Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

KM.5, JALAN GENUANG


85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TAZIM

TAJUK: KONSEP PERKAHWINAN

NAMA AHLI KUMPULAN: SABRIENA ASNIZAN


NUR AIN SYAMIMI
AHMAD
SITI AIDAH MAZMAN
KURSUS: WTP1
SEM: 1/2015
NAMA PENSYARAH:

BERSYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA DILIMPAHI KURNIA-NYA DAPAT JUGA


SAYA MENYIAPKAN ASSIGNMENT SAYA YANG TELAH DIUSAHAKAN INI
BERTAJUK KONSEP PERKAHWINAN. ASSIGNMENT INI AMAT PENTING BUAT
SAYA MEMANDANGKAN PERKARA INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA
EXAM SEMESTER
RIBIUAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA INDIVIDU YANG
MEMBANTU SAYA SEPANJANG MENYIAPKAN ASSIGNMENT SAYA INI.
PERTAMA SEKALI KEPADA TUAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT,
TUAN MOHD JONED BIN MUSA KERANA BELIAU TELAH BANYAK
MEMBERIKAN BIMBINGAN DAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA SEMUA
PELAJAR BELIAU.
SEKALUNG PENGHARGAAN UNTUK PENSYARAH YANG MENGAJAR SAYA
KERANA MEMBERIKAN TUNJUK AJAR KEPADA SAYA SEPANJANG SAYA
MENYIAPKAN ASSIGNMENT INI. SELAIN ITU, SAYA JUGA SANGAT
MENGHARGAI JASA PENSYARAH YANG MENGAJAR SAYA KERANA
MEMBERIKAN BIMBINGAN DAN NASIHAT YANG AMAT BERGUNA UNTUK
ASSIGNMENT SAYA SERTA MEMBANTU SAYA. JASA BELIAU AKAN SAYA
KENANG AKHIR HAYAT.
TIDAK LUPA JUGA RAKAN-RAKAN YANG BERHEMPAS PULAS MENYIAPKAN
ASSIGNMENT MASING-MASING. BANTUAN KALIAN DARI SEGI INFOMASI
MENGENAI ASSIGNMENT AMAT SAYA HARGAI. BUDI KALIAN YANG SANGGUP
MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBERIKAN SAYA MAKLUMAT TIDAK SAYA
LUPAKAN.
AKHIR SEKALI TERIMA KASIH KEPADA PIHAK-PIHAK YANG TELAH
MEMBANTU SAYA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEPANJANG
ASSIGNMENT SAYA DIJALANKAN DAN DIBENTANGKAN. SEKIAN TERIMA
KASIH.

DEMIKIANLAH YANG DAPAT SAYA SAMPAIKAN DALAM ASSIGNMENT INI


MENGENAI KONSEP PERKAHWINAN YANG MENJADI TUGASAN PERTAMA
SAYA SEPANJANG SEBULAN SAYA BELAJAR DI KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT.
DALAM INI TENTUNYA BANYAK KEKURANGAN DAN KELEMAHAN SAYA
MOHON MAAF ATAS KEKURANGAN DAN KELEMAHAN SAYA DALAM
MELAKSANAKAN ASSIGNMENT INI. SEMOGA BERMANFAAT DAN
MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN SESIAPA YANG MEMBACA. INI
ADALAH KALI PERTAMA SAYA MEMBUAT ASSIGMENT MOHON JASA RAKANRAKAN PERBETULKAN KESALAHAN SAYA. SEKIAN PENUTUP DARI SAYA
SEMOGA DAPAT DITERIMA DAN SAYA MENGUCAPKAN SEBESAR-BESARNYA
TERIMA KASIH.

BILANGAN
1
2
3
4
5
6
7

TAJUK

MUKA SURAT

Di Malaysia terdapat 2 jenis kursus perkahwinan diperkenalkan kepada semua warganegara.


Bagi masyarakat Islam Kursus Pra Perkahwinan adalah Diwajibkan bagi pasangan ya g ingin
berumahtangga. Manakala bagi masyarakat bukan Islam, ianya boleh dibuat pilihan samaada
menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan atau tidak perlu. Bagi masyarakat Islam, Kursus Pra
Perkahwinan yang wajib dihadiri sebelum mendirikan rumahtangga biasanya dilaksanakan
oleh Jabatan Agama tempat masing-masing atau dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang
telah diberi tauliah oleh Jabatan Agama. Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh
Jabatan Agama dan para peserta akan dibekalkan dengan modul Kursus Pra Perkahwinan
Islam dari Jabatan Agama. Bayaran akan dikenakan kepada peserta kursus bagi proses
penyediaan buku modul, sijil dan lain-lain. Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di
Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan
Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus
tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Kursus ini
dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal
kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat
dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap,
kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan
perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
2.2 OBJEKTIF KURSUS PERKAHWINAN

Kursus ini dapat memberi pendedahan awal alam perkahwinan kepada peserta yang ingin
berumahtagga. Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta tentang cara
menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari
pernikahan. Para peserta juga akan diberi panduan bagi mempersediakan diri untuk
menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga.

1.1 TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI


Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya' Ulumuddin,
terdapat 5 tujuan iaitu pertama, dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak
kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk
kedua ibubapanya setelah kematian mereka. Kedua, menghilangkan tekanan syahwat seks
terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan
membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat
memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang
haram. Ketiga, Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti
memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang
hanya untuk urusan tersebut sahaja. Keempat, dengan pergaulan dan percampuran suami isteri
dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan
mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat. Kelima, dapat
bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:
i.
ii.
iii.

Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.


Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk

iv.

ajar kepada mereka ke jalan agama.


Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara

v.

anak dan isteri.


Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

1.2 Konsep perkahwinan


Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui
akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri.
Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia
melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia
dan di akhirat.

KESIMPULAN KONSEP PERKAHWINAN


Kesimpulannya, manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki
dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah
menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang
yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara
lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan
membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturanperaturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya,
pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi
masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan
masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi,
begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga
secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang
melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang
menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hakhak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada
peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon
yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman
indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat
dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan
anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah. Mendirikan
rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan
bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting
masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan

Anda mungkin juga menyukai