Anda di halaman 1dari 17

PERTANDI

NGAN
BUKU
SKRAP
PROGRAM
MINGGU
PPDa

TAJUK :
AMALAN
GAYA
HIDUP
SIHAT
TANPA
DADAH

mat

manusia

diciptakan

dengan

memiliki

kelebihan

tersendiri berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain kerana ianya


dibekalkan dengan akal fikiran dan anggota badan yang sempurna.
Kerana kelebihan itulah, menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia
untuk menjaga akal fikiran dan anggota badan dengan sebaik mungkin
dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta mengelak diri dari
melakukan perkara yang memudaratkan.

ntara perkara-perkara yang ditegah dan diharamkan oleh

Allah SWT terhadap hambanya ialah seperti melakukan perkara yang


boleh merosakkan diri, harta benda, kesihatan, kekayaan dan
hubungan sesama manusia.
Firman Allah
bermaksud:

SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 195 yang

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan


janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.

Membudayakan

gaya hidup sihat berkait rapat dengan

kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan


kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat
seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat
bernilai

dalam

berlebihan

atau

kehidupan

seseorang.

kandungannya

yang

Faktor
tidak

pemakanan
seimbang

yang
sering

menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis,


penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan
sebagainya.

Untuk mengawal keadaan ini ke arah mengekalkan prestasi


kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya
bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman. Mengikut
pakar perubatan kita digalakkan mengambil banyak sayur sayuran dan
buah buahan dan mengelak daripada makanan yang berkolesterol
serta lemak yang tinggi. Kita juga perlu memberi perhatian kepada
pengambilan gula agar ianya tidak berlebihan dengan memilih makanan
dan minuman yang kurang manis.

Selain

pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah

sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan


umatnya

supaya

mengamalkan

aktiviti

latihan

jasmani

yang

bersesuaian dengan Islam.


Ini bertepatan dengan saranan Saidina

Umar

RA yang

menggalakkan bersukan dan latihan jasmani dengan katanya yang


bermaksud:
Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan
menunggang kuda.
4

Seruan ini adalah jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan


beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat
dan cergas dan bertepatan dengan pepatah Melayu yang menyebut:
Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang
Sihat.

Gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan


melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat,
berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan
berwudhuk

dan

membersihkan

badan.

Berwudhuk

boleh

menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus


melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan
berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

Namun

persoalan besar timbul pada hari ini ialah ramai

daripada umat Islam tidak mengambil berat dan mengabaikan apa


yang dituntut oleh Islam tentang menjaga kesihatan diri. Ada juga
dari kalangan kita yang melakukan perkara-perkara yang ditegah
serta

diharamkan

dalam

Islam

sehingga

menyebabkan

boleh

merosakan diri sendiri, harta benda dan hubungan sesama manusia.


Mereka ini terlibat dalam pengambilan perkara-perkara yang
memudaratkan dan haram seperti mengambil minuman beralkohol,
meminum arak dan pengambilan dadah. Perkara yang memudaratkan
ini sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan terutama kepada
tubuh badan dan akal fikiran.

Rasulullah

SAW telah berpesan pada seorang sahabat, Abu

Musa al-Asyari yang telah bertanyakan kepada Baginda SAW


tentang hukum minuman memabukkan yang berasal daripada madu
yang diperap, dan minuman memabukkan yang diperah daripada
bijirin. Jawab Baginda SAW dengan ringkas yang bermaksud:
Setiap yang memabukkan itu adalah haram
(Hadith Riwayat Muslim)

Kerosakan

dadah tidak terkongkong hanya pada seorang

individu sahaja, akan tetapi, kerosakan ini akan dirasai oleh ahli
keluarga dan siapa yang menyayanginya. Akan ranap harapan ibu bapa,
akan musnah impian saudara-mara dan akan hancur masa depan anakanak dan isteri di bawah tanggungannya serta akan musnah sesebuah
bangsa dan negara.

Gejala menghisap rokok dan syisya yang bahan asalnya adalah


daripada tembakau. Ramai daripada generasi muda kita pada hari ini
terpengaruh dengan tabiat ini. Adalah difahamkan bahawa tabiat
merokok dan syisa tidak memberi faedah kepada kehidupan serta
ianya

boleh

memudaratkan

kesihatan.

Menurut

pakar-pakar

perubatan, terdapat 40 penyakit yang dikaitkan dengan merokok dan


sebahagian penyakit-penyakit berbahaya tersebut boleh dicegah
sekiranya individu tersebut tidak merokok.

Sebagai

seorang Islam menghisap rokok dan syisya adalah

tabiat yang negatif kerana ianya boleh mendedahkan kepada


kemudaratan. Menghisap syisya mempunyai banyak persamaan dengan
perbuatan menghisap rokok dan ianya boleh mendorong kepada
perbuatan mengambil dadah. Terdapat ramai daripada kalangan
remaja termasuk anak-anak gadis tidak segan silu melakukan
perbuatan ini di khalayak ramai, mereka seolah-olah merasa bangga
dengan cara sebegini dan merasakan kepuasan apabila diri mereka
menjadi perhatian. Ada juga yang mencampurkan bahan-bahan yang
mengkhayalkan seperti ganja dan dadah.

Islam adalah

agama

sahih

yang

amat

menitikberatkan

kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup


sihat. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan
rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan
prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian,
kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan
seseorang.

Selain

pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah

sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan


umatnya

supaya

menggamalkan

aktiviti

latihan

jasmani

yang

bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina


Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:

Ini

adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan

kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan


mereka sihat dan cergas. Pepatah Melayu ada menyebut:

Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi


dengan

melakukan

ibadah-ibadah

khusus

seperti

berwudhuk,

bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci


dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh
menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus
melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan
berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

10

Selain amalan berwudhuk, solat fardhu lima waktu dan solat


sunat (nawafil) yang lain juga berkeupayaan memberi ketenangan dan
mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk
mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina
kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna
yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT.
Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah
bermula

dari

amalan

mengambil

wudhuk

dengan

sempurna,

melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk,


iktidal, sujud, thomaninah serta memahami isi bacaan.

11

Berdasarkan ayat ini, ternyata keistimewaan amalan ibadah


khusus

membuktikan

bahawa

Islam

telah

menyediakan

pakej

penjagaan kesihatan fizikal (jasmani) dan spiritual (rohani) yang


12

begitu diperlukan oleh manusia sejagat tanpa perlu taksub kepada


konsep penjagaan kesihatan yang lain.
Solat khyusuk secara zahirnya adalah menghadapkan diri
kepada Allah SWT dengan penuh adab dan penghormatan. Kerana Dia
adalah Raja di dunia dan Raja di akhirat, Raja yang Maha Kaya lagi
Maha Berkuasa. Solat yang mencapai tahap khyusuk, bukan sahaja
memberi kesan baik dalam hubungan kita dengan Allah SWT, malah
berupaya membentuk keperibadian muslim yang unggul. Bukan
sekadar itu sahaja, beberapa kajian daripada pakar-pakar perubatan
telah memperakukan bahawa puasa Ramadan dan puasa-puasa sunat
yang lain, memberi kesan yang amat baik untuk kesihatan manusia.

13

Mewujudkan hubungan yang harmoni dalam masyarakat dan


mengekalkan persekitaran bersih adalah gaya hidup sihat yang
dituntut dalam Islam.

Hadith ini menunjukkan betapa pentingnya umat Islam sentiasa


menjaga kesucian dan kebersihan diri. Suci tetapi tidak bersih
atau bersih tetapi tidak suci, boleh menjejaskan amal ibadah.

14

15

Mengambil kesempatan sempena peringatan Hari Anti Dadah


Kebangsaan yang disambut setiap tahun, marilah sama-sama kita
mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga kesihatan diri kita, tubuh
badan, akal fikiran dengan mengambil makanan yang berkhasiat,
berzat lagi halal dan menjauhkan segala perkara yang memudaratkan
serta diharamkan. Mudah-mudahan dengan cara ini hidup yang kita
lalui mendapat keberkatan Allah SWT. Di samping itu berilah sedikit
perhatian dengan memastikan siapa mereka berkawan, ke mana
mereka pergi dan bila mereka pulang.

Didiklah mereka dengan

didikan agama, mudah-mudahan mereka sentiasa berada dalam


landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Marilah sama-sama kita
merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 7 yang
bermaksud:
Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu;

dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri


kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami
datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu;
dan

untuk

memasuki

masjid

sebagaimana

mereka

telah

memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa


sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya .

16

Kesimpulanya

Disediakan oleh ;
NURUL AINA SOFIA
BINTI RAMLAN
6 AR-RUSDI

17

Anda mungkin juga menyukai