Anda di halaman 1dari 2

Kisah lelaki hebat Salahuddin Al-Ayubi adalah salah satu contoh kehebatan pahlawan Islam

dalam menpertahankan agama tercinta.


Mereka sanggup ke medan perang untuk gugur syahid. Dengan niat untuk melihat Islam terus
berkembang dan tidak ditindas oleh agama lain.
Perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu perlu dijadikan iktibar buat kita hari ini dalam apa
juga urusan, lebih-lebih lagi dalam urusan berkaitan agama Islam.
Pejuang Islam sejati, pahlawan gagah yang sungguh berani di medan perang. Aku pernah
bercerita dalam artikel aku yang mengisahkan Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum
Tawan Baitul Maqdis. Tapi kali ini aku mahu ceritakan lagi tentang kehebatan beliau.
Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?Salahuddin Al-Ayubi
1. Salahuddin berasal dari keturunan Kurdis, beliau bukan berbangsa Arab, juga bukan
berbangsa Palestin, tetapi beliau mengabiskan umur berjuang untuk merebut kembali
Palestine dan Al-Aqsa dari pada cengkaman musuh Islam.
2. Sungguh hebat lelaki ini, Salahuddin telah berjaya menyatukan umat Islam yang pada
masa itu telah berpecah belah, dengan bermacam-macam fahaman, mazhab, bangsa dan
keturunan.
Kejayaan besar Salahuddin juga adalah berjaya menyatukan 2 fahaman yang selalu berbalah,
iaitu Sunni dan Syiah. Mereka telah lupakan semua perbezaan dan bersatu dibawah panji
Islam, diketuai oleh Salahuddin.
3. Salahuddin juga seorang lelaki yang sangat penyabar. Ada suatu ketika beliau pernah
meminta air untuk diminum, tetapi tidak tahu mengapa air itu tidak diberikan juga kepada
beliau.
Beliau terpaksa meminta sehingga 5 kali dengan berkata " Aku hampir mati kehausan".
Selepas itu barulah air diberikan kepadanya, tetapi Salahuddin lalu meminum air itu tanpa
menunjukkan kemarahan.
4. Salahuddin juga seorang panglima perang yang hebat, kadangkala beliau sendiri akan pergi
ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama askar perisiknya.
Ketika berperang, Salahuddin akan berada didepan dan akan pergi merempuh di celah-celah
musuh yang sedang mara.
5. Salahuddin pernah diceritakan pergi merawat Richard the Lion, Raja England yang sedang
sakit di perkhemahan tentera Kristian. Beliau sanggup menyamar, menyusup masuk ke
kawasan musuh untuk merawat musuhnya sendiri.

6. Ada cerita lagi pasal. Salahuddin dan Richard the Lion. Pernah suatu ketika Salahuddin AlAyubi beradu kehebatan dengan Richard the lion.
Al-kisahnya, Richard the lion dengan badan sasanya penuh tenaga menghunus pedang kearah
sebiji batu besar, lalu batu itu terbelah.
Apabila tiba giliran Salahuddin, beliau hanya mencampakkan sehelai kain sutera ke udara
serta menhulurkan pedangnya. Lalu kain sutera itu jatuh dan hinggap diatas mata pedangnya,
lalu terpotong dua kain itu dek kerana tajamnya mata pedang beliau.
7. Salahuddin Al-Ayubi dimedan perang cukup hebat, beliau sendiri akan bergerak dari satu
hujung medan perang ke hujung yang lain hanya untuk mengingatkan para tenteranya agar
benar-benar berniat berjihad dijalan ALLAH S.W.T.
8. Ketika kepungan ke atas Acre, Salahuddin hanya minum dan tidak makan setelah dipaksa
oleh doktor peribadinya. Beliau hanya makan beberapa suap sahaja dari hari jumaat hingga
isnin kerana tidak mahu fokusnya terhadap perang terganggu.
9. Ketika berjaya menawan Baitul Maqdis pada hari jumaat 27 Rajab 583H, dengan asakan
yang hebat daripada tentera Islam akhirnya tentera Kristian mengalah. Pada mulanya tentera
Kristian bimbang tentera islam akan menyiksa dan membunuh mereka.
Kerana semasa tentera Kristian menawan Baitul Maqdis dulu ramai orang Islam dibunuh.
Namum Salahuddin memberi jaminan tiada orang yang AKN dibunuh. Lalu membuatkan
ramai orang Kristian memeluk Islam.
Biodata
Nama : Salahuddin Al-Ayubi
Lahir Pada : 532 Hijrah (1138 masihi)
Tempat lahir : Kota Tarkit ( bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan
Baghdad.)
Meninggal Dunia : 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi)

Anda mungkin juga menyukai