Anda di halaman 1dari 6

Asal Usul Kejadian Adam A.S.

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang
kejadiannya manusia itu adalah dari tanah.
Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang
sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah
kita mempelajarinya bersama-sama.

Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk


menjadikan nabi Adam A.S
(Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi
untuk mengambil sebahagian tanahnya
untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan
Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu
Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah
memerintahkan malaikat Israfil dan
jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang
hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai Izrail!
Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur.
Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas
namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya
diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah,
dan kemudian di belakang hari kelak akan
kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah
berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan
memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab
antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan
sebagainya.
Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Eden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12.Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia,dan
disitulah tempatnya akal.

2. Telinga Adam dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat
menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama


manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan
untuk menjerumuskan manusia ke lembah
dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan


dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan


kepada Tuhan.

Proses kejadiannya:

1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir,
angin dan api. Kemudian Allah
resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan
didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka
sebelum dijadikan patung, tanah itu
dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan
dirasmikan dengan air hujan "Barul
Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan
Jammal". Lalu terciptalah tubuh
Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas
dan enggan, lalu ia berputar-putar,
mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail
untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya
mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak
seperti warna kulit manusia.Kerana
Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
pengetahuan, yang masih tertinggal
warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi
warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang
dikepala,dan dua buah liang di bawah badan
letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang
mulut.

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

A. Mata alat penglihatan

B. Hidung alat penciuman

C. Telinga alat pendengaran

D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.

E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke
kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh
Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam,
maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian
terjadilah matanya dan seketika itu
matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada
masa itu bahagian badannya masih
merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah
dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan
mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai
kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya
ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang
membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu
bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya
disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada
dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah
dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut
dengan sempurna. Maka seketika itu
terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki
lalu terjadi darah daging dan tulang.
Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna


sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk
manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat
Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam
diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh
penghuni dari langit pertama hinggalah
ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Wallahualam

Sumber :

http://www3.uitm.edu.my/citu/SM/IMK102.pdf

Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan bahawa elemen tanah
pada tubuh manusia terdiri daripada :

1) Karbon
2) Oksigen
3) Hidrogen
4) Fosforus
5) Sulfur
6) Azote
7) Kalsium
8) Pottasium
9) Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium

Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :

1) Oksigen 45,000 gram


2) Hidrogen 8,000 gram
3) Kalsium 1,000 gram
4) Kabrit 175 gram
5) Sodium 105 gram
6) Magnesium 35 gram
7) Kuprum 0.1 gram
8) Karbon 12,000 gram
9) Azote (nitrogen) 2,000 gram
10) Fosforus 140 gram
11) Klorin 105 gram
12) Ferum (besi) 4 gram
13) Iodin 0.03 gram
14) Manganese 0.02 gram