Anda di halaman 1dari 3

NAMA:SHALINI GNNASEKARAN

KELAS:3 KURSHIAH
TAJUK:AMALAN KEBERSIHAN SEMASA BERADA DI KANTIN
SEKOLAH

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.Yang Berusaha


Tuan Pengetua,Puan Hajah Che Azizah binti Ismail,Yang
Dihormati,Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Hajah Maimunati
binti Lebai Mohamad,Penolong Kanan Kokurikulum,Encik Sim Ah
Siong,barisan guru ketua bidang,guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan kepada
semua.Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih atas kesudian pihak sekolah yang telah memberi peluang
kepada saya untuk menyampaikan ucapan tentang amalan
kebersihan semasa berada di kantin.
Hadirin sekalian,
Sejak kita kecil lagi,kita telah pun dididik dan diingatkan
berulang-ulang kali oleh ibu bapa dan guru kita tentang
kepentingan menjaga kebersihan semasa berada di
kantin.Namun demikian,jika kita mengamati senario
belakangan ini,kebanyakan pelajar tidak menjaga kebersihan
diri semasa di kantin.Hal ini demikian kerana mereka
berpendapat bahawa kebersihan diri tidak penting serta tidak
menjejaskan kesihatan mereka.Pandangan ini dapat disangkal
dengan mudah kerana kajian terkini mendapati bahawa 33%
pelajar sekolah di Malaysia mengalami keracunan makanan
yang berpunca daripada sikap tidak mengamalkan kebersihan
diri semasa di kantin.
Sebenarnya,terdapat banyak amalan kebersihan yang perlu
kita ikuti semasa berada di kantin.Salah satu amalan
kebersihan yang telah dikenal pasti ialah kita haruslah mencuci
tangan sebelum dan selepas makan.Kita perlu mengikuti
ketujuh-tujuh langkah yang ditetapkan ketika mencuci

tangan.Kita juga haruslah menggunakan sabun tangan dan air


yang bersih ketika mencuci tangan untuk membasmi kumankuman pada tangan.Seiring dengan itu,kita haruslah mencuci
tangan selepas menggunakan tandas sebelum menyentuh
makanan.Namun,apa yang saya lihat ialah terdapat beberapa
pelajar yang tidak mencuci tangan mereka dan terus pergi ke
kantin untuk membeli makanan.
Selain itu,kita tidak seharusnya bercakap dengan rakan-rakan
kita semasa makan.Hal ini demikian kerana apabila kita makan
sambil bercakap dengan rakan,air liur kita akan terkena pada
makanan rakan kita.Kesannya, kemungkinan besar rakan kita
akan mengalami keracunan makanan kerana air liur kita
mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan.
Hadirin yang dihormati,
Rentetan itu,kita juga haruslah membuang sisa-sisa makanan
ke dalam tong sampah yang disediakan.Apabila sikap ini
diamalkan oleh semua pelajar,kantin sekolah kita akan menjadi
bersih dan tidak akan dikunjungi oleh haiwan-haiwan perosak
seperti tikus,lalat dan lipas.Makanan yang dijual di kantin tidak
akan terdedah kepada haiwan-haiwan perosak ini yang boleh
membawa penyakit seperti taun.
Di samping itu,pelajar sewajarnya mengikat rambut mereka
dengan kemas.Sikap ini bukan sahaja menampilkan diri kita
sebagai seorang pelajar yang kemas,tetapi dapat menjaga
kebersihan diri.Apabila kita tidak mengikat rambut kita dengan
kemas,rambut kita akan jatuh ke dalam makanan rakan
kita.Akibatnya,keadaan ini akan menimbulkan rasa tidak
keselesaan terhadap rakan kita.
Seterusnya,kita tidak seharusnya meninggalkan tisu-tisu yang
telah digunakan di atas meja.Sebagai contoh,kebanyakan
pelajar meninggalkan tisu yang telah digunakan untuk
mengelap mulut atau hidung di atas meja tanpa membuangnya
ke dalam tong sampah.Mereka tidak tahu bahawa amalan ini
merupakan satu amalan yang jijik.

Sebagai intihanya,sudah terang lagi bersuluh bahawa semua


pelajar seyogianya manjaga kebersihan diri semasa berada di
kantin sekolah supaya tidak dijangkiti oleh sebarang penyakit
yang berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.

Disediakan oleh,
____________________
(SHALINI GNNASEKARAN)