Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN

§
0
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

P
erkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang
dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (Unit Pendidikan
Khas) telah berlansung selama 5 hari bermula dari 15 hingga 19
November 2009. Antara program-program yang telah berlansung
sepanjang perkhemahan adalah seperti berikut :

1. 15 NOVEMBER 2009 : PENDAFTARAN/ MENAIKKAN BENDERA/


MENDIRIKAN KHEMAH

Pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 12.00 tengah hari


pada 15 November 2009. Sebanyak 10 kontinjen negeri telah
mendaftar iaitu Selangor, Sabah, Negeri Sembilan,W.P. Putrajaya,
Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kedah, Perlis dan Kelantan. Seramai 53
orang guru 160 orang pelajar dengan jumlah kesemuanya 213
peserta telah mendaftar. Sejurus mendaftar kontinjen menaikkan
bendera negeri seterusnya mendiirikan khemah masing-masing.

LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

§
0
2. 15 NOVEMBER 2009 : PECAH BENDUNGAN

Aktiviti pecah bendungan adalah merupakan program pertama yang


dijalankan untuk peserta sesudah pendaftaran. Terdapat pelbagai
aktiviti yang dijalankan seperti tarian chicken dance, tepuk
semangat, permainan belalang belatuk dan sebaginya.

3. 16 HINGGA 19 NOVEMBER 2009 : PERHIMPUNAN PAGI/


MALAYSIA CERGAS

Sepanjang perkhemahan aktiviti pagi dimulakan dengan


perhimpunan pagi iaitu aktiviti yang merangkumi nyanyian lagu
Negaraku, menaikkan bendera, bacaan ikrar, dan doa yang dipimpin
oleh peserta program sendiri. Seterusnya aktiviti di teruskan dengan
senamrobik Malaysia Cergas.

LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

4. 16 DAN 17 NOVEMBER 2009 : KEYAKINAN DI AIR / KAYAK

§
0
Aktiviti keyakinan di air yang dijalankan kepada peserta adalah
bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada peserta sebelum
menjalankan aktiviti kayak. Peserta adalah dilatih untuk
mengendalikan kayak secara berpasangan dan individu.

5. 16 DAN 17 NOVEMBER 2009: KEMBARA JERAM TENGKEK

Kembara ke Jeram Tengkek adalah melibatkan perjalanan sejauh 8.5


KM. Sepanjang perjalanan peserta adalah ditugaskan melakukan
beberapa tugasan.

LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


§
0
6. 16 DAN 17 NOVEMBER 2009 : IKHTIAR HIDUP

Aktiviti ikhtiar hidup ini dijalankan selepas peserta sampai ke Jeram


Tengkek. Para peserta adalah ditugaskan untuk memasak menu
rimba. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan
pengalaman kepada para peserta ketika berada di rimba.

7. 16 DAN 17 NOVEMBER 2009 : PANDU ARAH

Melalui aktiviti pandu arah ini para peserta diajar cara membaca
kompas, menganggarkan jarak dan bergerak melalui bacaan kompas
masing-masing. Semasa aktiviti ini, para pelajar telah diperkenalkan
kepada beberapa tumbuhan herba dan didedahkan kepada aktiviti
melastik di dalam hutan.

LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

8. 16 DAN 17 NOVEMBER 2009 : PAINT BALL

§
0
Aktiviti paint ball adalah merupakan satu aktiviti riadah yang
bertujuan untuk melatih para peserta untuk mengatur strategi dan
berkerjasama bagi melindungi diri dan menumpaskan pihak
lawannya.

9. 16 DAN 17 NOVEMBER 2009 : WALL CLIMBING

Aktiviti wall climbing ini adalah bertujuan untuk memberi keyakinan


diri kepada peserta. Aktiviti ini memerlukan para peserta memanjat
tembok tiruan setinggi yang mungkin.

§
0
LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

10. 16 DAN 17 NOVEMBER 2009 : PERMAINAN KOOPERATIF

Permainan kooperatif telah dimulakan dengan permainan


menghantar bola menggunakan kaki tanpa menjatuhkannya ke atas
lantai. Selain daripada itu, permainan memindahkan gelung rotan
dengan tangan yang bersambung, memancing botol dan permainan
“toksik” turut dijalankan. Kesemua permainan ini melihatkan
semangat berpasukan yang tinggi di kalangan ahli-ahli kontinjen.

§
0
LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

11. 17 NOVEMBER 2009 : LATIHAN MALAM KEBUDAYAAN

Latihan malam kebudayaan dijalankan adalah bertujuan untuk


memastikan persediaan yang sempurna oleh para kontinjen
sebelum mempersembahkan persembahan di Malam Kebudayaan
Perkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009.

12. 18 NOVEMBER 2009 : LAWATAN KE MUZIUM SERI


MENANTI

Lawatan ke Muzium Seri Menanti adalah bertujuan untuk


memberikan pendedahan kepada kontinjen luar berkaitan sejarah
dan budaya Negeri Sembilan. Para perseta diberi taklimat tentang
sejarah muzium, pembahagian ruangannya dan syarat-syarat
lawatan setibanya di Muzium Seri Menanti .

§
0
LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

13. 18 NOVEMBER 2009 : LAWATAN KE LAMAN


BANGKINANG

Di Laman Bangkinang aktiviti mengoca dan permainan tradisional


telah dijalankan. Bagi aktiviti mengoca, para peserta berjaya
menangkap ikan-ikan dari kolam, walaupun menghadapi cabaran
ikan yang bergerak pantas .Antara permainan tradisional yang
dijalankan pula adalah perahu “darat”, tarik upih dan menarik
bereng menggunakan gelung rotan.

14. 18 NOVEMBER 2009 : LAWATAN KE KAMPUNG STAY

Melaui lawatan Ke Kampung Stay ini para peserta diperlihatkan


dengan demonstrasi mengacau dodol, memasak rendang serta
membakar lemang. Selain berpeluang mengacau sendiri dodol,
peserta juga dapat merasai pengalaman memancing ikan
menggunakan joran daripada buluh.

§
0
LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

15. 18 NOVEMBER 2009 : MALAM KEBUDAYAAN

Malam kemuncak perkhemahan diserikan lagi dengan persembahan


kebudayaan dari sepuluh kontinjen yang menyertai Perkhemahan
Pendidikan Khas ini. Terdapat pelbagai elemen kebudayaan negeri
dipersembahkan di malam kebudayaan ini.

16. 19 NOVEMBER 2009 : MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN


PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Acara kemuncak Perkhemahan ialah Majlis Penutupan Rasmi


Perkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009. Majlis
ini telah di sempurnakan oleh wakil YAB. Dato' Seri Utama Hj.
Mohamad Bin Hj. Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan ) iaitu YB.
Tuan Shamsulkahar Bin Mohd Deli (Jawatan Kuasa Bertindak
Pelajaran dan Pengajian Tinggi )

§
0
Disediakan Oleh:
Mohd Nasir Abd Aziz
SK Linggi
Negeri Sembilan
mohdnasir83@yahoo.co
m

§
0