Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TANJUNG MINYAK JAYA

(PPTTMJ)
No 9, Jalan TMJ 10,
Taman Tanjung Minyak Jaya,
75350 Melaka.
PENGERUSI : 017 6741286 / 06 3341258

SETIAUSAHA : 014 - 2655081

______________________________________________________________________________
Kepada:
En Mohd Azizan bin Daud

Rujukan Kami : PPTTMJ /26/01/12/ Bil 18


Tarikh : 26 Januari 2012

No.20,Jalan TMJ 9,
Taman Tanjung Minyak Jaya,
75250 Melaka.

Tuan,
MENERIMA PERLETAKAN JAWATAN DAN MENGANTUNG KEAHLIAN
Perkara di atas adalah dirujuk
2. Dengan segala hormatnya tuan, keputusan mesyuarat ahli jawatan kuasa PPTTMJ telah
mengambil keputusan untuk menerima perletakan jawatan dan mengantung keahlian tuan selama
setahun berdasarkan pekara-pekara berikut .
a. Menulis dengan niat mencemarkan nama baik persatuan PPTTMJ di laman web
facebook pada tarikh 22 januari 2012 pada pukul 12.32 petang , 11 januari 2012 pukul
9.07 pagi , 3 januari 8.33 pagi dan 7 januari 2012 pada pukul 6.58 petang.
b. Mempengaruhi penduduk supaya tidak memberi kerjasama semasa aktiviti dijalankan.
3. Untuk makluman tuan, keputusan ini dibuat berdasarkan undang-undang bagi persatuan
penduduk Taman Tanjung Minyak Jaya Melaka,Fasa 6(2) Pemberhentian dan pemecatan ahli
bersebab mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan
cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya .
4. Walau bagai mana pun pihak tuan boleh membela diri dengan membuat surat tunjuk sebab dan
akan dibentangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Induk yang seterusnya.
5. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih

Melaka NegeriKu Sayang,Bandar Teknologi Hijau


Yang menjalankan tugas,

_________________________
(EN.MOHD HANAFIAH BIN HAMZAH)
Pengerusi PPTTMJ,
Taman Tanjung Minyak Jaya,Melaka
s.k: 1. Pengerusi PPTTMJ,Taman Tanjung Minyak Jaya,Melaka
2. Naib Pengerusi 1 PPTTMJ, Taman Tanjung Minyak Jaya,Melaka
3. Naib Pengerusi 2 PPTTMJ, Taman Tanjung Minyak Jaya,Melaka
4. Setiausaha PPTTMJ, Taman Tanjung Minyak Jaya,Melaka

AGENDA MESYUARAT
Persiapan Mesyuarat Agung PPTTMJ kali Ke 4
1. Tarikh

2. Masa

3. Tempat

4. Aturcara majlis
8.00 pm

Pendaftaran

8.30 pm

Ketibaan YB Datuk Idris Harun Ahli Parlimen Tangga Batu.

8.45 pm

Bacaan doa oleh ustaz Muhamat Nor bin Muhamat Akip.

8.50 pm

Ucapan aluan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tanjung Minyak Jaya.

9.00 pm

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Idris Harun Ahli Parlimen Tangga Batu.

9.30 pm

Penyampaian Cendermata

9.45 pm

Jamuan Ringan

Sekain harap maklum.


Saya yang menjalankan tugas,

(En . Zahari bin Md.Zaid)


Setiausaha, JKKK Tanjung Minyak
S.K

1. Mohd Hanafiah bin Hamzah