Anda di halaman 1dari 15

UNIT 6

6.0

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

PENGENALAN

Komunikasi bermakna penghantaran sesuatu mesej sama ada secara tulisan lisan atau bukan
lisan oleh seseorang kepada pihak lain dan akan berlaku tindak balas daripada penerima
mesej. Komunikasi yang

berkesan adalah apabila sesuatu mesej yang disampaikan dapat

diterima oleh penerima dengan jelas. Selain menghantar mesej, komunikasi juga adalah
sesuatu yang berkaitan dengan kemahiran menerima mesej.Sesuatu mesej yang diterima perlu
difahamai dan berupaya memberikan tindak balas yang paling tepat walau dalam apa jua
keadaan. Komunikasi juga merupakan interaksi manusia dalam perkongsian idea, pandangan
dan perasaan sama ada secara pertuturan mahupun melalui gerak isyarat

atau simbol.

Komunikasi berkesan dapat digunakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan,
penulisan, juga melalui penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.
Komunikasi sangat penting dalam pengurusan bilik darjah. Komunikasi dan interaksi
merupakan kunci penting antara kejayaan guru dan murid di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu menggunakan kecekapan kemahiran
berkomunikasi untuk mempengaruhi muridnya supaya mengekalkan tahap motivasi dalam
pembelajaran
6.1

Kepentingan kemahiran komunikasi kepada Guru

Sebagai seorang guru, aset yang paling penting ialah mahir dalam menyampaikan mesej, bijak
mentafsir mesej yang diterima dan menganalisis mesej tersebut sehingga mampu memberi
tindak balas yang berkesan terhadap sesuatu mesej. Kemahiran seorang guru melambangkan
pemikirannya dapat dijelmakan melalui komunikasi apabila idea dan pemikiran tersebut
diterima, difahami dan diberi tindak balas yang sewajarnya. Tugas guru bukan sahaja
menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah semata-mata, malah tugas
guru turut mencakupi hal-hal lain yang melibatkan pihak lain untuk dihubungi. Penyampaian
kandungan pelajaran tidak bergantung semata-mata pada isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru, sebaliknya cara guru menyampaikan isi pelajaran tersebut sangat penting dalam
menentukan keberkesanan pengajaran yang sedang dilaksanakannya.

Guru perlu peka terhadap murid istimewa dan murid pelbagai etnik. Guru mesti sensitif dan
pastikan mereka mampu menyampaikan mesej tersebut difahami dan diterima oleh murid.
Setiap guru perlu memahami bahawa ruang lingkup kerjaya seorang guru adalah melebihi
ruang persekitaran bilik darjah

terutama guru pada masa kini. Kepentingan guru menguasai

kemahiran komunikasi dapat dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh guru dalam
menunaikan tanggunjawab yang berikut:
6.1.1

Pengajar

Guru perlu mahir dalam menyampai dan menjelaskan fakta sejarah semasa pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-muridnya. Pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
adalah bergantung kepada kebolehan guru menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada
muridnya. Ini adalah disebab komunikasi antara guru dengan murid merupakan antara faktor
terpenting yang mempengaruhi proses pembelajaran. Guru harus sentiasa peka akan
persekitaran dan latar belakang murid dan menentukan bentuk dan strategi komunikasinya
ketika bersama-sama murid.
Woolfolk(2001:55) menyatakan, guru mampu mengekalkan minat pembelajaran murid di
samping dapat mengembangkan keupayaan murid dalam menguasai sesuatu ilmu dan
kemahiran yang dipelajari sekiranya guru sentiasa sedar persekitaran pembelajaran murid.
6.1.2

Pendidik

Selain mengajar, tugas utama guru adalah mendidik. Peranan mendidik penting dalam
membentuk manusia menjadi insan yang sempurna seperti yang dituntut oleh agama dan selari
dengan kehendak keluarga, masyarakat dan negara .Justeru itu peranan guru dalam
melaksanakan tugas tersebut memerlukan kehebatan guru berkomunikasi dengan golongan
yang dididik . Sebagai pendidik guru mesti menjadi contoh terbaik dan yang paling rapat
dengan murid. Cara guru berkomunikasi mempengaruhi murid-muridnya. Setiap tindakan dan
perlakuan guru diperhatikan oleh murid dan cara guru menjalinkan hubungan dengan pihak lain
turut diperhatikan dan hal ini menjadi ikutan murid. Cara guru berkomunikasi dengan murid
dapat mempengauhi murid menerima peraturan dan bersemangat dalam pelajaran mereka. Hal
tersebut menyebabkan kita mendapati bahawa terdapat guru yang mampu mengawal bilik

darjah dan masalah disiplin murid boleh diatasi berbanding sesetengah guru yang hilang
kawalan dan murid sentiasa menggaggu proses pengajaran dan pembelajaran.
6.1.3

Agen Perubahan

Guru adalah agen perubahan. Sebagai agen perubahan, guru perlu berjaya mempengaruhi
murid agar berubah dari bersikap malas kepada rajin, lemah kepada cemerlang dan tiada
bermotivasi keapada bermotivasi. Sebagai agen perubahan, kebolehan guru dalam
menerangkan kepentingan sesuatu perubahan, contohnya berubah daripada malas kepada
rajin menyebabkan ramai kalangan murid miskin di luar bandar berjaya mengubah nasib
mereka apabila guru berjaya menasihati, memberikan semangat dan perhatian,serta tunjuk ajar
dengan ikhlas. Sebagai agen perubahan, guru harus pandai menyuntik semangat untuk
berubah, mencari strategi komunikasi dalam mempengaruhi pemikiran murid agar menerima
perubahan yang disarankan oleh guru. Ia bukan terbatas kepada anak murid sahaja malah
kepada ibu bapa yang di pedalaman di mana mereka bertugas.
6.1.4

Pemimpin

Sebagai pemimpin adalah penting bagi seorang guru menguasai kemahiran berkomunikasi
dalam memastikan kepimpinannya diterima oleh ibu bapa dan masyarakat. Menurut Jan
Zieger(2007), hubungan guru dengan ibu bapa banyak menyelesaikan masalah murid
disekolah. Kemahiran komunikasi guru sewaktu berbincang dengan guru mempengaruhi
pandangan ibu bapa terhadap peranan dan kepimpinan guru. Seorang guru yang bijak
berkomunikasi akan dihormati oleh ibu bapa dan hal ini mempengaruhi perkembangan murid
dalam pembinaan sahsiah dan kemajuan akademik. Begitu juga apabila guru dapat
mempengaruhi ibu bapa agar turut terlibat dengan aktiviti sekolah, kemahiran komunikasi guru
menentukan sejauh mana aktiviti yang

dirancang menerima sokongan dan

daripada ibu bapa.

kerjasama

6.1.5

Agen Hubungan Sosial

Guru ialah penggerak hubungan sosial terutama dalam kalangan murid. Kemahiran komunikasi
seseorang guru membolehkannya mengendalikan aktiviti yang menjurus ke arah pemupukan
kesedaran dan tanggugjawab sosial dengan nilai-nilai negara Malaysia yang melayan setiap
perbezaan dan menjadikan sebagai satu nilai yang dikongsi bersama.
Goodfellow dan Lamy(1999) menekankan intersaksi kontinjen dalam model hubungan sosial
yang memberikan peluang sama rata kepada anggotanya untuk terlibat, untuk berkomunikasi
dan memberikan peluang kepada setiap anggotanya mengambil bahagian dan memainkan
peranan yang dimainkan oleh guru begitu besar dan oleh itu, guru perlu menguasai kemahiran
komunikasi bagi membolehkan setiap mesej, arahan dan penerangannya difahami oleh setiap
murid dengan pelbagai latar belakang.
6.1.6

Moderator

Guru ialah moderator dalam menyampai sesuatu falsafah dan pemikiran berhubung kehidupan
yang benar dan betul. Peranan ini sangat penting dalam menerangkan sesuatu yang perlu
dikuasai dan dicapai oleh murid melalui pengajaran guru. Guru perlu dapat membezakan
bentuk komunikasinya terhadap murid mengikut tahap mereka. Ini adalah untuk mengelak
implikasi yang negatif pada perkembangan pembelajaran dan sosioemosi murid. Selain
berperanan dengan

murid, guru juga menjadi moderator kepada ibu bapa dan komuniti.

Keupayaan guru berkomunikasi dengan ibu bapa akan membina kefahaman yang baik dalam
kalangan ibu bapa berhubung sisitem pendidikan negara. Keupayaan guru memberikan
penerangan banyak bergantung kepada kemahiran guru dalam berkomunikasi dengan pihak
ibu bapa dan komuniti. Seandainya guru tidak mampu melaksanakannya, maka segala
matalamat yang hendak disampaikan kepada masyarakat berhubung dasar pendidikan negara
tidak akan berjaya.
6.2

Elemen Dalam Kemahiran Komunikasi

Kemahiran komunikasi merangkumi beberapa kemahiran asas yang lain. Dalam berkomunikasi,
beberapa elemen begitu penting dan setiap komunikator perlu sedar bahawa kemahiran
komunikasi tidak akan menjadi lengkap dan sempurna hanya bergantung semata-mata pada

keupayaan bertutur sahaja. Beberapa elemen kemahiran perlu dikuasai untuk melengkapkan
kemahiran komunikasi seseorang.

Antara elemen yang perlu dikuasai dalam kemahiran

komunikasi adalah seperti yang berikut:


6.2.1

Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah satu kerja yang seni. Komunikasi menjadi lebih berkesan dengan orang
yang setia mendengar. Tidak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. Matlamat
utama mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. Mendengar dengan aktif dan
reflektif melibatkan proses pengesahan maklumat yang diterima betul dan tepat. keadaan ini
memastikan penerima faham apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Menjadi pendengar
yang aktif dan reflektif tidak bermakna hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh
penutur.
Guru perlu menguasai kemahiran mendengar

secara aktif dan reflektif untuk menjamin

komitmen bagi mencari kebenaran. Guru juga perlu menunjukkan minat terhadap segala yang
ingin disampaikan oleh kanak-kanak dengan mendengar percakapan mereka dengan sepenuh
hati. Antara perlakuan yang perlu ditonjolkan guru untuk menunjukkan bahawa guru sedang
mendengar percakapan murid adalah:

Bersikap terbuka; Elakkan diri daripada bersikap negatif dan prejudis. Sentiasa
berprasangka baik. Elakkan halangan emosi dan terima dengan hati yang
terbuka.

Dengar dari awal; mendengar dengan aktif dan reflektif. Berhenti melakukan
kerja dan beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diperkatakan.

Gunakan kontak mata dan prihatin dengan gerak geri orang yang bercakap

Tunjukkan empati dan jangan menilai

Jujur; Apabila keliru dan tidak faham, secara jujur beritahu kepada murid kita
tidak faham dan minta dia menerangkan sekali lagi dengan cara lain.

Maklum balas; kadangkala murid memberi maklum balas dalam bentuk


persoalan sebenar sekadar meluahkan perasaan dan tidak pula mengharapkan
jawapan. Jadi guru yang peka, perlu mengelakkan daripada menjawab soalan
yang tidak mengharapkan jawapan.

Beri tumpuan pada apa yang dikatakan; Dengar secara aktif setiap perkataan
yang diluahkan. Elakkan berfikir terlalu jauh daripada apa yang diucapkan.

Sabar melayan kerenah murid terutama murid yang masih ada peringkat kanakkanak.

Jangan memotong percakapan murid sesuka hati seolah-olah murid telah


menyebut perkara yang salah. Sebaliknya guru perlu menunujukkan tindak balas
bahawa cerita atau perkara yang sedang disampaikan oleh murid menarik
perhatian guru.

Jangan gopoh; Elakkan memberi respon melulu kerana ia mengganggu


pemikiran dan emosi pelajar. Ini dapat mengelakkan guru daripada membuat
interpretasi yang salah dan sebaliknya dapat membantu mencari makna sebenar
yang tersirat.

Gunakan kemahiran menyoal menggunakan soalan terbuka dan tertutup;

Guna bahasa tanpa lisan; Ekspresi muka yang mesra dan mengalakkan
menjamin hubungan yang mesra. Ia dapat membina keyakanan diri serta
memberi motivasi kepada murid.

Membiarkan kanak-kanak bercerita atau bercakap tentang sesuatu yang ingin


disampaikannya sehingga kanak-kanak itu berpuas hati kerana telah berkongsi
dengan orang lain tentang ceritanya.

6.2.2 Kemahiran Menarik Minat Pendengar


Kehebatan seseorang dalam berkomunikasi akan menyebabkan pihak lain tidak jemu malah
apa sahaja mesej yang disampaikannya akan diikuti dengan penuh minat. Ciri-ciri komunikasi
yang berkesan:

Unsur-unsur kecindan: guru perlu menyelitkan isu kecindan dalam pengajarannya


bagi menggembirakan murid, asalkan tidak menyentuh dan menyinggung perasaan
murid. Isu kecindan boleh membuat murid ketawa di samping mereka belajar
sesuatu .

Kenal pasti minat murid dan pilih sesuatu tajuk berkait rapat dengan minat murid.

Peka terhadap keinginan pihak yang mendengar untuk turut memberikan


pandangan tentang isu yang sedang diperbualkan.

Guru perlu sentiasa membenarkan murid menyoal apa-apa sahaja yang mereka
mahu tahu. Bukan itu saja malah memberikan ruang dan peluang kepada murid
untuk bertanya dan setiap soalan murid mampu dijawab oleh guru akan menjadikan
pembelajaran lebih bermakna dan murid gembira mengikuti pembelajaran.

6.3

Kemahiran Lisan

Keupayaan berbicara atau berkata-kata merupakan kemahiran berbahasa yang paling awal
dikuasai oleh manusia. Pada zaman manusia belum menguasai kemahiran menulis, golongan
tua menyampaikan cerita mereka kepada generasi muda melalui kemahiran lisan. Masyarakat
tradisional bergantung seratus peratus kepada keupayaan lisan untuk menyampaikan sesuatu
mesej dan cerita. Oleh sebab itu, setiap bangsa mula berkembang melalui sastera lisannya
yang diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Hanya setelah manusia berupaya
mencipta huruf dan mula menulis, sesuatu mesej dan cerita itu boleh diperturunkan melalui
bacaan.
Kemahiran

berbahasa

bagi

seseorang

kanak-kanak

bermula

apabila

kanak-kanak

menggunakan bahasa sebagai alat untuk interaksi sosial. Dalam interaksi sosial, seseorang
kanak-kanak belajar berinteraksi melalui kemahiran lisan yang dikuasainya terlebih dahulu
melalui aktiviti bercakap dengan dirinya sendiri(self talk). Bercakap dengan diri sendiri melalui
suatu proses pengembangan dan merupakan satu evolusi apabila bahasa percakapan dalaman
berubah menjadi bahasa sosial apabila kanak-kanak mula berinteraksi dengan pihak
lain(Vygotsky:1987). Kemahiran lisan dalam kalangan kanak-kanak berkembang dalam dua
cara, iaitu menerusi percakapan dalaman dan komunikasi sosial di mana kanak-kanak mula
menghubungkan dan mengawal aktiviti melalui pemikiran dengan menggunakan unsur-unsur
perlambangan yang difahami.

Kemahiran komunikasi kanak-kanak berkembang apabila kanak-kanak menemui orang lain


sama ada dalam keluarga, kejiranan atau semasa berada di sekolah. Keupayaan seseorang
manusia dalam kemahiran lisan didahului dengan kemahiran mendengar. Hal ini bermakna
bahawa sesuatu aktiviti lisan keutamaan bukan sahaja dalam kemahiran mengujarkan sesuatu
ujaran, bahkan kemahiran mendengar juga adalah penting.
6.4

Kemahiran Lisan Guru Dalam Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Mesra


Budaya

Murid-murid belajar melalui peniruan. Kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial mereka


melalui interaksi sosial dengan pihak lain apabila mereka mula mempraktikkan setiap perkara
yang ditiru oleh mereka daripada orang sekeliling terutama ibu bapa dan guru. Oleh itu guru
perlu menguasai kemahiran lisan yang cemerlang dan keupayaan guru dalam bertutur dan
mengujarkan kata-kata dengan menggunakan strategi yang berkesan memainkan peranan
yang sangat penting kepada setiap muridnya. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru
dalam kemahiran lisan adalah seperti yang berikut:
6.4.1

Sebutan

Seorang guru di Malaysia akan berdepan dengan murid pelbagai etnik dan latar belakang. Oleh
sebab itu, guru perlu menghubungkan murid-muridnya daripada pelbagai etnik melalui bahasa,
terutama bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan rakyat Malaysia. Sebutan guru mestilah
jelas dan tepat dan hal ini tidak terbatas hanya kepada guru yang mengajarkan subjek bahasa
Melayu sahaja, malah semua guru tanpa mengira subjek apa perlu menguasai sebutan yang
tepat dan betul. Hal ini selaras dengan dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Dalam
penggunaan bahasa Melayu, penggunaan bahasa baku adalah sangat perlu bagi mengelakkan
bahasa dialek digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
6.4.2

Jelas dan Tersusun.

Sesuatu mesej dan idea dapat difahami apabila disampaikan dalam bentuk ayat yang jelas dan
tersusun. Penerangan guru kepada murid perlu mengikut tahap penguasaan bahasa dan latar
belakang murid. Pemilihan kata-kata yang sesuai menjadikan sesuatu mesej itu mudah
difahami dan dengari dengan penuh minat. Kemahiran guru ketika menyoal, menjawab dan

menerangkan sesuatu dapat dilihat daripada struktur ayat dan maksud yang jelas dan tersusun.
Dengan itu murid dapat faham dengan lebih mudah.
6.4.3

Intonasi

Guru perlu tahu menyesuaikan intonasi suara sewaktu berinteraksi dengan murid-murid dan
intonasi perlu disesuaikan dengan konteks percakapan serta tujuan percakapan. Guru boleh
meningkatkan keberkesanan intonasi melalui panduan-panduan yang berikut, iaitu;

Bersemangat dalam sesuatu yang hendak disampaikan bagi memastikan


maksud dan hajat yang hendak dikirim kepada penerima diterima dengan jelas.

Elakkan

menggunakan

ton

suara

yang

mendatar(monotone)

yang

membosankan. Ton suara yang begini tidak mampu menyuntik semangat kepada
murid, apa lagi untuk melakukan perubahan dalam diri mereka.

Volum suara antara tinggi dengan rendah mampu memberikan kefahaman


kepada murid tentang perkara dan mesej yang disampaikan oleh guru.
Penghayatan guru terhadap sesuatu fakta yang diungkapkan dapat dihayati oleh
murid melalui volum suara guru.

6.5

Kemahiran Bukan Lisan

Kemahiran bukan lisan merupakan proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej
melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan. Guru perlu mengetahui perlakuan bukan
lisan menjadi satu daripada ciri kemahiran komunikasi kepada guru kerana guru adalah
pendidik dan agen hubungan sosial. Oleh sebab itu , guru perlu menguasai pengetahuan
berhubung latar belakang budaya, etnik-etnik di Malaysia.
Setiap guru perlu memahami budaya sesuatu etnik bagi membolehkan guru memainkan
peranannya dengan berkesan, terutama

guru yang ditempat di kawasan luar daerah

masyarakatnya sendiri, contohnya di kawasan masyarakat orang Asli atau di Kawasan


pedalaman Sabah dan Sarawak. Guru perlu belajar dan cuba memahami maksud dan makna
sesuatu mesej yang disampakan melalui perlakuan bukan lisan.

Guru perlu memahami tentang unsur perlakuan bukan lisan bagi memboleh guru mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kemahiran komunikasi bukan setakat melibatkan
bahasa lisan semata-mata, sebaliknya komunikasi melibatkan banyak unsur budaya yang lain.
Ia adalah luas dan melibatkan setiap diri manusia walau di mana jua mereka berada.
Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. Antaranya adalah seperti
yang berikut:
6.5.1

Bahasa Tubuh

Bahasa yang terdiri daripada ekspresi muka, gestur atau pergerakan tubuh badan yang
memberi makna atau isyarat tentang sesuatu, postur atau kedudukan tubuh badan, kontak
mata dan renungan, ekspresi muka, jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar dan
juga sentuhan. Sesuatu etnik mempunyai bahasa tubuh yang meyampai mesej yang berbezabeza dan juga mempunyai nilai yan berbeza-beza. Bahasa tubuh mempunyai tiga peranan
utama iaitu, membantu manusia menyamaikan mesej tanpa ujaran, menggantikan peranan
bahasa verbal dalam menyampaikan maksud dengan lebih berkesan dan juga untuk
menyampaikan emosi dan perasaan yang ada kalanya tidak memapu diucapkan melalui katakata. Bagi orang Timur, terdapat perbezaan status dan kedudukan antara kaum lelaki dengan
perempuan dan mesej ini menjelaskan bahawa masing-masing mempunyai tugas dan peranan
yang berbeza.
Ekspresi muka boleh menggambarkan keadaan seseorang itu sama ada dia tidak gembira,
tidak ceria atau sesuatu yang membosankan atau merunsingkanya. Gestur atau pergerakan
tubuh badan juga mempunyai

tafsiran yang berbeza-beza. Guru perlu berhati-hati

menggunakan gestur bagi mengelakkan salah sangka murid yang mentafsir gestur mengikut
pemahaman budaya dalam kelompok mereka. Murid-murid perlu didedahkan dan diterangkan
tentang perlakuan yang tidak disengajakan tetapi merupakan larangan dalam masyarakat
tertentu dan penerapan nilai-nilai menghormati dan memahami sangat penting kepada murid
daripada pelbagai etnik.
Sentuhan juga memberikan makna yang mendalam dalam kehidupan manusia. Monggosokmenggosok

belakang

murid

sebagai

tanda

kemesraan

dan

mengambil

berat

bagi

memotivasikan murid mungkin sesuai dilakukan oleh seorang guru lelaki kepada murid lelaki,

10

atau seorang guru perempuan kepada muridmurid lelaki pra

sekolah . Tetapi perlakuan

tersebut perlu terbatas memandangkan masyarakat Timur sangat teliti tentang sentuhan
terutama antara lelaki dengan perempuan.
Selain itu, kontak mata turut memainkan peranan dalam menyampaikan makna tertentu. Guru
perlu kerap menerapkan nilai kesejagatan dan nilai yang

mewujud persamaaan dan

kesepakatan. Perlakuan yang sesuai dengan konteks perlu dipilih bagi mengelakkan lebih
banyak kekeliruan dalam kalangan murid berlaku.
6.5.2

Mesej Melalui Lambang dan Artifak

Artifak memainkan peranan dalam menyampaikan mesej yang jelas dan diterima dengan
mudah oleh masyarakat. kemahiran lisan juga berkaitan dengan lambang. Sesebuah
masyarakat mempunyai lambang yang memberi makna dan maksud yang tersirat. Setiap guru
perlu memahami makna lambang-lambang yang digunakan dalam sesebuah masyarakat dan
etnik muridnya atau komuniti diamana guru tersebut bertugas bagi mengekalkan kekeliruan
dan terlanggar adat dan fahaman.
Selain itu, pakaian juga merupakan satu bentuk komunikasi bukan lisan apabila pakaian yang
dipakai juga boleh membawa makna atau mesej tertentu. Cara berpakaian menjadi satu kod
atau etiket yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan bermasyarakat. Berpakaian yang
sesuai dengan kebudayaan dan amalan serta kepercayaan sesuatu masyarakat adalah penting
dan menjadi antara ciri yang memboleh diri seseorang dinilai. Imej guru juga bergantung pada
cara berpakaiannya dan setiap guru perlu ada kemahiran memilih pakian yang sesuai dengan
tempat dan komuniti.
6.5.3

Mesej Melalui Muzik dan Bunyi-bunyian

Nada atau bunyi-bunyian, sama ada bunyi-bunyian daripada sesuatu peralatan seperti gong
atau gendang boleh menunjukkan perasaan sesuatu masyarakat atau etnik. Bagi masyarakat
iban, bunyi-bunyian pada waktu malam perkahwinan dipercayai membawa maksud tertentu,
sama ada petanda baik atau buruk dan lazimnya masyarakat Iban mempercayainya. Begitu
juga dengan masyarakat lain, masing-masing membawa maksud yang tertentu.

11

6.6

Laras Bahasa

Haliday(1973)membahagikan laras bahasa kepada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, strategi
penyampaian dan gaya penyampaian. Terdapat dua bentuk laras bahasa, iaitu laras bahasa
biasa dan laras bahasa khusus. Perbezaan antara kedua-dua bentuk laras bahasa tersebut
terletak pada pemilihan kosa kata, tatabahasa dan gaya penyampaian. Laras bahasa biasa
ialah laras bahasa yang digunakan dalam keadaan biasa, kurang penggunaan imbuhan tiada
istilah tenikal serta mudah difahami. Manakala laras bahasa khusus ialah laras bahasa yang
berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. Abdullah Hasan (1997) membahagikan laras bahasa
kepada beberapa jenis iaitu umum, teknikal, undang-undang, agama, himbauan, klasik, kreatif,
kanak-kanak dan iklan.
Guru

perlu

memilih

laras

bahasa

yang

bersesuaian

dengan

tahap

murid

yang

diajar.Penggunaan laras bahasa tersebut hendaklah bertumpu pada penggunaan istilah yang
sesuai dengan subjek tersebut sebagai pendedahan dan pemahaman paling asas kepada
murid. Guru boleh meningkatkan penggunaan laras bahasa sekiranya murid semakin maju,
kandungan pelajaran bertambah dan aras penguasaan subjek semakin tinggi. Ciri-ciri laras
bahasa kanak-kanak:

Kosa kata yang terdiri daripada kata akar, kata nama konkirit kata kerja dan kata
adjektif

Bilangan atau jumlah kosa kata yang kurang berbanding dengan kosa kata yang
mampu digunakan oleh golongan dewasa.

bilangan imbuhan yang terhad dan penggunaan imbuhan untuk membentuk kata
abstrak tidak terdapat dalam laras ini.

Struktur ayat terdiri daripada struktur ayat aktif bentuk tunggal.

Bahasa perlambangan dan bahasa bunga serta tersirat tidak digunakan.

12

6.7

Kesantunan Dalam Komunikasi

Kesantunan merupakan nilai yang ditetapkan atau ditentukan oleh sesuatu masyarakat dan
imej seseorang itu banyak bergantung pada nilai kesantunan yang ada di dalam diri seseorang.
Seseorang yang sentiasa menjaga muka sendiri dari muka orang lain sewaktu berkomunikasi
berjaya

mengelakkan

gangguan

dalam

komunikasi

dan menjadi

proses komunikasi

berlangsung dalam keadaan harmoni.


6.71

Guru dan Kesantunan

Kesantunan adalah salah satu ciri utama dalam kemahiran komunikasi.

Guru kena peka

dengan pantang larang rakan daripada etnik yang berbeza. Guru perlu juga bijak mengurus
dirinya dan meletakkan perlakuan yang santun sebagai perkara utama yang perlu diamalkan
Kesantuanan bahasa perlu dikuasai . Selain itu guru perlu menguasai kesantunan bahasa yang
mencakupi perkara-perkara seperti pemilihan kata, penggunnaan kata nama dan sistem
panggilan, strategi berhabasa mengikut kontek, ayat yang gramatis, susunan yang yang lancar
dan jelas
Guru perlu menjadi contoh pengguna bahasa yang sempurna dan tidak membiarkan murid
menggunakan bahasa yang tidak betul. Guru perlu tahu gaya berbahasa dan strategi yang
digunakan kepada murid-muridnya mengikut konteks dan situasi komunikasi. Keupayaan guru
menggunakan bahasa yang santun melalui pemilihan kata yang tepat dan berkesan, intonasi
suara yang lembut dan tidak beremosi marah atau membenci serta renungan mata yang iklhlas
akan membolehkan guru mengatasi masalah murid dengan lancar. Konsep penjagaan muka
yang digarap dalam teori kesantunan perlu dikuasai oleh guru dalam memastikan
keesempurnaan guru dalam berkomunikasi.

13

6.8

Rumusan

Kemahiran komunikasi begitu penting kepada guru dalam menjalankan tugas dan peranan
guru. Kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar ditekankan sebagai aspek utama dalam
komunikasi. Laras bahasa

bagi memastikan kemahiran komunikasi guru lengkap dan

sempurna serta aspek kesantunan yang di nilai dari segi kesantunan berbahasa turut dibincang.

14

Salhah Abdullah Ainon Mohd, Guru sebagai Mentor.PTS Profesional,2005


www.ums.edu.my/webv3/a

(Tajuk 10)

www.ipgkpm.edu.my/portal/.../viewthread.php?...

15

Anda mungkin juga menyukai