Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Peringkat perkembangan guru: nyatakan kemungkinan aspek2 keprihatinan anda

sebagai guru dalam tiga tahun pertama pengajaran.


Menjadi guru yang berjaya tidak berlaku dalam sekelip mata, ia perlu melalui
beberapa peringkat perkembangan. Seorang guru yang berjaya, perlu mengamalkan sikap
ingin belajar untuk mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. Seni
pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal
serta ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri. Teori Keprihatinan (Concern Theory)
Dikemuka oleh Fuller(1969) telah menjelaskan bagaimana seorang guru melalui peringkatperingkat perkembangan sehingga dia layak digelar sebagai pakar dalam bidang yang
diceburi. Teori keprihatinan menjelaskan 3 peringkat konsep perkembangan guru sebagai
proses yang dilalui oleh guru dari peringkat keprihatinan terhadap diri (guru) kepada tugas
(pengajaran) dan seterusnya impak (pelajar). Pemikiran dan keprihatinan seorang guru
tersebut akan berfokus kepada diri

sendiri sebelum memberi tumpuan kepada pelajar.

Keprihatinan akan brubah focus dari diri sendiri kepada tugas pengajaran dan seterusnya
kepada impak.
Seperti yang kita tahu peringkat perkembangan guru saling berkait antara teori
keperihatinan Fuller keatas diri seorang guru. Menurut Trotter, peringkat perkembangan guru
terdapat 5 peringkat iaitu peingkat novis, novis lanjutan, cekap, mahir, serta pakar. Guru bagi
setiap peringkat mempunyai tugasnya yang harus dilaksanakan. Untuk meningkatkan
peringkat sendiri, guru harus berusaha meningkatkan pretasi sendiri terutama meningkatkan
kemahiran sendiri dalam bidang pengajaran. Merujuk soalan yang diberi, peringkat yang
dihadapi oleh guru dalam tiga tahun pertama pengajaran adalan peringkat guru novis
lanjutan.
Selepas seseorang tamat pengajian di lnstitut Pendidikan Guru, guru tersebut akan
dihantar ke sekolah sebagai guru yang sah. Pada masa itu, guru tersebut akan memasuki
peringkat guru novis lanjutan. Guru novis adalah guru yang baru memasuki ke alam
pendidikan. Biasanya guru ini merupakan guru yang masuk ke alam pendidikan tidak lama
daripada 3 tahun. Guru ini masih tidak dapat menjalani tugas sekolah dengan baik kerana
pengalaman yang tidak mencukupi. Walaupun mereka telah diberikan ilmu tentang teori
pendidikan semasa di lPG dan menjalankan praktikum, tetapi pengalaman ini masih tidak
mencukupi untuk guru itu menjalani tugasan mereka dengan baik dan senang. Pada
peringkat ini, guru haruslah berusaha untuk memahami dan melaksanakan tugasan yang
diberi dengan penyeliaan dan bimbingan daripada guru besar dan guru yang
berpengalaman. Dalam peringkat itu, keupayaan menyelesaikan masalah amat penting.

Guru haruslah sentiasa memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang disebutkan
berikut :
a) Masalah pengetahuan kandungan pedagogi
b) Masalah komunikasi dengan murid dan rakan pekerja
c) Masalah pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat
d) Masalah menaik taraf kedudukan sekolah
e) Masalah pengurusan sekolah dan bilik darjah
f) Masalah yang timbul di kalangan masyarkat (ibu bapa)
Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan
sendiri dengan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja yang berpengalaman tinggi dan
cuba mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada bimbingan guru berpengalaman,
guru novis lanjutan juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus yang dapat
menbantu menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas. Antaranya adalah :
a) Ceramah pengurusan bilik darjah. Ceramah ini seperti tajuk "cara mengawal kelas
dengan berkesan", "cara menwujubkan kelas bermesra" agak sesuai diikuti. Melalui
ceramah ini, guru dapat tahu tentang cara untuk mengawal kelas dengan lebih berkesan.
Jika seseorang dapat mengawal kelas dengan berkesan, pengajaran dapat dijalankan
dengan sempurna, ini dapat membantu pembelajaran murid.
b) Program masyarakat. Guru ini juga boleh mengikuti program seperti gotongroyong di masyarakat untuk mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat. Penduduk
yang datang mungkin terdiri daripada ibubapa murid. Guru dapat mendapatkan maklumat
daripada murid dengan lebih senang kerana sudah rapat dengan ibu bapa murid.
c) Kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan
kandungan, pengetahuan pedagogi.lni lebih kurang sama dengan ceramah pengurusan bilik
darjah, hanya yang berbeza ialah program ini dijalankan dengan penglibatan guru secara
langsung dengan program ini. Dalam sesi ceramah, guru hanya duduk dan mendengar
pemberi ceramah. Tetapi dalam kem, guru dapat mengakplikasikan apa-apa yang dipelajari
dengan segera dan mendapat komen daripada semua orang. lni akan banyak membantu
guru yangmenghadapi masalah tentang teknik pengajaran.
d) Ceramah tentang cara komunikasi yang berkesan. Cara berkomunikasi yang
berkesan amat penting untuk guru. Sebagai guru, guru haruslah dapat berkomunikasi baik
dengan murid dan guru serta rakan sejawat kerana ini dapat mewujubkan suasana mesra

terhadap guru tersebut. Dengan mendengar ceramah ini, guru dapat lebih memahami apaapa yang sesuai dibuat semasa berkomunikasi dan apa-apa yang dilarang buat. lni dapat
membantu meningkatkan perhubungan guru dengan sesiapa sahaja. Dengan menghadiri
program atas, kebolehan guru dapat dipertingkatkan untuk membantu mereka mengatasi
masalah yang timbul dalam pekerjaan mereka. Selepas 3 tahun di sekolah, guru akan
semakin biasa dengan keadaan sekolah dan akan bergerak ke peringkat guru cekap. Guru
cekap adalah guru yang telah terbiasa dengan keadaan sekolah tetapi masih dalam usaha
untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang ditimbul di sekolah. Oleh itu,
guru cekap masih harus mengikuti kursus yang dicadangkan di atas.
Kejayaan sebagai guru permulaan banyak ditentukan oleh tindakan seseorang ke
arah membentuk sikap diri sebagai seorang guru. Sebagai guru permulaan, seseorang perlu
menyedari bahawa kerjaya keguruan satu bidang profesion yang istimewa dan unik kerana
proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya berlaku di bilik darjah malah ia
menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Menjadi seorang guru yang hebat dan pakar
merupakan satu proses jangka panjang yang tidak berlaku sekelip mata. Seorang guru
perlulah mempunyai sikap keinginan belajar yang tinggi untuk membaiki diri dari semasa ke
semasa.