Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

BIDANG : MENGGAMBAR
Tahun

: 4 Alfa

Tarikh

: 23 April 2015

Hari

: Khamis

Bidang

: Menggambar

Tajuk

: Mozek

Tema

: Haiwan

Masa

: 60 minit

Jenis-jenis media

: Alat gunting
Bahan kertas warna, kertas lukisan, gam dan bahan lain yang sesuai

Bahan bantu belajar : Contoh mozek dan contoh kolaj


EMK

: Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi serta TMK

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, warna, jalinan, kontra dan
kepelbagaian yang terdapat pada alam semulajadi atau objek buatan manusia dalam
penghasilan gambar teknik mozek.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan
teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan gambar
teknik mozek.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni
dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik

Unsur seni

Rupa - geometri atau organik

Warna - primer atau sekunder atau tertier

Jalinan - tampak dan sentuh

Prinsip rekaan

Kontra - warna

Kepelbagaian - bahan

Aplikasi Seni

Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

Alat - gunting dan pembaris

Bahan - kertas lukisan, kertas warna, gam dan bahan lain yang sesuai

Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik
mozek

Ekspresi Kreatif

Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya

Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik mozek.

Apresiasi Seni

Mempamerkan karya yang dihasilkan

Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya

Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni
visual yang ada pada gambar teknik mozek.

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media,


serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek.

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa


seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek secara kreatif.

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan


dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru mempamerkan contoh gambar teknik mozek
Guru menyatakan definisi mozek.
Guru meminta murid menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik mozek

Aplikasi seni
Guru menyatakan media yang digunakan.
Guru menunjukkan cara menghasilkan gambar teknik mozek.
Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan mozek.

Ekspresi kreatif

Murid menghasilkan mozek mengikut kreativiti masing-masing.

Apresiasi seni
Murid mempamerkan hasil karya maisng-masing.
Murid menceritakan pemgalaman semasa menghasilkan karya.
Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan.