Anda di halaman 1dari 10

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

PENGGUNAAN BONEKA TANGAN DALAM KAEDAH


BERCERITA DAN KESANNYA TERHADAP KEMAHIRAN
KOMUNIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS
Oleh:
Fadhila Bt Mohd Alihan & Idrul Hisham Bin Ismail
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
fellashrella@gmail.com & idrulhisham@hotmail.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak di
Pendidikan Khas dengan menggunakan boneka dalam kaedah bercerita.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan keupayaan
komunikasi kanak-kanak dengan lancar dan jelas. Objektif kajian ini
adalah untuk meningkatkan keupyaan berkomunikasi kanak-kanak dan
meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Soal selidik, temu bual,
dan pemerhatian digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini
digunakan bagi mengenal pasti peningkatan keupayaan komunikasi
kanak-kanak pendidikan khas. Responden kajian terdiri daripada dua
orang kanak-kanak pendidikan khas. Data dianalisis dengan
menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan
perbualan). Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah komunikasi
yang dihadapi oleh kanak-kanak berpunca daripada kekuranga
perbendaharaan kata. Tambahan lagi. Kanak-kanak ini tidak mempunyai
kemahiran berkomunikasi dengan baik. Boneka digunakan untuk
membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu
meningkatkan keupayaan komunikasi dan menambahkan bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak. Dalam intervensi ini, kanak-kanak
diberi kebebasan untuk memilih boneka. Kanak-kanak dan guru
menjalankan aktiviti bercerita menggunakan boneka. Kanak-kanak juga
menggunakan boneka untuk menjawab oalan yang dikemukakan
kepadanya. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bermain
boneka bersama rakan-rakan. Implikasinya kanak-kanak dapat bercerita
kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Bilangan
perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak juga bertambah berbanding
sebelum menggunakan boneka. Penggunaan boneka semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan bilangan
perbendaharaan kata yang dikuasai mereka.
Kata kunci: boneka sarung tangan, kemahiran komunikasi

64

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

PENDAHULUAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif, maka
kandungan sukatan pelajaran bagi murid PPKIBP juga dititikberatkan mengikut
keperluan dan keupayaan murid seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengurusan
Diri, Pendidikan Seni Visual, Matematik, Bahasa Inggeris, dan Kemahiran Hidup.
Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek yang diberi penekanan oleh guru
memandangkan ia adalah bahasa utama yang digunakan dalam pertuturan seharian
murid-murid.
Menurut (Mansor et. al 1984), komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita
tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan
terus-menerus tanpa henti. Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses
yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita
berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar ataupun
tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya
melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga
berkomunikasi dengan alam sekitar.
Pearson (2000) pula ada mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod
simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan
susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman
(2002),komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual
secara bersemuka.
Menurut Zulkifli (2000), terdapat sembilan unsur penting yang perlu diberi perhatian
dalam komunikasi. Ia adalah seperti komunikasi mata, posisi tubuh dan pergerakan
badan, gerak isyarat atau air muka, pakaian dan perawakan, suara dan kepelbagaian,
bahasa dan berhenti sejenak dan mendapat penglibatan pendengar. Dalam konteks
sekolah, berkomunikasi ialah proses cara guru berkongsi pengalaman dengan muridmuridnya dan begitu juga sebaliknya.
Che Su dan Mohd Foad (1993), pula mengatakan untuk menjadikan pengajaran
yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas,
pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala. Komunikasi lisan juga dilihat
dapat mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan
peribadi antara dua manusia. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja
perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah
ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi
pengajarannya pasti membosankan.
Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan
dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif.
Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran
afektif, kognitif dan fizikal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan
untiuk menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya
menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan
65

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang


daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.
Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai
alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang
lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk
terus belajar.Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung
misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang
dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan
menggerakkannya. Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh
dihasilkan sama ada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan
modul penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah difahami.
Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan watak-watak
yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan imaginasi kanakkanak dapat dilahirkan melalui penceritaan.
FOKUS KAJIAN
Pada pandangan pengkaji, masalah kemahiran berkomunikasi yang dihidapi oleh murid
A dan murid B harus diatasi segera kerana komunikasi merupakan aspek kemahiran
yang terpenting dalan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pengkaji akan
memfokuskan beberapa aspek yang sering dilakukan kesilapan oleh murid iaitu:
1. Kelancaran dan kejelasan yang sukar difahami dan didengari oleh pengkaji
mahupun murid lain sewaktu murid A dan murid B berkomunikasi
2. Bilangan perbendaharaan kata murid yang kurang dalam setiap aktiviti soal
jawab yang diadakan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Kegagalan murid untuk menunjukkan minat dalam berkomunikasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif umum
Tujuan utama Kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran
berkomunikasi murid masalah pertuturan menggunakan boneka sarung tangan
3.2 Objektif khusus
1. Membantu murid Pendidikan Khas bermasalah pertuturan untuk berkomunikasi
dengan jelas dan lancar menggunakan boneka sarung tangan
2. Meningkatkan penguasaan bilangan perbendaharaan kata murid melalui aktiviti
bermain boneka sarung tangan
3. Membantu meningkatkan minat murid untuk berkomunikasi dalam aktiviti.
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi murid
Pendidikan Khas bermasalah pertuturan?

66

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

2. Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata


murid?
3. Adakah penggunaan boneka dapat menarik minat murid untuk berkomunikasi?
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini adalah terhad kepada kedua-dua murid ini sahaja dan hanya dijalankan di
sebuah sekolah yang terletak di Negeri Terengganu iaitu SK Bukit Losong. Sampel
kajian adalah terdiri daripada dua orang murid tahun satu Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP) yang mengalami masalah komunikasi dan lemah pembelajaran .
Kedua-dua murid ini belajar dalam kelas berkefungsian rendah dan mereka berjantina
perempuan. Murid A berumur 8 tahun manakala murid B berumur 9 tahun. Penetapan
kumpulan sasaran adalah salah satu elemen penting dalam melaksanakan sesuatu kajian.
Kumpulan sasaran inilah yang akan menentukan sama ada objektif kajian boleh dicapai
atau pun tidak.
TINDAKAN
Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin serta Kemmis Mc Taggart (1948) dalam
menjalankan kajian tindakan ini.

Rajah 1: Lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (Model penyelidikan


tindakan Kurt Lewin serta Kemmis Mc Taggart)
5.1.1 Mereflek
Pengkaji membuat refleksi dengan mengimbas kembali proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Pertama, pengkaji mendapati murid A dan murid B gagal menunjukkan kemahiran
komunikasi yang berkesan dalam pengajaran Bahasa Melayu yang dijalankan
olehnya.
Kedua, berdasarkan masalah murid yang telah dikenalpasti ini, pengkaji telah
menjalankan satu temu bual bersama guru kelas murid tersebut bagi mencari maklumat
lanjut berkenaan kedua-dua pelajar ini
67

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

5.1.2 Merancang
Sebagai langkah utama, pengkaji telah merancang untuk membuat satu tinjauan awal
bagi melihat apakah aktiviti yang biasa dijalankan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Semua hasil kerja murid terdahulu disemak dan dibuat
analisis.
Langkah kedua, pengkaji telah memilih dua orang murid sebagai responden yang
menghadapi masalah yang sama iaitu masalah pertuturan .
Pengkaji juga menjalankan pemerhatian terhadap kedua-dua responden sepanjang proses
PdP yang dijalankan.
Pengkaji telah merancang untuk menggunakan satu bahan bantu belajar dalam
pengajaran Bahasa Melayu terhadap kedua-dua responden. Sebagai langkah pertama,
pengkaji telah merancang untuk menggunakan bahan bantu belajar iaitu boneka sarung
tangan semasa aktiviti bercerita dalam setiap pengajaran Bahasa Melayu.
Tindakan
Semasa fasa tindakan, pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
mengenalpasti hasil dapatan. Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan boneka dalam
pengajarannya selama 1 jam.
Antara langkah-langkah yang akan dijalankan terhadap responden pada peringkat ini
adalah :1. Pengkaji mengadakan aktiviti bercerita menggunakan pelbagai cerita
pendek berunsurkan nasihat dan teladan dalam setiap sesi pengajaran
Bahasa Melayu yang dijalankan terhadap responden.
2. Seterusnya, pengkaji akan bercerita menggunakan intonasi dan nada
yang betul satu per satu supaya responden lebih mudah faham serta
menggunakan boneka mengikut watak yang terdapat dalam cerita
tersebut bagi menarik perhatian responden dan memastikan pengajaran
lebih berkesan.
3. Kemudian, pengkaji akan
menjalankan sesi soal jawab kepada
responden secara individu. Responden juga diberi peluang untuk
menggunakan boneka sarung tangan semasa menjawab dan memberikan
pendapat terhadap kesemua soalan yang diajukan kepada mereka
4. Pengkaji juga akan meminta responden untuk menjalani aktiviti lisan
secara individu dengan melakonkan watak-watak yang digemari
berdasarkan cerita yang diperdengar guru. Responden turut diberikan
boneka dan melakonkan watak yang dipilih menggunakan dialog sendiri.
5. Semasa responden melakukan aktiviti ini, pengkaji membuat rakaman
dan mencatat pada beberapa aspek yang ingin dikenal pasti daripada
responden di dalam senarai semak.
Pemerhatian
Pada peringkat ini, pengkaji membuat pemerhatian terhadap responden.
Pengkaji hanya memfokuskan beberapa aspek yang menjadi penyumbang
terhadap kajian ini. Antara aspek pemerhatian yang utama adalah :68

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

1. Minat responden dalam pengajaran Bahasa Melayu melalui kaedah


bercerita menggunakan boneka.
2. Pemahaman murid terhadap cerita pendek dalam pengajaran Bahasa
Melayu dan kesan daripada aktivti bercerita menggunakan boneka.
3. Penguasaan murid dalam kemahiran berkomunikasi berdasarkan respon
dan bilangan perkataan yang diujarkan oleh responden semasa aktiviti
soal jawab menggunakan boneka.
4. Tingkah laku responden sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu iaitu penglibatan responden dalam aktivti kemahiran
lisan secara individu.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi murid
Pendidikan Khas bermasalah pertuturan?

Responden A

6
5

Skor

4
PRA

POS

1
0
1

5
6
7
8
Kod Tingkah Laku

10

Rajah 1: Analisis soal selidik berdasarkan tingkah laku yang ingin ditingkatkan ke atas
responden A.

Responden B
6
5
Skor

4
3

PRA

POS

1
0
1

10

Kod Tingkah Laku

69

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Rajah 4: Analisis soal selidik berdasarkan tingkah laku yang ingin ditingkatkan ke atas
setiap responden B.
Graf jelas menunjukkan bahawa kedua-dua responden telah mencapai peningkatan yang
amat baik berdasarkan perbezaan antara pencapaian pra tindakan dan pos tindakan yang
dijalankan terhadap mereka selama sebulan. Kedua-dua responden telah menunjukkan
peningkatan secara berperingkat pada kod tingkah laku 1 hingga 5 dengan dapatan skor
dalam purata 1 hingga 5. Responden A dan B telah mencapai skor yang tertinggi iaitu 5
pada kod tingkah laku 6 hingga 7 iaitu dengan mendapat 100%. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kedua-dua responden Berjaya menguasai dan meningkatkan
kemahiran komunikasi mereka hasil daripada penggunaan boneka tangan.
Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata
murid?
Pemerhatian secara berstruktur terhadap kedua-dua responden dengan memfokuskan
lima kelakuan yang dapat menyumbang kepada kebolehpercayaan dapatan kajian.
Pengkaji telah membuat graf bagi melihat peningkatan yang lebih jelas terhadap setiap
responden.

Responden A dan B

Kekerapan

6
4

Pos

2
0
K1

K2

K3
Kelakuan

K4

K5

Rajah 5: Analisis data kekerapan komunikasi responden A dan B


Graf di atas jelas menunjukkan peningkatan yang mendadak pada pos tindakan iaitu
dengan mencapai kekerapan 5 pada K1, K4, dan K5. Kedua-dua responden telah berjaya
mengurangkan kekerapan untuk keluar ke tandas semasa PdP dijalankan dan Berjaya
meningkatkan kekerapan berkomunikasi bersama rakan di luar waktu PdP dan semasa
waktu PdP dijalankan. Mereka juga menunjukkan peningkatan pada K2 dan K3 dengan
mencapai skor 4. Kedua-dua responden ternyata memberi perubahan dalam peningkatan
kekerapan yang negatif kepada amat positif berdasarkan pemerhatian berstruktur yang
dijalankan.
6.4 Adakah penggunaan boneka dapat menarik minat murid untuk
berkomunikasi?
Berdasarkan sesi temubual yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua
responden telah dapat meningkatakan kemahiran komunikasi mereka. Antara contoh
dialog pengkaji dengan responden ialah:

70

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Pengkaji

Soalan1:
Adakah kamu suka dengan Sang Kancil,Sang Gajah dan rakanrakannya?
(Boneka Tangan)

Responden

Suka cikgu..boleh main bual-bual Saya suka cikgu..gajah baik..


dengan kawan

Berdasarkan Jadual 12, kedua-dua responden ternyata amat terkesan dengan penggunaan
boneka tangan yang digunakan oleh pengkaji semasa proses PdP dijalankan ke atas
mereka. Responden turut dapat menyatakan minatnya terhadap Sang Gajah yang baik
berdasarkan cerita yang diperdengar pengkaji kepada mereka. Hal ini jelas menunjukkan
kesan penggunaan boneka tangan kepada mereka turut member impak yang positif
terhadap daya ingatan mereka berkenaan sesuatu proses pembelajaran yang dipelajari.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Dapatan Soal Selidik
Dapatan melalui borang pra dan pos soal selidik ini telah menjawab soalan kajian yang
pertama berkenaan peningkatkan kemahiran komunikasi murid Pendidikan Khas
bermasalah pertuturan. Pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa setelah kajian ini
dijalankan terhadap kedua-dua responden, kemahiran komunikasi mereka telah
mengalami peningkatan yang amat baik.
Kedua-dua responden telah menunjukkan kesungguhan mereka untuk berkomunikasi
sewaktu proses PdP dijalankan terhadap mereka dengan menggunakan boneka tangan.
Mereka dapat berkomunikasi secara yakin diri pada akhirnya dan dapat memberi respon
dengan baik terhadap setiap soalan guru. Selain itu, responden juga didapati dapat
memberikan tumpuan yang baik terhadap pengajaran guru dan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti lisan menggunakan boneka tangna secara berkumpulan. Responden
juga dapat berkomunikasi lebih daripada 10 patah perkataan dari kebiasaanya. Secara
keseluruhannya, kedua-dua responden telah mula berkomunikasi dengan agak baik dan
telah menunjukkan beberapa perubahan yang positif. Jelaslah bahawa boneka tangan
berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi responden.
Dapatan Pemerhatian Berstruktur
Dapatan melalui pemerhatian yang dibuat sebelum intevensi dan selepas intervensi
dijalankan terhadap kedua-dua responden telah menjawab kepada persoalan kajian yang
kedua iaitu, peningkatan bilangan perbendaharaan kata murid.
71

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa setiap responden


telah menunjukkan perubahan pada tingkah laku dan komunikasi dengan mengurangkan
kekerapan untuk keluar ke tandas semasa proses PdP dijalankan dan meningkatkan
kekerapan berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa PdP dan di luar waktu PdP
berbanding waktu sebelum intervensi dijalankan.
Dapatan temubual
Dapatan temubual telah menjawab persoalan ketiga iaitu berkaitan minat responden
untuk berkomunikasi. Berdasarkan soalan temubual yang dikemukakan kepada keduadua responden iaitu Adakah kamu suka Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Adakah
kamu suka dengan Sang Kancil,Sang Gajah dan rakan-rakannya, ternyata kedua-dua
mereka memberikan jawapan yang positif iaitu menyatakan suka. Hal ini jelas
menunjukkan responden berasa selesa dan berminat untuk belajar. Responden pada
tahap ini masih tidak dapat meluahkan rasa minat dengan perkataan kerana mengikut
Piaget, tahap berbahasa seseorang meningkat mengikut peningkatan aspek kognitif.
Dengan itu, perkataan suka telah menggantikan perkataan minat yang ingin diluahkan
oleh kedua-dua responden kepada pengkaji.
Kenyataan ini jelas menunjukkan peningkatan yang ketara telah ditunjukkan oleh keduadua
responden
terhadap
minat
mereka
untuk
berkomunikasi.Secara
keseluruhannya,kedua-dua responden berminat 1000% dengan mata pelajaran Bahasa
Melayu dengan menggunakan boneka tangan dalam aktiviti bercerita.
7.5 Rumusan
Secara keseluruhannya, melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji mendapati
penggunaan boneka tangan dalam kaedah bercerita semasa proses PdP dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi responden. Dapatan kajian ini disokong
olehpendapat yang dikemukan oleh Thrndike (Mok, 2008) iaitu menggunakan sesuau
yang dapat memotivasikan, meransang, dan menyeronokkan murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid belajar. Selain itu, kenyataan Lev
Vygotsky iaitu bercakap sendiri dapat membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu
kemahiran (Haliza & Joy, 2008).
RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Kamarudin Hj. Husin. (1993). Panduan Mengajar Bahasa.Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Rahimah Hj Sabran & Rahim Syam. (1986). Kaedah Pengajaran BahasaMalaysia.
Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd.
Alkema. (2001, Januari 20). Menjana Akal Kanak-kanak Menerusi Main.Utusan
Malaysia.
72

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

Geoffrey E. Mills. (2007). A guide for the Teacher Researcher (3rd Edition).
Pearson Education Ltd.
Hasnalee b. Tubah. (2008). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis
dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal PenyelidikanPendidikan IPTAR.

Abdul Aziz et al. (1989). Pengajaran Bahasa dan Pengujian Bahasa.


Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Haliza, H. & Joy, N. S (2008). Perkembangan kanak-kanak untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

73