Anda di halaman 1dari 3

KRG

PENGAJIAN AM 2

LAT2

TAJUK:
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian
untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama,
Malaysia tidak sewajarnya mengenepikan usaha meningkatkan sector pertaniannya.
Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.
Contoh Karangan
Kebelakangan ini, kerajaan telah
mengisytiharkan usaha membangunkan semula
sektor pertanian di negara kita. Usaha ini
adalah wajar dalam memastikan pembangunan
dan kemajuan negara secara seimbang
memandangkan sektor pertanian dan sector
perindustrian adalah saling melengkapi. Keduadua sektor ekonomi tersebut adalah sama
penting dan tidak boleh diabaikan manamananya. (46p)
Tidak dapat dinafikan sektor perindustrian
merupakan sektor yang perlu diberi perhatian
utama dalam konteks pembangunan negara.
Sektor
perindustrian
memang
dapat
menjanakan
kemajuan
negara
secara
berterusan. Pencapaian yang cemerlang dalam
sektor ini dapat menarik masuk lebih banyak
modal pelaburan asing lalu menguntungkan
ekonomi negara. Perkembangan dalam sektor
perkilangan pula membekalkan banyak peluang
pekerjaan untuk rakyat Malaysia disebabkan
sektor ini melibatkan guna tenaga yang besar.
(62p)

Selain itu, taraf hidup penduduk juga akan


bertambah baik dengan adanya pembangunan
dalam sektor perindustrian. Sektor ini secara
keseluruhannya dapat menambah pendapatan
tahunan purata di kalangan rakyat Malaysia
yang melibatkan diri dalam bidang ini.
Tambahan pula, sektor perindustrian yang
menitik beratkan kemahiran dan teknologi
pastinya dapat melahirkan tenaga kerja

Skema Jawapan
Perlu industri:
I1 Pendapatan lebih terjamin/tidak
dipengaruhi cuaca/makhluk perosak
seperti mana sector pertanian. Produk
lebih konsisten berbanding hasil
pertanian.
I2 peningkatan teknologi usaha
memajukan industri terutama industri
berat, melibatkan pemindahan teknologi.
Dalam jangka panjang tahap teknologi
negara dapat ditingkatkan.
I3 menaikkan imej negara/pencapaian
status NIC kecemerlangan dalam
sector industri dikaitkan dengan
kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi/ menaikkan imej negara
sebagai sebuah negara maju dalam
bidang sains dan teknologi/penglibatan
yg serius dalam kegiatan industri akan
emmbuka ruang kepada negara mencapai
status NIC sejajar dengan matlamat
Wawasan 2020
I4 peluang pekerjaan lebih banyak
peluang pekerjaan dapat disediakan
menyelesaikan masalah pengangguran
dan kemiskinan.
Perlu pertanian
I5 faktor geografi iklim sesuai
tanah subur sesuai untuk beraneka
jenis tanaman, rugi dan membazir jika
tidak dimanfaatkan
I6 mengurangkan import bahan
mentah/makanan mengurangkan
pergantungan kita kepada bahan import.
I7 sudah ada tradisi yang baik asas

KRG

PENGAJIAN AM 2

Malaysia yang berdaya saing. Ia juga dapat


membangunkan bidang teknologi maklumat
negara sebagai langkah menghadapi cabaran
globalisasi yang terkini. (67p)
Pada masa yang sama, kerajaan juga harus
menitik beratkan usaha untuk meningkatkan
sektor
pertaniannya
disebabkan
kepentingannya yang luas. Negara kita
dahulunya merupakan negara pertanian yang
mengutamakan pengeluaran getah dan kelapa
sawit. Pengeluaran komoditi tersebut dapat
mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada
negara
melalui
usaha
pemasaran
dan
pengeksportan ke luar negara. Permintaan yang
tinggi terhadap hasil pertanian juga merupakan
dorongan dalam memajukan sektor pertanian
negara. Pengeluaran bahan mentah dalam
sektor ini juga adalah penting untuk menjamin
bekalan sumber secara berterusan kepada
sektor pembuatan dan pemprosesan. (82p)
Selain itu, sektor pertanian
harus
dipergiatkan sebagai usaha meningkatkan
pendapatan penduduk di luar bandar dan
menyediakan infrastruktur yang sempurna di
desa. Pelaksanaan program pembangunan
pertanian dapat membaiki taraf hidup
penduduk di luar bandar selaras dengan
objektif pembasmian pertanian tanpa mengira
kaum dan wilayah. Malahan, perkembangan
dalam sektor pertanian boleh mengurangkan
pergantungan
berlebihan
kepada
sektor
perindustrian selain memperkukuh struktur
asas dan daya tahan ekonomi negara. Galakan
penggunaan biodiesel turut memerlukan sektor
pertanian untuk menyokongnya. (71p)
Kesimpulannya, kerajaan harus menambahkan
peruntukan dalam pembangunan pertanian dan
tidak boleh mengenepikan usaha ini. Kerajaan
harus memastikan perkembangan yang
seimbang dalam semua sektor ekonomi demi
merealisasikan Wawasan 2020 sebagai sebuah
negara maju dan berdikari. (33p)

LAT2

dalam pengusahaan sector pertanian


getah dan kelapa sawit. Cuma perlu
tingkatkan tahap teknologi yang sedia
ada dan terkini.
I8 - pembekal bahan mentah untuk
industri dan makanan/industri sokongan
hasil daripada sector pertanian boleh
dijadikan sebagai bahan mentah untuk
sector industri, secara tidak langsung
dapat membantu perkembangan
industri. Hasil pertanian sentiasa
mempunyai pasaran sama ada di dalam
atau luar negeri.
I9 mengimbangi pembangunan sektor
bandar dan luar bandar dasar awam,
mengelakkan penghijrahan belia dari
luar bandar ke bandar pengagihan
sumber pendapatan agropelancongan
menggalakkan pembangunan setempat.
I10 mengimbangi kemiskinan golongan
tani menambahkan pendapatan petani.

Mana-mana 2 + 2
KS
KK
SJ
KJ -

KRG

PENGAJIAN AM 2

LAT2

Anda mungkin juga menyukai