Anda di halaman 1dari 2

1.

Teori merupakan satu kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan


perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas,
menerang, menilai, membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fenomena
(Caragan dan Shields, 1998). Selain itu, menurut Littlejohn, 1996, teori juga
merupakan satu percubaan untuk menerang satu pengalaman atau satu idea
tentang bagaimana suatu kejadian berlaku. Teori juga adalah peta tentang
kebenaran, teori adalah jawapan sementera yang dibentuk bagi persoalan yang
timbul tentang sesuatu fenomena. (Grufflin, 1997). Di samping itu, tdak dapat
dinafikan bahawa teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia
ada yang memberikan panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan
maklumat baru.

2. Kita perlukan teori untuk mempelajari Hubungan Antarabangsa kerana teori


sangat perlu dan penting bagi menerangkan dan meramal masa depan hubungan
antarabangsa. Selain itu, teori untuk mempelajari Hubungan Antarabangsa
diperlukan untuk lebih memahami dunia yang sentiasa berubah-ubah. Teori ini
membolehkan kita berfikir secara teori bagi menjelaskan proses sesuatu polisi
antarabangsa dengan melakukan kajian atau membuat ramalan untuk mengenal
pasti setiap fenomena yang berlaku di global. Akhir sekali, kita perlu teori untuk
mempelajari hubungan antarabangsa kerana ia membantu kita merumuskan segala
sebab dan akibat setiap fenomena.

3. Teori sangat penting untuk menganalisakan sesuatu isu perdebatan duniakerana


teori membolehkan seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks.
Sebagai contohnya, kita akan mengelakkan diri kita daripada melakukan
peperangan dengan negara lain untuk keamanan negara kita. Selain itu, hubungan
antarabangsa. Selain itu, teori juga boleh dijadikan sebagai panduan dalam
membuat keputusan. Hal ini mengelakkan kita membuat keputusan yang salah
yang mungkin akan membawa implikasi yang buruk kepada kehidupan kita. Di
samping itu, teori juga membantu kita mengenal pasti pola peristiwa di
persekitaran agar jangkaan dapat dibuat mengenai sesuatu fenomona. Akhir sekali,
melalui teori-teori tersebut , seseorang boleh menjadi lebih cekap dan
berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan orang lain atau situasi yang
berubah-ubah.

4. Bagi teori realisme, contoh empirik setiap teori-teori yang telah saya belajari
adalah Perang Dunia ke-2 dan serang Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq. Bagi
teori liberalisme, contoh empirik yang boleh dikemukakan adalah tentang institusi
antarabangsa PBB. Bagi teori konstruktivisme, hagemoni media dan hiburan,
misalnya Hollywood secara persuasif cuba membentuk nilai-nilai masyarakat

Amerika dan dunia melalui filem-filem yang ditayangkan dengan menekankan unsur
budaya dan sosial ala Amerika Syarikat untuk mempengaruhi masyarakat dan
pembuat dasar.

5. Melalui tajuk kuliah minggu ini, saya telah mempelajari tentang teori-teori
hubungan dan politik antarabangsa. Saya juga belajar tentang definisi teori yang
telah dirumuskan sebagai bersifat sementara, kajian sistematik perlu bagi
menyokong bukti penerangan dan juga teori boleh diterima, ditolak dan diubahsuai
berdasarkan hasil kajian sistematik. Saya juga belajar tentang kepentingan teori
yang terbahagi kepada 6. Selain itu, saya juga dapat memahami tentang teori
dalam hubungan antarabangsa secara lebih mendalam dan juga kepentingannya
kepada manusia. Di samping itu, saya juga mengetahui bahawa teori dalam
hubungan antarabangsa yang telah terbahagi kepada tiga, iaitu teori realisme, teori
liberalisme dan teori konstruktivisme. Melalui teori tersebut, saya telah mengetahui
tentang isi-isi danmaklumat yang disampaikan dalam teori tersebut serta aspekaspek yang dititikberatkan dalam setiap teori tersebut. Akhir sekali, setiap teori
mempunyai contoh empirik yang membolehkan saya lebih faham tentang peristiwa
yang pernah berlaku dalam setiap teori.

Anda mungkin juga menyukai