Anda di halaman 1dari 12

PENYALAHGUNAAN DADAH

Apa itu dadah?

Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh


badan.

Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya


diambil atas nasihat doktor.

Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan


status minda anda.

Dadah/bahan tersebut termasuk :

Alkohol dan tembakau

Ubat tidur

Ganja

Gam

Ekstasi

LSD

Heroin

Bila seseorang itu di anggap


menyalahgunakan dadah?
MENYALAHGUNAKAN dadah bermaksud menggunakan
dadah bukan atas tujuan perubatan.
Seseorang itu akan terus menggunakan dadah walaupun
menghadapi masalah semasa menggunakannya.

Apakah itu toleran?


TOLERAN

berlaku

apabila

seseorang

individu

perlu

menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi


mendapat kesan yang sama.

Apakah itu pergantungan?


Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah.
Ini

termasuk

penggantungan

fizikal,

kegagalan menangani tabiat harian.

psikologikal

dan

Apakah yang dimaksudkan dengan


ketagihan dadah?
KETAGIHAN ialah satu keadaan bila seseorang bergantung
kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti
harian dan mengelakkan dari mengalami gian.

Apakah itu gian?


GIAN adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah
kerana tindakbalas samada mengurangkan keperluan
dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari
mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah
berlaku.
Gejala ini termasuk:

Rindu

Sakit badan

Menguap (sangap)

Mata

dan

hidung

Sakit perut
Seram sejuk

berair

Cirit birit

Bagaimana

mengesyaki

seseorang

itu

penagih dadah?
Penagih dadah :

Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di


sekolah.

Meneruskan

tabiat

mengambil

dadah

walaupun

mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari


penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan


bahawa seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah boleh :

Ponteng sekolah

Disiplin menurun

Tercicir

mengasingkan diri di
tempat yang terpencil

dari

(bilik

persekolahan

Mengasingkan

Selalu

diri

dari murid lain

Hilang selera makan

Berat

stor,

tingkat

bawah bangunan dsb)

Menunjukkan
perubahan sikap dan
kelakuan

badan

menurun
Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda
berikut :

Mata merah

Suka berhutang

Bekas suntikan di
lengan

Mencuri

barang

yang mudah dijual

Mengapa penagih dadah perlu rawatan?


Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan:

Simptom-simptom yang tidak selesa dan juga boleh


membawa maut akibat gian yang keterlaluan

Masalah sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah

Mengesan dan merawat penyakit yang boleh dihidapi


melalui perkongsian jarum seperti HIV dan Hepatitis B dan
C

Apakah jenis rawatan yang boleh


diperolehi?

Bantuan profesional adalah diperlukan dalam bidang :

Kaunselling

Detoksifikasi

Pemulihan

Sokongan masyarakat dan keluarga sangat penting untuk


membantu penagih membebaskan diri dari cengkaman
dadah.

Bagaimana dan di mana bantuan boleh


diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat
dengan penagihan dadah?

Berbincang dengan :
o

Ibu bapa

Guru

Kawan/sahabat yang dipercayai

Guru Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS)

Doktor

Kumpulan penyokong

Pegawai Kebajikan Masyarakat

Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)

Bagaimana seseorang itu mencegah dari


menagih dadah?
1.Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan sikap yang
baik
- Mengenali jenis dadah yang menyebabkan ketagihan
2.Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan
- Bertindak tegas
- Belajar bagaimana untuk berkata TIDAK
3.Kendali masalah anda dengan berkesan
- Belajar menyelesaikan masalah
- Minta bantuan orang dewasa yang betul
4.Peka dengan persekitaran anda
- Memahami bahawa bukan semua tingkah laku orang
dewasa boleh ditiru

- Pilih kawan yang baik


- Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisiko

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien
& Metadon)
2. Perangsang

Stimulants

Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)


3. Penekanan
/
Depressants

(Amfetamin,
(Barbiturat,

Trankuilizer, Alkohol)
4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)

JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI

1.

MORFIN

Dikenali juga sebagai M, White Stuff, White Powder, Monkey,


Dreamer, Morpho, Tab, Morb, Cubes, Emsel dan Melter.
Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah.
Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin
mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin
hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara
menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau
menelan pil-pil morfin.
2.

GANJA

Ianya

dikenali

sebagai

Kanabis

Herba,

Marijuana/Grass,

Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan Dagga. Kanabis herba


atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga
pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan
dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun
lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

3.

KOKAIN

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain
jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan
Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini
kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai