Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) telah menyertai Pertandingan


Robotik peringkat negeri namun tidak mendapat keputusan yang membanggakan.
Oleh

itu,

guru

pembimbing

telah

mengorak

langkah

yang

proaktif

untuk

mengadakan bengkel latihan robotik supaya pelajar-pelajar mempunyai ilmu yang


lengkap untuk bertanding pada peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat
kebangsaan.
Mesyuarat untuk aktiviti perlaksanaan telah dilakukan bagi memastikan
kelancaran pogram bengkel robotic ini. Segala bentuk idea diperolehi dan diambil
untuk dijadikan sebagai pengorak langkah. Semua guru yang terlibat sangat
komited didalam perlaksanaanya.
Perlaksanaan bengkel berjalan lancar pada setiap hari rabu yang telah
ditetapkan. Pelajar tampak gembira dan bersemangat semasa bengkel dijalankan.
Satu demi satu ilmu yang disampaikan oleh fasilitator diterapkan kepada pelajar.
Setiap aktiviti yang dijalankan direkod dan di dokumentasikan dalam bentuk foto
dan video.
Latihan robotik yang diadakan secara berkala ini adalah untuk membantu
pelajar-pelajar mencapai tahap tertinggi yang boleh dicapai dalam pertandingan
National Robotic Championship yang akan diadakan Kkelak. Pasukan Robotik
SKPP14(1) akan cuba untuk memenangi pertandingan peringkat Putrajaya dan
seterusnya akan mewakili Putrajaya ke pertandingan peringkat Kebangsaan yang
akan diadakan di masa akan datang.
Dimasa akan datang kelab kognitif bercita-cita akan mengorak langkah
kehadapan bagi memberi kejayaan kepada pelajar-pelajar dan membawa nama
sekolang ke pringkat antarabangsa.

DI SEDIAKAN OLEH :
_________________________
(MUHAMAD NAZRUL BIN ZAINOL ABIDIN)
Setiausaha Pasukan Robotik SKPP 14(1)