, (hadis) sebagai rujukan kedua dalam hiraki
ilmu wahyu, semoga ianya mempunyai barakah dan
mempimpin kita semua menjadi manusia yang mendapat
keredhaan ilahi.
Hadis pemula dalam nota ini menggambarkan terdapat begitu
banyak perhiasan dan keindahan dalam dunia hari ini, dan
yang terbaik daripadanya adalah wanita yang solehah.
Kebaikan terletak dalam hati dan pada niatnya:




"

Dan sesungguhnya dalam satu jasad (badan) terdapat seketul
daging. Jika baik daging tersebut, maka baiklah keseluruhan
jasad tersebut. Dan jika rosak (jahat/busuk) daging tersebut,
maka rosaklah keseluruhan jasad. Ketahuilah! Ianya adalah
HATI.

" -

-


" .
Sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada
niatnya. Dan sesungguhnya pada setiap (balasan) perbuatan
itu bergantung kepada apa yang diniatkan. Maka barangsiapa

berhijrah kerana (kepentingan) dunia, ia akan mendapatnya


(hanya pada keduniaanya), atau (niatnya) kerana perempuan
yang ingin dinikahi, maka hijrahnya itu bergantung kepada apa
sebab hijrah tersebut.
Malangnya, ramai wanita di neraka antara penyebabnya
adalah kerana kurang bersyukur:




-
Dan aku lihat (dalam neraka tersebut) kebanyakan ahlinya
adalah wanita. Sahabat-sahabat bertanya, kerana apa wahai
Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda, kerana mereka kufur.
Sahabat bertanya, adakah mereka kufur kepada Allah?
Baginda bersabda, mereka kufur kepada suaminya dan kufur
kepada kebaikan-kebaikan. Kiranya kamu selalu berbuat baik
kepadanya, kemudian terlihat olehnya satu
kelemahan/keburukan, maka mereka akan berkata, tidak aku
lihat daripada kamu sesuatu kebaikan pun.
Justeru, jagalah hati, mulut (lidah) dan kemaluan:

: "
:

Ditanya Rasulullah s.a.w berkenaan perkara yang


menyebabkan ramai orang boleh masuk syurga. Sabda
baginda, Taqwa kepada Allah dan berakhlak baik. Dan
ditanya tentang perkara yang menyebabkan ramai orang
masuk neraka. Sabda baginda, mulut dan kemaluan.

Orang Islam (yang sebenar) adalah apabila orang Islam lain


merasa aman daripada lidah dan tangannya. Orang yang
berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang Allah
tegahkan kepadanya. Al-Hadis: Bukhari.

Justeru, jadilah wanita beriman - mendapat keredhaan Allah


s.w.t. dan jangan mudah menyangka bahawa kita sudah boleh
masuk syurga:
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman,
(janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum
lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: `
kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah
RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan
sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan
RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan
jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang
benar (pengakuan imannya). (Al-Hujuraat: 14-15).

"



"

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana
sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah
dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya

mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan


kemiskinan (dari segala jurusan). ALI-IMRAN: 112
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan
cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada
bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan
kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). ALBAQARAH: 214



:
:
.

Berkata Ammar: Tiga perkara bila sesiapa mengumpulkannya,


maka dia telah mengumpul keseluruhan Iman: Menginsafi
(introspeksi) dirinya sendiri, (kedua) menyebarkan salam ke
serata alam, dan (ketiga) mengeluarkan infak dalam kesulitan.

Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah


dia di kalangan mereka.

Takutlah azab pedih api neraka nescaya kita akan selamat:

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari


kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang
kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka

menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka


tetap menderita bakaran neraka yang amat panas
(membakar), - Mereka diberi minum dari matair yang
menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka (di situ)
selain dari pokok-pokok yang berduri, Yang tidak
menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit
kelaparan pun. (Sebaliknya) muka (orang-orang yang
beriman) pada hari itu berseri-seri, Berpuas hati dengan
balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di
dunia), - (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi
(tempat kedudukannya darjatnya), Mereka tidak mendengar di
situ sebarang perkataan yang sia-sia, Di dalam Syurga itu ada
matair yang mengalir, Di situ juga ada pelamin-pelamin
(berhias) yang tinggi (tempatnya), Dan piala-piala minuman
yang disediakan (untuk mereka), Dan bantal-bantal yang
teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar), Serta
hamparan-hamparan yang terbentang. Surah Al-Ghasiyyah

Hadis Doa Nabi Daud


(elok sangat untuk dijadikan amalan mempertingkatkan
kecintaan dari hati terhadapNya)

" :
:
: "
.
Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah aku mencintaiMu, jadikanlah
aku mencintai orang yang mencintaiMu, jadikanlah aku
mencintai amalan-amalan yang menyampaikan kepada
kecintaan padaMu, Ya Allah jadikan cintaku padaMu melebihi

cinta pada diriku sendiri, ahli keluargaku dan daripada air yang
sejuk.

Anda mungkin juga menyukai