Anda di halaman 1dari 13

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

1.0

Kumpulan D
DPLI09

TAJUK KAJIAN
Satu Kaedah Meningkatkan Minat Murid Darjah 4 terhadap Mata Pelajaran
Matematik.

2.0

NAMA PENYELIDIK
1.
2.
3.
4.

3.0

Zulimah Binti Mukid


Noor Faizaliza Binti Mokhtar
Su Mou Jang
Amir Azros Bin Abdul Aziz

PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mengalami perubahan ketara

bukan sahaja melibatkan perubahan sukatan bahkan dari segi pendekatannya.


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang disemak semula oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2000 telah memberi penekanan terhadap aspek
pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah dalam usaha untuk mewujudkan
pembelajaran berkesan dan penguasaan pemahaman konsep matematik di kalangan
murid.
Murid perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap
matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitik yang memerlukan
pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah itu, murid perlu dikaji bukan sekadar tentang
cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir
serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik. Seperti kata Wood
(1988), Satu-satunya cara untuk mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep
adalah melalui perbincangan dan interaksi. Suatu masalah yang dikongsi dalam
perbincangan matematik, boleh menyelesaikan suatu masalah.
Menurut Biggs (1990), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran
melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai
dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar
merangkumi motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan,
strategi pemantauan dan finalising. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan
kerja yang kompleks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran
1

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

yang berbeza bagi individu. Suasana pengajaran yang sistematik dan harmoni juga
merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pengajaran
dan pembelajaran. Ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dalam
matematik.
Dalam konteks ini, Biggs mengusulkan tiga jenis pendekatan yang dapat dirujuk
sebagai pendekatan permukaan, pendekatan dalaman dan pendekatan mencapai.
Pendekatan permukaan adalah dari motivasi luaran dan pendekatan ini menggalakkan
murid belajar secara mekanikal melebihi belajar untuk pemahaman. Pendekatan
dalaman digunakan apabila seseorang murid adalah dimotivasikan secara dalaman dan
gemar menggunakan strategi untuk memaksimumkan pemahaman. Pendekatan
mencapai pula didorong oleh motif untuk mencapai kejayaan dan penggalakan
penggunaan strategi yang dapat meningkatkan kemahiran belajar yang efektif (Maznah
et all, 1998).

4.0

LATAR BELAKANG KAJIAN


Kita sentiasa mendengar aduan murid-murid sekolah rendah dan menengah

bahawa matematik adalah mata pelajaran yang susah. Tambahan pula, ada yang
berkata bahawa matematik adalah mata pelajaran yang membosankan. Mengapakah
keadaan demikian terjadi?
Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-cara bagaimana muridmurid di sekolah rendah dan menengah mempelajari matematik. Sebagai contoh, pada
masa dahulu apabila mengajar operasi darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir
darab pada papan tulis dan murid menyalinnya kedalam buku latihan. Kemudian, muridmurid menghafaznya dan meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal
oleh guru.
Selain itu, mereka juga diberi banyak latihan kira-mengira dalam topik
berkenaan. Akibatnya, murid-murid memang mahir dalam kira-mengira operasi darab
tetapi tidak mengerti apa yang dilakukannya. Oleh sebab matematik merupakan mata
pelajaran yang bertimbun dan memerlukan kefahaman pada pelajaran yang diajar
dahulu sebelum mempelajari topik baru dimulakan, pembelajaran matematik akan
2

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga


kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal.
Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang
pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan caracara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih
berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik
matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topiktopik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata
pelajaran matematik.

5.0

PENYATAAN MASALAH
Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP)

mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan 3569 orang
murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada
tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab
secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 %
ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong
kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat
mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid.

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan


kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang
mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program
pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap
matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila
kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula
daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid
mengalami masalah pembelajaran dalam Matematik tidak dibantu dan tidak diberi
bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi
untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam


menjawab soalan Matematik terutama sekali bahagian penyelesaian masalah. Ini
kerana kebanyakan dari mereka lemah dalam penyusunan ayat terutama sekali apabila
mata pelajaran Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Baretta-Lorton (1997) juga
menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita
memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman
teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah
tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita
disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah
mengira.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 4 terhadap
mata pelajaran Matematik KBSR. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses
pengajaran

dan

pembelajaran

Matematik

kelihatan

tidak

menyeronokkan,

mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam keadaan terkongkong
dengan teks. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid
kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan aktiviti Kad Interaktif
Bernombor.

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

6.0

Kumpulan D
DPLI09

OBJEKTIF KAJIAN
6.1

Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar darjah 4 terhadap
mata pelajaran Matematik.

6.2

Objektif Khusus
i.

Penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid terhadap


mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan.

ii.

Murid dapat memahami dan meningkatkan tahap penguasaan


dan pemahaman asas mata pelajaran Matematik melalui Kad
Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

iii.

Murid dapat menggunakan Kad Interaktif untuk menyelesaikan


kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti tambah, tolak,
bahagi dan darab.

iv.

Guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah satu alat


bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

6.3

Soalan Kajian
i.

Adakah penggunaan Kad Interaktif dapat menarik minat murid


terhadap mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan?

ii.

Adakah dengan menggunakan Kad Interaktif murid dapat


meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman asas mata
pelajaran Matematik?

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

iii.

Kumpulan D
DPLI09

Adakah Kad Interaktif dapat digunakan oleh murid untuk


menyelesaikan kemahiran-kemahiran asas Matematik seperti
tambah, tolak, bahagi dan darab?

iv.

Adakah guru dapat menggunakan Kad Interaktif sebagai salah


satu alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik yang berkesan?

7.0

Definisi Konsep
7.1

Murid
Murid merujuk kepada 27 orang murid Darjah 4 Venus, Sekolah
Kebangsaan Balok, Kuantan yang telah dijadikan sampel untuk kajian
tindakan ini.

7.2

Guru Matematik
Merujuk kepada guru Matematik kelas tersebut yang akan menggunakan
kaedah Kad Interaktif Bernombor sebagai bahan & cara di dalam Proses
Pengajaran & Pembelajaran (P & P)

7.3

Guru Kelas
Merujuk kepada guru kelas Darjah 4 Venus yang menyokong tindakan
guru Matematik dalam meningkatkan kemahiran asas penguasaan
Matematik khususnya operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

7.4

Matematik
Carl Friedrich Gauss merujuk Matematik sebagai "ratu kepada sains (ilmu
pengetahuan)". Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran
6

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam
erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga
ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak
menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai
lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan kosa
kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami
hubungan fizikal dan konsep.
7.5

Kad Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk
berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna
boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan
hala tuju masing-masing semasa berinteraksi.
Kad Interaktif merupakan kepingan kad-kad manila kecil yang di
depannya dilekatkan gambar untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan (Gambarajah 1).

Gambarajah 1: Contoh Kad Interaktif

8.0

METODOLOGI KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kajian ini
dapat dijalankan dengan sempurna.

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

8.1

Kumpulan D
DPLI09

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, beberapa kaedah akan digunakan dalam pengumpulan
data seperti:
a) Tinjauan Masalah
Salah satu kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti
murid lemah dan tahap penguasaan asas matematik di kalangan mereka
ini ialah melalui kaedah tinjauan. Kaedah ini sangat membantu penyelidik
untuk fokus kepada kumpulan murid-murid lemah dan mengenalpasti
sikap dan mencari punca pelajar-pelajar tersebut gagal menguasai asas
matematik dengan baik. Samaada tinjauan dibuat sendiri oleh penyelidik
ataupun ia boleh dilakukan oleh guru-guru sekolah yang mengajar di
kelas tersebut.
b) Sesi Temubual
Dalam kajian ini, kaedah temubual akan dijalankan untuk
mengumpul maklumat secara terus daripada kumpulan sasar. Temubual
dijalankan secara tidak formal. Hasil maklumat daripada temubual akan
dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah intrumetasi bagi kajian
ini. Pada kebiasaanya, temubual boleh dilakukan samaada terus kepada
kumpulan

sasaran

yang

ingin

dikaji

atau

terhadap

faktor-faktor

persekitaran seperti guru yang mengajar, ibu bapa atau rakan-rakan.


c) Pemerhatian
Pemerhatian akan dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran

berlangsung

untuk

mengenalpasti

tahap

sebenar

penguasaan asas Matematik di kalangan pelajar-pelajar darjah 4. Selain


itu, kaedah ini akan dapat memberi gambaran tentang keberkenasan
kaedah pengajaran oleh guru di dalam kelas. Samaada minat terhadap
mata pelajaran Matematik tadi adalah kerana faktor guru atau faktorfaktor lain.
d) Ujian Pra dan Pasca
8

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam


penguasaan asas Matematik.

Ini secara tidak langsung akan dapat

membantu penyelidik menilai tahap penguasaan asas Matematik sebenar


di kalangan murid-murid yang lemah. Ujian Pasca pula dijalankan untuk
menguji tahap keberkesanan kaedah ini untuk kumpulan sasaran.
e) Soal Selidik
Set Dokotomus digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan
persetujuan responden terhadap pernyataan minat responden terhadap
aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dengan menggunakan
skala pengukur Ya dan Tidak. Borang soal selidik akan disediakan dan
diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid
mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik sebelum
dan selepas aktiviti Penggunaan Kad Interaktif Bernombor dijalankan.
f)

Bahan-bahan dokumentasi
Dokumen-dokumen ini boleh membekalkan maklumat yang

berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan


yang penting untuk memahami tujuan, rasioal dan sejarah sesuatu
program atau sesuatu dasar. Contoh bahan-bahan dokumentasi seperti
kerja murid, jadual kedatangan sekolah, rekod keputusan peperiksaan,
rekod latarbelakang murid, kertas peperiksaan murid dan bab-bab dalam
buku teks yang yang dikaji.

8.2

Kumpulan Sasaran
Berdasarkan kepada refleksi dan penyataan masalah di atas, didapati

bahawa murid lemah dalam mata pelajaran Matematik disebabkan oleh


9

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

kegagalan menguasai kemahiran asas Matematik. Kemahiran asas Matematik


adalah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Penguasaan kemahiran asas
matematik adalah penting agar murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran
lain dalam matematik dan menyelesaikan masalah matematik seperti pecahan,
perpuluhan dan gandaan nombor. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada
kemahiran asas dalam matapelajaran Matematik seperti tambah, tolak, darab
dan bahagi. Sasaran kajian adalah 27 orang murid Darjah 4 Venus di Sekolah
Kebangsaan Balok, Kuantan Pahang yang telah dikenalpasti mengalami
masalah tahap penguasaan asas Matematik yang lemah.
9.0

KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam


sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian
antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan
seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran.
Bagi pendapat kami kaedah pengajaran guru Matematik tersebut boleh
diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam
kelas namun kehilangan minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat
merbahaya pada diri seorang murid khususnya dan sekolah amnya. Kami yakin
jika kami dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap
mata pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.
Selain daripada itu, guru Matematik kelas tersebut dapat pula
meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) menggunakan
pelbagai pendekatan di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi
akademik murid Darjah 4 Venus dalam mata pelajaran Matematik.

Jelaslah di sini bahawa kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran
kerana ianya memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan
meminati mata pelajaran ini. Apabila murid dapat menguasai asas matematik ini,
maka teknik ini dapat membantu murid untuk menguasai ke peringkat yang lebih
tinggi. Bagi guru pula, kaedah ini dapat membantu dalam proses pengajaran
10

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

kerana kaedah ini memberi peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama
lain. Lantaran itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dijalankan.

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Jenis Bahan
Ketas A4 dan

Kegunaan
1. Soalan kaji selidik

Bil
5 set

Kos
5X

Jumlah (RM)
RM50.00

11

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

belanja

2. Tujuan percetakan soalan

percetakan

kaji selidik, laporan kajian,

laporan

membuat salinan laporan dan

Permanent

tujuan penjilidan.
1. Membuat carta yang

3 batang

3X RM 3.00

RM 9.00

Marker
Kertas Modul

berkaitan
1. Untuk diberikan kepada

30 set

RM 33.30

RM 33.30

Penyelesian

murid-murid

masalah
Kos

1.Berjumpa dengan guru dan

4 kali

RM 80.00

RM 80.00

pengangkutan
Laporan kajian
Alat tulis dan

penyelia
1.Dijadikan contoh
1. Penyedian soalan dan

5 salinan
-

RM 5.70
RM 74.00

RM 5.70
RM 74.00

dakwat

peyedian untuk kajian

komputer
Gambar

1. Bukti kajian

RM 10.00

RM10.00

Dokmentasi
Cenderahati

1. Sumbangan dan

2X

RM 40.00

kepada pihak

peghargaan kepada pihak

sekolah
Lain-lain

sekolah
1. Untuk menyiapkan

perbelanjaan

penyelidikan
JUMLAH

11.0

JADUAL KERJA

Bil

Aktiviti

1.

Menemubual guru

RM10.00

2 buah

RM20.00
-

RM 50.00
RM 351.70

Tarikh
22 Julai 2009

12

KPR 5063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kumpulan D
DPLI09

2.

Mengenalpasti masalah

28 Julai 2009

3.

Menulis proposal kajian

28 Julai 2009

4.

Perbincangan dan perbentangan proposal yang


hendak dijalankan

30 Julai 2009

5.

Pengesahan proposal

24 Ogos 2009

6.

Analisis data

29 Ogos 2009

7.

Merancang tindakan

4 September 2009

8.

Perlaksanaan tindakan (a,b)

18 September 2009

9.

Kumpul dan analisis data

20 September 2009

10.

Laksana tindakan (c,d)

6 Oktober 2009

11.

Kumpul dan analisis data

10 Oktober 2009

12

Laksana tindakan (e,f)

14 Oktober 2009

13.

Kumpul dan analisis data

16 Oktober 2009

14.

Refleksi kajian

17 Oktober 2009

15.

Menulis laporan kajian

19 Oktober 2009

13

Anda mungkin juga menyukai