Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata refleksi tugasan


Kerja Kursus Pendek (Tugasan Projek) PSV 3101 : Pandangan dan
Sumbangan Tokoh-tokoh Seni. Tugasan ini adalah untuk menghurai dan
membuat ulasan tentang pandangan dan sumbangan yang dikemukakan
oleh tokoh-tokoh seni. Tugasan ini memerlukan kefahaman dan kajian yang
mendalam.

Saya, Norizan bt Abdul Rahman, merasa amat bersyukur

kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan ini pada masa yang


ditetapkan. Alhamdulillahm, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,
serta sokongan padu daripada suami, anak-anak dan rakan-rakan di
sekolah, telah banyak memberi pertolongan kepada saya.

Saya begitu

bangga dengan hasil kerja saya ini kerana saya telah berusaha dengan
bertungkus lumus untuk mencari bahan-bahan. Terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, Pn Norasyikin bt Abd Jalal kerana bagi saya
beliau sangat banyak membantu terutama dari segi nota-nota dalam modul
yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini memudahkan saya
untuk memahami modul tersebut.

Sesungguhnya, saya begitu terharu

kerana sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini, melihat suami dan
anak-anak yang kurang mendapat perhatian daripada saya. Pun begitu,
segala-segalanya dapat diselesaikan dan saya berpuas hati. Saya berharap
kerja kursus ini sudah menepati apa yang dikehendaki oleh soalan. Sekian
terima kasih. Harap maklum

Anda mungkin juga menyukai