Anda di halaman 1dari 3

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhirakhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah suatu
ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar
nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan
dadah, hinggalah kepada mat rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga
diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan
secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang
dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai
kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anakanak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama
anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan
bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi
kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang
mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama
kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya
keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi
muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada
putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran
seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam
kancah masalah sosial pada masa kini.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak
mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.
Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari
jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me
ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik
daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka
melebihi harta benda dan wang ringgit.
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan
pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh
anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak
mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri
mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus
bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka
dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.
Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang
cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana
dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita
berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak
tercinta.

Punca-punca masalah sosial dalam kalangan remaja

By MAB on 11 Oktober 2010

Masalah sosial dalam kalangan remaja bermaksud salah laku sosial yang dilakukan oleh golongan remaja. Masalah
sosial seperti membuli rakan, mencuri, terlibat dengan lumba haram dan sebagainya bukanlah sesuatu yang
baharu dalam kalangan remaja pada hari ini. Malahan, masalah ini semakin menjadi-jadi dari hari ke hari sehingga
telah membimbangkan banyak pihak. Misalannya, sepanjang tahun 2010 sebanyak, 5,165 kes yang melibatkan
remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu
peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009.

Sesungguhnya terdapat pelbagai faktor yang

menyebabkan fenomena ini terus berleluasa.

Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya bagi ibu bapa
yang bekerja di bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk
meluangkan masa bagi mendengar masalah anak-anak mereka. Hal ini pasti menyebabkan anak-anak berasa
bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

Selain itu, golongan remaja terjebak dalam gejala negatif juga akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada
sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah
memadai. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat ditukar ganti dengan wang.

Sementara itu, segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik
kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka. Contohnya perceraian antara ibu
bapa mereka.dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita.
Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul
dengan kumpulan yang tidak senonoh.

Penglibatan golongan remaja dalam kegiatan jenayah ini dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan
masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian yang
ungugul dalam kalangan para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat
membantu mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.

Dalam pada itu, guru-guru juga mesti menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan dengan
berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah
diterapkan dalam kalaangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Pendidikan Moral dan agama amat perlu
dipertingkankan kerana semua agama mendidikr penganutnya supaya berkelakuan baik.

Tegasnya, banyak punca remaja ini terlibat dengan masalah sosial. Oleh tu, semua pihak harus bekerjasama dalam
menentukan golongan remaja yang akan meneruskan kepemimpinan negara pada masa hadapan.

Sikap

masayarakat kita yang tidak mahu menjaga tepi kain orang haruslah diubah. Anggota masyarakat sepatutnya
prihatin dengan melaporkan segala kegiatan salah laku yang melibatkan golongan remaja kepada pihak yang
berkuasa.

Punca-Punca Masalah Sosial dan Cara Mengatasi


Ini bukanlah yang terbaik - Sekadar panduan dan pencetus idea untuk semua calon SPM
Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Semakin hari, masalah ini semakin berleluasa.
Nyatakan punca-punca timbulnya masalah sosial dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya.
Pendahuluan:
Masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini makin berleluasa. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita tentang masalah sosial remaja
dipaparkan di muka akhbar mahupun di kaca televisyen. Antara masalah sosial remaja masa kini ialah merempit, ragut, curi motosikal, menagih dadah
dan pergaulan bebas.
Punca-Punca:
1. Pengaruh rakan sebaya tersalah pilih kawan terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan
memudaratkan diri tidak ada benteng ketahanan diri berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.
2. Pengaruh media massa sama ada media cetak atau media elektronik -dipaparkan dengan filem-filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur sex filem dan bahan tidak bermoral boleh didapati dengan mudah remaja yang melihat akan terpengaruh, meresap dalam diri dan cuba untuk
melakukannya.
3. Masalah dalam keluarga pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang, bebanan tugas remaja tertekan dan emosi terganggu ambil jalan keluar
dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya sebagai usaha meredakan tekanan dalam diri.
4. Perasaan ingin mencuba jiwa remaja yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru apabila melihat rakan dapat melakukan
aksi / membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Seperti aksi merempit, hubungan sex dan sebagainya.
5. Kurang didikan agama remaja hari ini kurang menghayati didikan agama mereka tidak takut kepada dosa mereka tidak takut kepada balasan
hari akhirat mereka lebih pentingkan keseronokkan walaupun bertentang dengan nilai dan agama masyarakat pula mengamalkan budaya lihat dan
pandang tetapi ada usaha menegur.
Cara Mengatasi :
1. Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh anak-anak akan
berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang
kepada mereka.
2. Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak anak-anak rasa diri mereka dihargai dan disayangi mereka akan menjaga
maruah diri, maruah ibu bapa dan maruah keluarga bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
3. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh
mempengaruhi jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa
remaja.
4. Menggubal dan meminda undang-undang tindakan lebih berat sebagai pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk
kepentingan diri tindakan terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain.
5. Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja mengingatkan remaja tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika
terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.
Penutup :
Remaja adalah pewaris bangsa. Pemuda adalah harapan bangsa dan pemudi ialah tiang regara. Semua pihak harus memainkan peranan untuk
mengurangkan masalah sosial yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai